Wednesday, January 15, 2014

Salam Maulidurrasul 1435H

Semalam adalah cuti Hari Keputeraan Nabi S.A.W.. Seawal jam 5.30 pagi abg dah bersiap dengan berbaju melayu dan sampin untuk menyertai perarakan bermula di Masjid Besi hingga ke Masjid Putra. Pukul 10.30 pagi baru abg balik.

Petang semalam kami ikut abg ke Dengkil untuk survey kedai tayar. cadangnya abg nak tukar tayar kereta innova sebab macam dah tak ok. Tapi alih-alih tak jadi. tunda dulu.

Selepas tu, kami ke Bangi sebab nak cari baby walker untuk Haikal..sebab dia dah tak nak baring dan nak suruh dukung je..sampai ummi tak dapat nak buat kerja..

takut lagi nak naik..

Dapatla kami rembat baby walker ni.. harga rm195 beli di Manjaku Bandar Baru Bangi.. 

Selepas tu, pergi ke Tesco untuk beli susu anak-anak..dan tebus mainan daripada koleksi sticker Tesco.

@Tesco Kajang

Ada juga aku beli pelapik getah (rm47) untuk Aqil dan Haziq. Pelapik ni untuk lapik mereka tidur dan tak payah pakai pampers lagi. Cubaan malam pertama tanpa pampers untuk Haziq adalah berjaya tapi Aqil kencing basah juga selimut dan baju seluar dia..HAziq memang dah lama tak kencing kat pampers sebab memang dia akan bangun ke tandas. Cuma Aqil ni malas sangat nak bangun kencing.





No comments: