Monday, January 6, 2014

Hujung minggu di rumah

Alhamdulillah, kesihatan Haziq dah semakin baik selepas cirit birit dan muntah selama 2 hari. Dia pun tak makan ubat muntah dan cirit yang dapat dari klinik haritu.. Alhamdulillah sembuh sendiri. Bukan apa, perlu juga ada pemeriksaan sebab takut kena rotavirus pula.

Petang Jumaat lepas, abg dah selamat berlepas ke Sabah. Petang tu aku lari sekejap ke klinik bawa Haziq sebab cirit birit muntah tu sebab ayahnya tak sempat nak bawa. Masa abg takde tu, tengok anak-anak semua ok alhamdulillah masih boleh dikawal. Paksu pun ada teman duduk kat tingkat bawah.

Pagi Sabtu kami semua bangun lewat. Anak-anak sebab tidur lambat malam  tu. bangun tidur pula, takde makanan nak makan. roti pun takde..jadi aku pun terpaksalah angkut semua anak-anak dan bawa ke kedai beli barang-barang dapur untuk masak..

Tengahari tu aku sempat masak ikan tenggiri masak lemak cili api. Aqil memang makan banyaklah juga. tapi haziq masih kurang selera makan memandangkan perutnya baru sihat.

No comments: