Tuesday, December 3, 2013

Jalan-jalan hujung minggu


Sabtu dan ahad yang lepas, sepanjang hari kami meluangkan masa bersama anak-anak. Pagi Sabtu kami ke Clubhouse Bukit Mahkota di Bangi kerana menghadiri majlis kahwin anak pakteh belah Kedah. Kebetulan hari yang sama adikku ada majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki di Kelantan. Mak ayah pergi dengan rombongan bas. kalau diikutkan memang terasa nak pergi juga, tapi disebabkan abg (cum driver) yang tak larat sebab baru balik dari outstation, niat tu terpaksalah dibatalkan..

maklang dan aisya humaira
mak dan ayah yang ke kelantan

majlis kahwin pihak lelaki di kelantan



majlis kahwin di Clubhouse Bukit Mahktota



Selepas kenduri di Bangi, kami ke Tesco Kajang untuk memborong susu Dutch Lady anak-anak sebanyak 8 pek dan membeli barang-barang dapur. Malamnya pula kami ke The Mines, Seri Kembangan sebab nak cari external hard disk. pada mulanya kami dah pergi waktu siang tapi disebabkan parking kereta yang takde sebab penuh, abg ajak juga untuk pergi waktu malam. kesian juga pada anak-anak sebab terlalu letih.

Esoknya sambung jalan-jalan lagi (cum shopping) barang-barang baby kat OneBabyWorld di Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Banyak juga barang yang aku beli sebab habis dekat rm300..

Aku beli ni sebab ada diskaun rm10

nak bagi hadiah untuk ex-officemate yang dapat baby


persediaan untuk bawa makanan haikal ke rumah pengasuh
hasil kerja aqil di sekolah


No comments: