Tuesday, December 10, 2013

Balik Kampung

Disebabkan menjaga Haziq yang demam, maka hari Jumaat lepas aku dan abg dua-dua terlajak tak pergi kerja. memang dua-dua ambil cuti. Hari Jumaat tu badan Haziq dah sejuk sepanjang siang tu. nak kata macam Haziq ni demam waktu malam je.

Tengahari tu, kami gerak balik ke kampung di Lui.. alhamdulillah seronok anak-anak bila balik kampung. Atok dan nenek pun suka. Pagi Sabtu kami ke Pekan Bahau memborong snek makanan untuk goodies bag besday Aqil 21 Disember ni. Petang Sabtu pula, abg balik ke Putrajaya sebab perlu hantar adiknya ke KLIA pagi ahad. Jadi kami semua duduk di kampung sementara tunggu abg datang semula ke kampung. Malam minggu tu jam 1 pagi, abg memborong lebih kurang 45 buah buku di BIGBADWOLF, di MIECC, Mines, Seri Kembangan. Lebih kurang rm200 lebih juga habis. Tapi seronok sebab semua buku murah-murah.

Haziq masih lagi demam hari malam minggu tu. alhamdulillah, hari Ahad Haziq dah sihat dan badan tak panas lagi.

Semalam Haziq dan Haikal macam biasa ke rumah pengasuh. Cuma pagi ni yang Haziq meragam sangat. Menangis dari sejak bangun tidur sehingga sampaila ke rumah pengasuh. Sabar je lah ummi ayah melayan karenahnya. Abg Aqil pun bangun tidur menangis-nangis sampai kena paksa masuk bilik air, tapi bila sudah mandi dia akan ok. layankan je la karenah anak-anak ni. semoga besar nanti jadi anak-anak yang soleh. Kurniakanlah kami kesabaran ya ALLAH..



keletihan sampai tertidur kat rumah atok masa ni







No comments: