Monday, December 30, 2013

Cuti Akhir Tahun

Alhamdulillah..selesai sudah cuti akhir tahun kami sekeluarga.. Hari Jumaat minggu lepas aku ambil cuti yang terakhir sekali untuk tahun ni untuk ikut abg dan bawa anak-anak ke Johor Bharu. kami bertolak pukul 7.00am. jadi pukul 5.00am aku dah bangun untuk kemaskan barang-barang termasuk masak bubur untuk Haikal.

Dalam perjalanan memang anak-anak tidur je la dalam kereta. Kami sampai Johor pukul 11.30am dan terus ke Kota Iskandar, JB untuk abg melawat tempat untuk seminar yang akan SPA adakan.. selepas tu nak terus check in hotel di New York Hotel tapi pukul 2pm baru boleh check in. Aqil plak tetiba rasa panas badan. bagi dia makan ubat dan lap-lap badan, alhamdulilah panasnya tak tinggi..

2 hari di JB, kami banyak berjalan-jalan ke shopping kompleks je.. dah sampai kat Puteri Harbour tu untuk masuk ke tempat Hello Kitty dan Thomas n friend. tapi bila fikir balik, baik lagi bawa anak-anak jalan dan belikan mainan daripada masuk situ habis dekat rm300 lebih.. Legoland pun kami lalu kat luar je la.. lain kali ada rezeki lebih bolehla masuk ke sana.. jom layan gambar anak-anak..

check in new york hotel

kat lobby hotel

kat bilik hotel


@The Red Club, Puteri Harbour



mainan baru main dalam hotel




@JPO masa nak balik



masa nak datang JB..muka ngantuk..

No comments: