Sunday, December 22, 2013

Balik Kedah lagi..

Baru seminggu lepas balik ke Kedah, Jumaat lepas abg kena pergi ke Alor Star pulak.. Jadi, lepas kerja hari Jumaat tu, terus kemas-kemas barang dan bertolak ke Kedah pukul 8pm. Jam juga di Damansara hampir sejam.

Anal-anak main dan tidur dalam kereta. Alhamdulillah, sampai rumah mak abah pukul 1am. Esoknya pukul 7am abg dah bertolak ke Alor Star sampai petang. Aku dan anak-anak duduk je la di rumah mak abah. Kebetulan hari Sabtu tu birthday Aqil yang ke 5. Tapi hari Jumaat tu dah siap-siap bawa goodies bag ke sekolah Aqil untuk diberi pada kawan-kawannya. Aku sediakan 70 beg untuk Aqil bawa.


yang ni je sempat amik gambar
 Layan gambar-gambar masa kat rumah tok wan..





dalam perjalanan balik..
Lepas abg balik dari kerja, malamnya kami keluar ke Village Mall, Sg. Petani untuk jalan-jalan. Sempatlah jugak beli beberapa buah buku sempena Sale yang MPH buat.

salah satu buku yang aku beli dan dah lama mencari..
Esoknya kami gerak balik ke Putrajaya pukul 10am. sampai rumah lebih kurang pukul 4.00pm sebab masuk ke Kota Damansara sebab cari Mc Donalds kat sana. Malamnya pula abg ajak ke ClubHouse Bangi sebab ada Dinner peringkat dalaman SPA.

No comments: