Tuesday, December 17, 2013

Lelah yang tiada hujungnya..

Jam dah menunjukkan pukul 12.30 tgh mlm... Badan ni baru je boleh baring untuk berehat..kepala pun dah makin berat dan pening dah mula nak datang.... aku baru je lepas siapkan lipat baju dan gosok baju-baju kerja dan anak-anak untuk dipakai esok dan dimasukkan ke dalam beg anak-anak untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Sebenarnya badan ni dah terasa letih yang amat sebab tak sempat nak berehat melainkan bila dah siap kerja rumah dan bila anak-anak yang tiga orang ni dah tidur...itupun pagi esok rutin biasa dah menanti..  itupun aku kira bernasib baik sebab tak perlu bersusah payah nak sediakan sarapan pagi.. cuma sekarang ni perlu masak bubur je untuk haikal makan di rumah pengasuh.. abg pun memang dah faham..pagi-pagi memang waktu yang kritikal...

bangun pagi kena basuh semua botol susu yang aqil dan haziq minum sepanjang malam. Purata setiap malam dalam 4 ke 5 botol.  Lepastu nak kena siapkan susu ebm haikal untuk diletakkan dalam cooler bag. Siapkan beg pam dan botol-botol. Basuh apa yang ada dalam sinki. Kemas mainan yang bersepah di ruang tamu. Sambil tu tunggu bubur nasi masak. Yang penting..baju dah kena siap gosok dan siapkan beg anak-anak waktu malam. Kalau tak, memang bertambah kalut waktu pagi..

Malam-malam bila nak buat kerja rumah kena tunggu haikal tidur. Sekarang ni haikal dah pandai nak ajak ummi tidur dan baring dengan dia. Tapi nak tunggu dia tidur pun lambat juga.. kadang setengah jam berdukung barulah dia tidur. Belum termasuk kalau dia menangis tak tau sebab apa.. cuma sapu minyak pada badan dia dan buka baju dia bagi dia senyap.. tambah pulak..bila dia menangis, dengan ayah dia pun dia taknak..terpaksalah ummi tinggalkan semua kerja-kerja dulu dan tidurkan dia..

Semalam aku dah mula mengepam waktu malam. Risau bila tengok stok ebm dalam freezer dah tak banyak... semangat aku nak bangun malam untuk kumpul susu tak kuat.. aku kurang motivasi. Semalam dah cuba bangun untuk pam pukul 4 pagi. Harap-harap selepas ni aku boleh konsisten..

Aku seharusnya kena bersyukur dengan rezeki yang ada...rezeki tubuh badan yang sihat, rezeki tempat kerja yang dekat, rezeki anak- anak sihat dan macam-macam lagi.. ada orang lain yang lebih teruk diuji.  Cuma inilah ujian untuk aku.. penat...lelah...letih. wahai aku...teruskanlah bersangka baik dengan Allah..

"Takpelah penat sikit...tidur sikit...jangan amalan yang sikit...sementara nak tunggu anak-anak besar. .lagi 2 3 tahun mungkin dah ok sikit...aqil haziq mungkin dah pandai uruskan diri sendiri... "

Oklah...nak tidur...sekejap lagi nak bangun mengepam dan susukan haikal...

No comments: