Thursday, October 31, 2013

Kembali bekerja

Hari ini aku kembali bekerja sebab semalam dah cuti sehari sebab jaga anak-anak. Alhamdulillah abg dan Aqil dah selamat sampai ke rumah hari selasa malam. Alhamdulillah anak-anak sihat sehingga ke hari ini. cuma pagi tadi nampak Haikal macam berhingus dan asyik bersin. aku dah pesan pada pengasuh tu kalau selsema Haikal bertambah teruk dan susah bernafas. harap-harap ok la Haikal di rumah pengasuh. semalam masa duduk di rumah pun, Haikal banyak meragam juga sebab dia dah pandai nak suruh dukung je. sebab aku sibuk nak memasak dan sidai baju. terpaksalah biarkan dia menangis sekejap. Kesian juga dia dan aku terfikir macamnalah dia kat rumah pengasuh setiap hari. nak ke pengasuh tu dukung dia setiap kali dia menangis...

sebenarnya masa hari Isnin lepas, balik dari rumah pengasuh aku perasan ada kesan lebam kat bawah pipi Haikal. aku pun mesejla pada pengasuh tu dan tanya kenapa.Rupanya kakak tu pun tak perasan kenapa..risau juga aku tapi aku cuma bersangka baik sebab aku fikir kakak tu dah jaga anak orang lain dari baby sampai budak tu besar. nampak macam ok. yang tak bestnya Haziq pula penuh tangan dia kena gigit nyamuk di kiri dan kanan. terlampau banyak..kesian anak-anakku..bila dah gatal tu jangan cakaplah macamna dia menggaru...aku punyalah jaga anak-anak sampai tak bagi seekor nyamuk pun gigit, tapi kat rumah pengasuh sampai habis tangan anak aku kena gigit nyamuk..Allah..apalah dosa anakku..mungkin sebab sekarang musim hujan..janganlah kena gigit nyamuk aedes pula..nauzubillah.. kadang-kadang aku terfikir juga macamana kakak pengasuh tu jaga budak-budak ni. kat rumah kakak tu...yang besar ada 5 orang dan baby Haikal seorang..anak dia lagi ada 3 orang..Jangan dia aniaya anak aku je sudah..nauzubilllah..

Haikal pun dah pandai sekarang ni. bermula isnin hari tu bila hantar ke rumah pengasuh dia dah mula buat muka cebek dan nangis sekuat hati bila kena tinggal...hmm..manalah aku tak sedih dan teringat je pada anak-anak..risau tetap ada..hanya doa je lah yang aku mampu...moga ALLAH sentiasa lindungi dan pelihara anak-anakku..
Lebam di bawah pipi Haikal dan pengasuh tak tau sebab apa....

Rindula pada baby ni..

Tuesday, October 29, 2013

Musim hujan

Pagi tadi keluar dari rumah bersama Haikal dan Haziq, hujan dah pun mulai rintik-rintik..berbanding sebelum tu hujan agak lebat..jalan pun basah..malam tadi pun hujan juga..nampaknya musim tengkujuh hampir-hampir nak bermula..dah kerap hujan sekarang..alhamdulillah pagi tadi hantar anak-anak ke rumah pengasuh, hujan tak lebat..kalau lebat..aku pun hilang akal nak buat macamna..bukannya apa..pakai payung pun akan tetap kena hujan juga..kesian anak-anak..lepastu datanglah selsema demam... alhamdulillah dan hampir sebulan anak-anak sihat..bersyukur sangat...setiap pagi, Aqil dan Haziq akan kami suapkan Scott emulsion dan Jus Qaseh Junior..

abg dan aqil pergi ke Perlis bertolak semalam. Tapi esok dah balik. abg hanya melawa tempat untuk kursus di Perlis bulan 11 nanti.

Pagi ni dapat arahan untuk ke 17th Esri User Conference di PICC bagi mengantikan seorang lagi staff yang mc..Bagus juga bila dapat pergi. sepatutnya 2 hari tapi esok aku ambil cuti sebab pengasuh anak-anak ambil cuti untuk hari penyampaian sijil di sekolah anak dia. Jadi pagi ini juga aku kena pergi ke PICC. Nasib baik dekat je dan aku memang bawa kereta.

Tuesday, October 22, 2013

4 bulan penyusuan Haikal

Entry ketiga untuk hari ini. Harini rajin pula rasa nak menaip..lagipun di ofis baru ni masih belum dapat kerja lagi. sementara ada masa lapang ni bolehla berkongsi di blog ni..

bercerita tentang penyusuan si Haikal...sekarang dah masuk bulan ke 4..alhamdulillah..cuma harini pengeluaran susu agak berkurangan..kalau selalu boleh dpata 9oz - 12 oz..tapi sekali sesi mengepam cuma dapat 3oz.. itupun lambat jugak nak tunggu untuk dapatkan 3oz..

Satu sesi mengepam
Di ofis baru ni aku selalunya akan masuk ke dalam bilik mesyuarat untuk mengepam. kadang-kadang kalau line clear memang akan mengepam di meja saja. Aku masih menggunakan breastpum brand spectra3 yang sudah berusia  3tahun. Aku beli masa tahun 2010 selepas melahirkan Haziq. Masih elok dipakai dan sudah dihantar servis sebelum aku bersalin memandangkan dah lama tak guna sebab menyusukan Haziq secara direct sehingga Haziq 2 tahun. tapi disebabkan lambat sangat dipulang semula oleh pihak Histopoint Sdn Bhd, tempat aku hantar Spectra3 untuk servis, aku terpaksa beli pam manual yang kebetulan masa tu ada jualan murah. kebetulan lepas sehari bersalin aku dah mengalami bengkak susu di hospital, Haikal pula menyusu tak banyak..jadi aku pun beli Pam Medela Harmony dengan harga rm180 dari seorang penjual yang kebetulan dalam Putrajaya. Jadi petang tu jugak abg pergi ambil dan bayar dan terus aku gunakan.

Alhamdulillah boleh jugak mengurangkan bengkak susu di samping aku tuam tuala panas dan gunakan sikat. bila dan ada 3 orang anak ni adala pengalaman. tau la cara nak buat macamana. masa anak pertama aku sampai demam sebab bengkak susu.

pam manual ni rm180 dan dapat free 2 botol susu

Alhamdulillah aku dah mula mengepam untuk dibuat stok susu sebulan selepas bersalin. itupun sebab pada mulanya aku dijangka menghadiri kursus untuk seminggu semasa Haikal berumur 2 bulan. jadi aku fikir aku cuma ada sebulan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 100oz untuk tempoh 6 hari aku berkursus. jadi bila kursus tak jadi dan aku berasa sangat lega sebab tak perlu tinggalkan Haikal yang masa tu berumur 52 hari..secara tak langsung stok susu terlalu banyak. sebab masa dalam pantang memang susu melimpah ruah alhamdulillah.. jadi, proses memindahkan susu dari peti ais mak di kampung ke rumah sendiri dilakukan oleh abg setiap minggu sedikit demi sedikit..kami membeli cooler box untuk proses pemindahan.

cooler box ni berharga rm70

Bila peti ais kat rumah dah tak mampu nak tampung stok susu, kami bercadang untuk beli mini deep freezer pula..alhamdulilah, cuti bersalin aku masih dibayar gaji jadi dapatlah beli deep freezer berharga dalam rm500.

mini deep freezer dibeli di Bangi

stok susu yang disimpan aku bungkus je dalam plastik dan letak tarikh. memang malas nak susun cantik-cantik. tambah susu ebm ni aku letak dalam plastic storage je..bukan dalam botol..memang jimat tak payah beli botol banyak-banyak..cuma plastik ni boleh  pakai sekali je la..kat bawah ni barang-barang yang aku beli..kebanyakannya memang beli kat kedai OneBabyWorld kat Bandar Sri Permaisuri Cheras. Memang murah.




Antara barang-barang yang aku beli

Botol medela tu aku beli lagi 3 botol di Lunatots Putrajaya dengan harga rm15 sebotol. kira murahla tu berbanding tempat lain yang jual rm69 untuk 3 botol..comel je botolnya. sebab tu sengaja beli buat koleksi.

Baru-baru ni pulak berhajat pulak beli strelizer..huhu..kalau ikutkan memang dah banyak beli barang...abg pun dengan rela hati sangguplah menghantar aku ke OneBabyWorld di Cheras untuk beli alat tu. memang mudah sangt-sangat bila guna strelizer ni. membantu sangat. tak perlu lagi guna air panas. just letakkan boto-botol dalam tu je.

Rm159.00

Setiap hari aku akan keluarkan susu beku dalam mini deep freezer. Direndamkan dalam air, dan esok paginya baru pindahkan ke dalam botol yang nak dibekalkan untuk pengasuh. Aku masukkan 5 botol susu ke dalam cooler bag dan ditulis nombor untuk ikut susunan minum. bukan apa sebab susu yang aku bekalkan aku campur sekali susu yang aku baru pam di pejabat. selang selikan dengan susu beku. lagi bagus kalau Haikal minum susu yang aku baru pam masa di ofis.

Biasanya susu yang aku baru pam di ofis dapat 3 botol, jadi hanya 2 botol susu beku yang aku gunakan. penggunaan susu beku tu mungkin kurang, tapi tak mustahil akan habis jugak, sebab aku takde simpan susu untuk buat stok. semua susu yang aku pam habis digunakan untuk bekal esok. kiranya seolah-olah kais pagi makan pagi la ni. sebab aku lagi suka kalau Haikal dapat minum susu baru. susu beku tu untuk standby if anything happen.

panjang sudah entri kali ini. harapan aku, semoga aku mampu untuk menyusukan Haikal selama 2 tahun seperti abgnya Haziq. Cuma bezanya adalah dulu aku tak bekerja dan sekarang bekerjaya..

Aqil dan peperiksaan

Semalam Teacher Aqil dah pulangkan kertas-kertas ujian Akhir Tahun dengan markah keseluruhan Aqil. Nampaknya Aqil masih belum menguasai sepenuhnya apa yang dia dah belajar untuk umur 5 tahun di tadika An-Nasyrah.. kesian juga pada Aqil sebab dia tak faham apa yang dia belajar sedangkan kawan-kawan dia dah boleh membaca. Tahap Aqil hanya mengenal huruf, nombor dan boleh menulis. Di sekolah dia pun dia nampak kurang berkeyakinan..Peratus peperiksaan kali ini sangat menurun berbanding pertengahan tahun. ada 3 subjek yang Aqil gagal dan hanya dapat sekitar 39%-30%.. kesian aqil.. memang dia terlalu banyak main dan tengok kartun bila di rumah. bila ajak belajar pun sekejap je yang dia boleh fokus..lepastu dia akan sambung main. fikiran dia tak boleh fokus pada apa yang dia belajar..

Bulan 11 dan 12 ni terpaksalah aku dan abg cuba jugak untuk ajar aqil apa yang dia dah belajar. Walaupun lambat tapi sekurang-kurangnya ada ilmu yang dia dapat..insyaALLAH..

Haikal Cucuk 4 bulan

Pagi tadi ada temujanji Haikal di klinik kesihatan Presint 9. Mula-mula pergi ambil Haikal dan Haziq di rumah pengasuh. Abg pun nak teman sekali ke klinik jadi Haziq bolehla ikut sekali.

Berat Haikal dalam umur 4 bulan ialah 6.6kg. masa 3 bulan berat Haikal ialah 5.8kg. Alhamdulilah berat Haikal naik normal. Kesian juga Haikal kena cucuk tadi. Tapi dia menangis sekejap je la. Alhamdulillah temujanji hari ini di klinik sekejap je..takdelah tunggu lama sangat.







Gambar-gambar Haikal dan Haziq masa balik dari klinik

Monday, October 21, 2013

Haikal 4 bulan

Alhamdulillah.. Haikal masuk 4 bulan hari ini.Alhamdulillah kesihatan Haikal baik..batuk berkahak dah ok.. cuma ruam-ruam gatal di kepalanya masih ada...bila letak krim sapu hilanglah sekejap.. lepastu naik balik merah-merah..cuma sakit mata Haikal masih ada lagi. bila bangun tidur yang nampak merahnya dan keluar tahi mata.. dah 2 hari aku titiskan susu ibu pada mata dia..ada nampak kurang.. cuma masih ada lagi.harap-harap ianya akan hilang dan sembuh.

Pagi ini hujan turun terlalu lebat.. alhamdulillah abg nak tolong hantarkan aku dan anak-anak.. pagi tadi juga panaskan susu dan bagi Haikal minum sebab Haikal dah taknak menyusu badan secara direct kecuali masa dia tidur je.. Harap-harap Haikal masih mahu menyusu badan.. bila balik kerja pun dia tolak bila nak menyusu badan..mungkin dia dah keliru puting. memang betul la penggunaan botol susu mengganggu penyusuan susu ibu..

cuti hari minggu semalam..kami sempat balik ke rumah mak dan ayah. dapatlah bermalam sehari. Aqil dan Haziq punyalah seronok main di rumah atok..

Haikal 4 bulan

Thursday, October 17, 2013

Hari Raya Aidil Adha

Hari ini bersamaan 12 Zulhijjah 1434H.sudah 3 hari AidilAdha berlalu.. Kami menyambut secara sederhana Aidiladha kali ini di Putrajaya. Pagi Raya kami solat raya di Masjid besi.. aku hanya jaga anak-anak di masjid sementara abg solat raya. Ramainya Subhanallah.. Rasanya inilah kali pertama kami bawa Aqil Haziq dan Haikal ke masjid untuk solat raya.

Selesai solat kami beransur pulang ke rumah kerana tak nak bersesak-sesak bila jemaah mula keluar. Misi seterusnya, abg membawa Aqil dan Haziq ke surau dekat rumah kami untuk menyaksikan lembu yang dikorbankan.Dapatlah anak-anak melihat lembu-lembu yang disembelih. 

Pukul 12.00pm, mak ayah dan maklang dan wan selamat sampai ke rumah kami. Maklumlah, kami tak balik kampung, atok dan nenek pula yang datang ke rumah. semuanya sebab rindu nak jumpa cucu. Mak bawa sekali gulai ayam kampung dan daging salai.Alhamdulillah dapatlah menjamu selera. Petang lepas Asar mereka bertolak balik ke kampung.

Pagi ini abg bertolak ke Ipoh. Abg keluar rumah pukul 4.30am.. Jadi tugas menghantar anak-anak terpaksalah aku buat seorang diri. Keluar rumah pukul 7.30am.. seperti biasa menyiapkan anak-anak hampir setengah jam sebab nak kejut bangun pun nangis-nangis taknak bangun.. lepas hantar Haziq dan baby Haikal ke rumah pengasuh, terus ke sekolah Aqil di bawah pejabat ayah. Sampai sekolah rupa-rupanya sekolah masih tutup lagi. jadi terpaksalah aku membawa Aqil ke pejabat dulu untuk thumprint. lepastu call pengasuh untuk minta tolong jaga Aqil dan dia kata ok. lepas belikan hotdog untuk Aqil, aku balik rumah dulu untuk ambil botol susu Aqil. Isi baju dalam beg. lepas tu terus pergi rumah pengasuh. lepastu baru balik ofis. pukul 9am baru sampai ofis. penat sungguh pagi ni. harap-harap, anak-anak semua ok di rumah pengasuh. semoga ALLAH sentiasa melindungi anak-anakku. risau juga sebenarnya bila memikirkan anak-anak yang tak nampak depan mata..tapi aku tawakal pada ALLAH. Percaya bahawa ALLAH Maha Memelihara..




Gelagat di Pagi Raya Aidiladha

Monday, October 14, 2013

30 tahun umur dunia

Alhamdulillah..hari ini aku melangkah ke umur 30 tahun..bersamaan 9 Zulhijjah 1434H...Hari Arafah...esok adalah Hari Raya Haji..tapi hari ini aku masih di pejabat dan tidak mengambil cuti. tapi hari ini pihak pengurusan membenarkan kerja sehingga 12.45pm sahaja.

Hari ini abg mengambil cuti memandangkan pengasuh haziq dan haikal bercuti balik ke kampung... aku pula perlu menyimpan cuti yang ada cuma 7 hari sehingga hujung tahun ini. semalam kami tidak kemana-mana dan hanya duduk di rumah. Haikal pula meragam sepanjang hari. petang semalam Haikal ke klinik dan demam. namun demamnya tak tinggi..selepas 2 kali makan ubat dah pun kebah demamnya..alhamdulillah..

Malam ni aku bercadang untuk masak rendang ayam dan nasi himpit untuk makan esok pagi sebelum solat raya di masjid.. kali ini tahun pertama kami sekeluarga beraya di putrajaya...jadi esok pagi kami bercadang untuk ke masjid dan bawa anak-anak bersama..

Friday, October 11, 2013

Kadar kiraan Fidyah

Alhamdulillah..mudah rupanya nak mengira fidyah untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan. Aku jumpa kalkulator kira fidyah ni di laman web ni... http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/fidyah/

Jadi hari ni aku nak mencatat sedikit hasil yang aku temui..





Inilah programmnya..cukup simple..


Page yang ini untuk mengira zakat pendapatan

Banyak lagi kiraan zakat yang boleh dibuat. semua menggunakan kalkulator yang dibangunkan..

Gambar pasport pertama haziq

Semalam abg selamat pulang ke rumah selepas outstation 6 hari ke Melaka kerana ada persidangan. Malam semalam abg bawa Aqil dan Haziq ke Alamanda untuk ambil gambar pasport Haziq untuk pendaftaran sekolah Haziq Nasyrah Child Care Center di bangunan SPA Putrajaya.

Abg pula sakit mata mungkin kesan berjangkit dari anak-anak...Petang semalam abg sempat jugalah bawa Aqil ke klinik kesihatan Presint 9 untuk check up Aqil dan ambil darah sebab 4 hari demam. Abg pula dapat MC 1 hari iaitu harini sebab sakit mata tu.

Haziq dan Haikal macam biasa ke rumah pengasuh. Cuma Aqil yang duduk rumah dengan abg. Seronoklah Aqil sebab tak payah ke sekolah. itupun suruh ke sekolah menangis-nangis tak nak pergi. Haziq pula sejak 2 3 harini selalu kejut bangun tidur pagi-pagi mesti menangis.. pernah satu hari Haziq menangis sejak bangun tidur sampailah ke rumah pengasuh. sabar je la ummi melayan karenah Haziq sambil sebelah tangan lagi dukung si Haikal bersama beg susu dan beg baju. Alhamdulillah Haikal masih minum susu ibu yang aku bekalkan setiap hari 5 botol. kadang-kadang habis semua..kadang-kadang sebotol tak habis..

Minggu ni cukup memenatkan aku sebab aku terpaksa uruskan anak-anak, masak, buat kerja rumah sendiri sebab abg outstation. tambah memenatkan bila waktu malam perlu menjaga Aqil yang demam. Hari Ahad malam tu memang aku tak boleh tidur malam sebab suhu badan Aqil tak turun dan badan panas. terpaksalah aku tidur sekejap-sekejap.Alhamdulilah masa tu Haziq dan Haikal sihat dan tak meragam waktu malam..



Muhammad Haziq 3 tahun

Monday, October 7, 2013

Aqil demam

Hari Sabtu lepas kami sekeluarga pergi ke kenduri kahwin anak haji depan rumah kami. Kenduri dibuat di Dewan di Perbadanan Putrajaya. Petang pulak abg bertolak ke Melaka untuk persidangan tempat kerja. Petang tu juga badan Aqil dah mula panas..Tapi sekadar suam-suam. Ubat demam pun dah bagi makan. Siang Ahad pun demam tak panas sangat. suam- suam panas je. Tapi malam tadi bermulalah episod demam panas Aqil. Ayahnya pula outstation, jadi aku bersengkang mata menjaga Aqil untuk mengelap badannya dan bagi makan ubat. Alhamdulillah..Allah bantu juga sebab adikku nak juga jaga Aqil di rumah. jadi aku tak perlulah mengambil cuti memandangkan aku baru 3 hari berada di tempat kerja baru. cuma aku masih risau jika panas badannya naik mendadak..mudah-mudahan ALLAH jauhkan... pergi kerja pun hati teringat pada anak..ya ALLAH..sayu hati ini bila teringatkan anak-anak...tak sanggup bila anak-anak sakit.. mudah-mudahan Aqil cepat sembuh dan Haikal dan haziq

cuti aku untuk tahun ni pun cuma hanya ada 7 hari memandangkan aku baru mula bekerja akhir bulan September. pengasuh Haikal dan Haziq pula dah beritahu awal untuk cuti 2 hari semasa raya haji

Friday, October 4, 2013

selesai dapat posting

Alhamdulilllah semalam selesai urusan penempatan aku. Hari ini masuk hari kedua aku di tempat kerja baru. Aku ditempatkan di JPPH Putrajaya di bawah Kementerian Kewangan. Semalam selesai urusan borang-borang yang perlu dilengkapkan. Komputer pun dah dapat. Cuma line telefon je belum ada. Jadi borang untuk permohonan email terpaksa ditangguhkan dahulu.

