Tuesday, December 24, 2013

Bercuti lagi

Semalam aku terpaksa mengambil cuti lagi disebabkan pengasuh Haziq dan Haikal minta cuti last minit. Terpaksalah aku korbankan cuti yang cuma tinggal 2 hari sahaja untuk tahun ni. Jumaat ni pun pengasuh dah minta cuti lagi sebab anak-anaknya nak daftar masuk sekolah.

Petang semalam bawa Haikal ke klinik untuk cucuk 5 bulan. Abg yang tolong hantarkan. Jadi Haziq pun ikut sama. Alhamdulillah berat Haikal naik sikit ke 7.75kg. Cucuk vaksin yang semalam pun nampak Haikal ok dan sihat. Tapi nurse bekalkan juga ubat paracetamol untuk standby kalau demam.

Alhamdulillah, duduk di rumah dengan Haikal dan Haziq takdelah penat dan pening sangat sebab Haziq senang jaga dan nak juga dengar cakap. Bila suruh diam dan jangan bising sebab baby tidur, dia akan senyap. Bila tengok ummi tidur, dia tak kacau. Dia akan main sorang-sorang dan tak kacau baby tidur. Cuma bila ada abg Aqil je dia akan jadi lasak macam abg dia. Malam pula, setiap malam Haziq akan mengigau dan menangis-nangis tak tau punca. Jenuh juga nak suruh dia diam.

Haikal yang keletihan baru lepas cucuk 5 bulan

No comments: