Friday, January 3, 2014

Anak-anak tak sihat

Hari tahun baru, Haziq mula panas badan waktu tengahari masa kami keluar jalan ke Mydin Seremban 2. Terus balik rumah, bagi makan ubat dan lap-lap badan. Malam masih lagi demam tapi tambah lagi seorang yang tak sihat iaitu Haikal. Malam tu jugak bagi Haikal makan ubat demam dan tampal cool fever. tapi Haikal mungkin sebab dia selsema sama yang buat dia panas badan.

Hari kedua di tahun baru iaitu semalam, aku hantar Haikal dan Haziq lewat dalam pukul 11.00am sebab pengasuh nak hantar anak dia dulu ke sekolah. pagi semalam Haziq dah sejuk badan dia. Haikal masih suam-suam dan teruskan ubat demam kat rumah pengasuh. Tapi pagi sebelum  hantar Haziq ke rumah pengasuh, masa dia nak kencing dia ada tercirit sikit. sekali tu je la.

balik petang semalam, mak ayah datang hantar adikku, paksu untuk datang temankan aku dan anak-anak sebab abg akan ke Sabah petang ni.

Alhamdulillah tengok Haikal dah sihat cuma ada batuk sikit. Haziq pun sihat cuma asyik mengadu sakit perut. Yang perasan dia takde selera makan malam semalam. balik dari rumah pengasuh, minum susu pun tak habis.sekali dia buang air besar sebelum tidur. sekali watu maghrib. malam pulak dalam pukul 11.00pm sekali lagi bagi Haziq makan ubat demam sebab badan dia dah mula panas. abg pula cakap Haziq nangis-nangis nak buang air besar malam tadi dalam pukul 4.00am. kesian haziq sebab sakit perut. pagi tadi pula bangun dan sakit perut lagi dan cirit sekali lagi sampai dia nangis-nangis cakap punggung dia sakit.

Pengasuh pula mesej cakap Haziq muntah dah 2 kali..ya ALLAH risaunya.. terpaksalah abg hantar ke klinik sekejap sebelum naik flight petang ni.


No comments: