Thursday, October 17, 2013

Hari Raya Aidil Adha

Hari ini bersamaan 12 Zulhijjah 1434H.sudah 3 hari AidilAdha berlalu.. Kami menyambut secara sederhana Aidiladha kali ini di Putrajaya. Pagi Raya kami solat raya di Masjid besi.. aku hanya jaga anak-anak di masjid sementara abg solat raya. Ramainya Subhanallah.. Rasanya inilah kali pertama kami bawa Aqil Haziq dan Haikal ke masjid untuk solat raya.

Selesai solat kami beransur pulang ke rumah kerana tak nak bersesak-sesak bila jemaah mula keluar. Misi seterusnya, abg membawa Aqil dan Haziq ke surau dekat rumah kami untuk menyaksikan lembu yang dikorbankan.Dapatlah anak-anak melihat lembu-lembu yang disembelih. 

Pukul 12.00pm, mak ayah dan maklang dan wan selamat sampai ke rumah kami. Maklumlah, kami tak balik kampung, atok dan nenek pula yang datang ke rumah. semuanya sebab rindu nak jumpa cucu. Mak bawa sekali gulai ayam kampung dan daging salai.Alhamdulillah dapatlah menjamu selera. Petang lepas Asar mereka bertolak balik ke kampung.

Pagi ini abg bertolak ke Ipoh. Abg keluar rumah pukul 4.30am.. Jadi tugas menghantar anak-anak terpaksalah aku buat seorang diri. Keluar rumah pukul 7.30am.. seperti biasa menyiapkan anak-anak hampir setengah jam sebab nak kejut bangun pun nangis-nangis taknak bangun.. lepas hantar Haziq dan baby Haikal ke rumah pengasuh, terus ke sekolah Aqil di bawah pejabat ayah. Sampai sekolah rupa-rupanya sekolah masih tutup lagi. jadi terpaksalah aku membawa Aqil ke pejabat dulu untuk thumprint. lepastu call pengasuh untuk minta tolong jaga Aqil dan dia kata ok. lepas belikan hotdog untuk Aqil, aku balik rumah dulu untuk ambil botol susu Aqil. Isi baju dalam beg. lepas tu terus pergi rumah pengasuh. lepastu baru balik ofis. pukul 9am baru sampai ofis. penat sungguh pagi ni. harap-harap, anak-anak semua ok di rumah pengasuh. semoga ALLAH sentiasa melindungi anak-anakku. risau juga sebenarnya bila memikirkan anak-anak yang tak nampak depan mata..tapi aku tawakal pada ALLAH. Percaya bahawa ALLAH Maha Memelihara..




Gelagat di Pagi Raya Aidiladha