Thursday, November 7, 2013

November datang lagi..

Ini catatan pertama untuk bulan November 2013... 2 hari lepas adalah Awal Muharam 1435H..Hari itu pun cuti dan kami hanya berehat di rumah dan menghabiskan masa dengan anak-anak di rumah. Anak-anak sukalah bila ummi dan ayah ada di rumah..:)

Semalam balik dari rumah pengasuh, aku perasan ada kesan lebam lagi di sebelah kiri haikal pula.. memang kesan kena cubit..aduhai anak..apalah nasib duduk rumah orang jadi macam tu..kesian Haikal..aku ada juga tanya pada pengasuh tu kenapa pipi Haikal ada kesan kena cubit.. kak tu cakap dia tak perasan dan mungkin anak dia yang sulung yang cubit. hmm...aku tak terkata apa...sedih jugak bila tengok haikal dah dua kali lebam kat pipi.. kalau kali ketiga lebam juga memang kena cari pengasuh lainlah jawabnya.. anak pengasuh tu umur 9 tahun dan darjah 3 tapi perempuan..pengasuh tu sendiri cakap anak dia yang sulung tu adik-adik dia pun dia buat.. ye la kak..tapi anak saya ni janganlah buat macam tu..baru je 4 bulan... aku berharap sangat kakak pengasuh tu dapat alert lepas ni.

Hari Sabtu ni pula ada Majlis Hi-Tea bersama KP di INSPEN, Bangi.. Abg pula ada Badminton JPM..Jadinya kami perlu membawa anak-anak bersama. aku akan bawa baby Haikal dan abg akan bawa Aqil dan Haziq.. Ahad pula abg akan ke Penang kerana urusan temuduga dan akan membawa Aqil..Masuk ni kira kali kedua ikut abg bila outstation. itupun bila ke utara sajala..sebab mak dan abah akan abg angkut sekali..

Alhamdulillah anak-anak sihat hingga ke saat ini..aku juga seperti ibu-ibu lain di luar sana yang ada anak-anak..malah ada ramai lagi ibu-ibu yang diuji lebih hebat dari aku..yang diuji anak yang sakit, yang diuji kematian anak, suami, kerja dan 1001 ujian yang maha hebat..cuma aku sentiasa berdoa agar aku mampu untuk menempuh setiap ujian dengan kesabaran dan keimanan..