Aku memilih waktu kerja WP3 bagi memudahkan aku menghantar anak-anak bila abg outstation. Esok abg akan ke Melaka sehingga ke hari Khamis. Jadi semua urusan akan aku lakukan sendiri. Cuma buat masa ini agak memudahkan aku pergi balik kerja sebab ada driver. Terpaksa minta tolong adik lelaki aku yang masih belum bekerja dan dah habis belajar tinggal bersama aku.

Tempat kerja baru aku ni adalah unit baru. Jadi aku adalah orang IT pertama yang masuk ke unit ini. Cabaran besar buat aku sebab tiada orang yang boleh aku buat rujukan berkaitan programming. Jawatan aku ni kebanyakkannya duduk di Bahagian Teknologi Maklumat. Mudah-mudahan nanti ada orang yang boleh aku minta panduan untuk belajar tentang programming.

Anakku Haikal masih lagi batuk. Cuma malam tadi dah kurang bunyi batuk..tapi pagi tadi sebelum hantar pengasuh ada Haikal bersin dan keluar hingus. Harap-harap dia tak selsema.

Tuesday, October 1, 2013

Anak-anak tak sihat

Minggu ni minggu kedua aku lapor diri dan masih belum diberi penempatan. Aku masih punya banyak masa duduk di library ni..rutin harian aku setiap kali pukul 10.00am aku akan ke surau untuk mengepam susu. Sekali lagi sesi mengepam adalah pukul 4.00pm dan terus solat asar di surau.

Semalam abg mengambil cuti untuk jaga aqil dan haziq sebab kedua-duanya sakit mata. Mulanya aqil yang sakit mata hari sabtu. Ahad pula haziq pula kena sakit mata. Yang baby haikal alhamdulillah tak kena. Itupun sebab memang kami tak bagi aqil dan haziq cium atau main-main dengan baby. Hari ini aqil dah ke sekolah manakala haziq terpaksa juga hantar ke rumah pengasuh bersama haikal. Mudah-mudahan haziq cepat sembuh sakit mata. Dah tu batuk selsema pun datang bertandang. Pagi tadi dah bagi haziq makan ubat batuk dan selsema. Kesian juga sebab terpaksa hantar ke rumah pengasuh tapi kami takde pilihan. Itulah dugaan ibu bapa bekerja. Anak-anak terpaksa bekorban sama. Semoga kami semha sentiasa sabar dalam mengharungi ujian hidup.

Lain pula halnya dengan baby haikal...semalam kami ke klinik pakar dr saiful semula. Batuk haikal menjadi-jadi terutamanya waktu malam. Menyukarkan dia untuk tidur dan bernafas...doktor cadangkan kami sambung lagi ambil ubat singulair yang diberikan seperti sebelum ni. Dah lebih sebulan haikal batuk tanpa demam. Mudah-mudahan Allah jauhkan haikal dari penyakit.. memang terasa duit banyak habis sebab anak tak sihat...bulan september ni pun hampir rm500 digunakan untuk ubat anak yang tak sihat..tapi demi melihat anak-anak sihat..itulah yang perlu dilakukan.. anak-anak pula lepas satu satu penyakit datang...walau kami dah usaha untuk mengelak dan pastikan anak-anak sihat...namun aku perlu akur...kesihatan tu Allah yang bagi..penyakit pun Allah yang bagi. Jadi yang menyembuhkan penyakit Allah la jua.. aku takkan putus asa untuk terus berdoa semoga anak-anakku diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan daei sebarang penyakit berjangkit dan berbahaya..

Sesungguhnya mintalah pada Allah dengan jalan sabar dan solat...

Ya Allah..kurniakanlah kami kesabaran dalam usaha kami ikhtiar kami dalam mencari jalan merawat anak-anak kami yang sakit..sesungguhnya Engkaulah yang menyembuhkan segala penyakit dan di tanganMu lah segala penawar...sembuhkanlah anak-anak kami ya Allah.. amin..