Tuesday, October 22, 2013

4 bulan penyusuan Haikal

Entry ketiga untuk hari ini. Harini rajin pula rasa nak menaip..lagipun di ofis baru ni masih belum dapat kerja lagi. sementara ada masa lapang ni bolehla berkongsi di blog ni..

bercerita tentang penyusuan si Haikal...sekarang dah masuk bulan ke 4..alhamdulillah..cuma harini pengeluaran susu agak berkurangan..kalau selalu boleh dpata 9oz - 12 oz..tapi sekali sesi mengepam cuma dapat 3oz.. itupun lambat jugak nak tunggu untuk dapatkan 3oz..

Satu sesi mengepam
Di ofis baru ni aku selalunya akan masuk ke dalam bilik mesyuarat untuk mengepam. kadang-kadang kalau line clear memang akan mengepam di meja saja. Aku masih menggunakan breastpum brand spectra3 yang sudah berusia  3tahun. Aku beli masa tahun 2010 selepas melahirkan Haziq. Masih elok dipakai dan sudah dihantar servis sebelum aku bersalin memandangkan dah lama tak guna sebab menyusukan Haziq secara direct sehingga Haziq 2 tahun. tapi disebabkan lambat sangat dipulang semula oleh pihak Histopoint Sdn Bhd, tempat aku hantar Spectra3 untuk servis, aku terpaksa beli pam manual yang kebetulan masa tu ada jualan murah. kebetulan lepas sehari bersalin aku dah mengalami bengkak susu di hospital, Haikal pula menyusu tak banyak..jadi aku pun beli Pam Medela Harmony dengan harga rm180 dari seorang penjual yang kebetulan dalam Putrajaya. Jadi petang tu jugak abg pergi ambil dan bayar dan terus aku gunakan.

Alhamdulillah boleh jugak mengurangkan bengkak susu di samping aku tuam tuala panas dan gunakan sikat. bila dan ada 3 orang anak ni adala pengalaman. tau la cara nak buat macamana. masa anak pertama aku sampai demam sebab bengkak susu.

pam manual ni rm180 dan dapat free 2 botol susu

Alhamdulillah aku dah mula mengepam untuk dibuat stok susu sebulan selepas bersalin. itupun sebab pada mulanya aku dijangka menghadiri kursus untuk seminggu semasa Haikal berumur 2 bulan. jadi aku fikir aku cuma ada sebulan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 100oz untuk tempoh 6 hari aku berkursus. jadi bila kursus tak jadi dan aku berasa sangat lega sebab tak perlu tinggalkan Haikal yang masa tu berumur 52 hari..secara tak langsung stok susu terlalu banyak. sebab masa dalam pantang memang susu melimpah ruah alhamdulillah.. jadi, proses memindahkan susu dari peti ais mak di kampung ke rumah sendiri dilakukan oleh abg setiap minggu sedikit demi sedikit..kami membeli cooler box untuk proses pemindahan.

cooler box ni berharga rm70

Bila peti ais kat rumah dah tak mampu nak tampung stok susu, kami bercadang untuk beli mini deep freezer pula..alhamdulilah, cuti bersalin aku masih dibayar gaji jadi dapatlah beli deep freezer berharga dalam rm500.

mini deep freezer dibeli di Bangi

stok susu yang disimpan aku bungkus je dalam plastik dan letak tarikh. memang malas nak susun cantik-cantik. tambah susu ebm ni aku letak dalam plastic storage je..bukan dalam botol..memang jimat tak payah beli botol banyak-banyak..cuma plastik ni boleh  pakai sekali je la..kat bawah ni barang-barang yang aku beli..kebanyakannya memang beli kat kedai OneBabyWorld kat Bandar Sri Permaisuri Cheras. Memang murah.




Antara barang-barang yang aku beli

Botol medela tu aku beli lagi 3 botol di Lunatots Putrajaya dengan harga rm15 sebotol. kira murahla tu berbanding tempat lain yang jual rm69 untuk 3 botol..comel je botolnya. sebab tu sengaja beli buat koleksi.

Baru-baru ni pulak berhajat pulak beli strelizer..huhu..kalau ikutkan memang dah banyak beli barang...abg pun dengan rela hati sangguplah menghantar aku ke OneBabyWorld di Cheras untuk beli alat tu. memang mudah sangt-sangat bila guna strelizer ni. membantu sangat. tak perlu lagi guna air panas. just letakkan boto-botol dalam tu je.

Rm159.00

Setiap hari aku akan keluarkan susu beku dalam mini deep freezer. Direndamkan dalam air, dan esok paginya baru pindahkan ke dalam botol yang nak dibekalkan untuk pengasuh. Aku masukkan 5 botol susu ke dalam cooler bag dan ditulis nombor untuk ikut susunan minum. bukan apa sebab susu yang aku bekalkan aku campur sekali susu yang aku baru pam di pejabat. selang selikan dengan susu beku. lagi bagus kalau Haikal minum susu yang aku baru pam masa di ofis.

Biasanya susu yang aku baru pam di ofis dapat 3 botol, jadi hanya 2 botol susu beku yang aku gunakan. penggunaan susu beku tu mungkin kurang, tapi tak mustahil akan habis jugak, sebab aku takde simpan susu untuk buat stok. semua susu yang aku pam habis digunakan untuk bekal esok. kiranya seolah-olah kais pagi makan pagi la ni. sebab aku lagi suka kalau Haikal dapat minum susu baru. susu beku tu untuk standby if anything happen.

panjang sudah entri kali ini. harapan aku, semoga aku mampu untuk menyusukan Haikal selama 2 tahun seperti abgnya Haziq. Cuma bezanya adalah dulu aku tak bekerja dan sekarang bekerjaya..