Monday, December 16, 2013

Haikal demam batuk selsema


Hari Khamis minggu lepas aku mengambil cuti lagi disebabkan Haikal demam batuk dan selsema. Mulanya hari sebelum tu masa aku hantar Haikal ke rumah pengasuh, dia masih ok. Tapi bila ambil dia waktu petang, pengasuh bagitahu yang Haikal dah mula selsema.

Jadi disebabkan cuti masih berbaki 3 hari, aku pun cuti kecemasan hari tu sebab bangun tidur pagi tu rasa badan Haikal macam panas.. kebetulan pula esoknya Jumaat memang dah mohon cuti sebab abg ada kerja di Perlis. Jadi tengahari tu kami ke klinik di presint 15. Haziq pun seronok sebab tak payah pergi rumah pengasuh.

Malam tu abg ajak bertolak ke Kedah rumah mak sebab pagi Jumaat abg dah kena ada di Perlis. Kami gerak dari Putrajaya dalam pukul 10 malam. anak2 semua tidur dalam kereta. abg pun banyak berhenti di hentian sebab terlalu mengantuk bila memandu waktu malam. Alhamdulillah kami selamat sampai rumah mak pukul 3 pagi. Alhamdulillah Haikal banyak tidur sepanjang perjalanan. aku pun dah titiskan ubat hidung untuk elak hidung tersumbat, baru dia rasa selesa.

Sampai rumah mak abah di sg. Petani, Haikal berjaga dan tak nak tidur lagi. Jenuh juga aku berjaga hingga pagi. Pagi tu abg gerak ke Perlis dan pulang pukul 5pm. sempat lagi abg ajak keluar jalan. kami pun keluar ke Giant Sg. Petani untuk beli sedikit barang.



baru bangun tidur
senyum dengan puting kopek

tak lepas yang kat mulut tu



No comments: