Friday, October 4, 2013

selesai dapat posting

Alhamdulilllah semalam selesai urusan penempatan aku. Hari ini masuk hari kedua aku di tempat kerja baru. Aku ditempatkan di JPPH Putrajaya di bawah Kementerian Kewangan. Semalam selesai urusan borang-borang yang perlu dilengkapkan. Komputer pun dah dapat. Cuma line telefon je belum ada. Jadi borang untuk permohonan email terpaksa ditangguhkan dahulu.

Aku memilih waktu kerja WP3 bagi memudahkan aku menghantar anak-anak bila abg outstation. Esok abg akan ke Melaka sehingga ke hari Khamis. Jadi semua urusan akan aku lakukan sendiri. Cuma buat masa ini agak memudahkan aku pergi balik kerja sebab ada driver. Terpaksa minta tolong adik lelaki aku yang masih belum bekerja dan dah habis belajar tinggal bersama aku.

Tempat kerja baru aku ni adalah unit baru. Jadi aku adalah orang IT pertama yang masuk ke unit ini. Cabaran besar buat aku sebab tiada orang yang boleh aku buat rujukan berkaitan programming. Jawatan aku ni kebanyakkannya duduk di Bahagian Teknologi Maklumat. Mudah-mudahan nanti ada orang yang boleh aku minta panduan untuk belajar tentang programming.

Anakku Haikal masih lagi batuk. Cuma malam tadi dah kurang bunyi batuk..tapi pagi tadi sebelum hantar pengasuh ada Haikal bersin dan keluar hingus. Harap-harap dia tak selsema.