Friday, November 15, 2013

Perkongsian yang bijak..



Perkongsian bijak seorang ibu (yg ingin namanya dirahsiakan)
==============================

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebelum dan selepas bergelar ibu. Begini ceritanya..

Saya mempunyai seorang kakak ipar yang sangat kasar dengan anak-anaknya. Setiap apa yang anak-anaknya buat pasti tidak disenangi. Suatu hari, waktu saya mengandungkan anak saya yang pertama, kakak ipar datang ke rumah mertua saya (emaknya). Saya perasan setiap kali dia pergi ke tandas, anaknya akan mengetuk pintu smbil menjerit memanggil "mummy! mummy!”. Kakak ipar yang berada di dalam bilik air akan mnjerit “Hey! Pergi main kat depan! Tak paham bahasea ke? Dah cakap ulang-ulang!!”.. Waktu itu saya mengucap panjang. Saya ada bertanya, memang anak-anaknya begitukah? Kak ipar menjawab, “memang macam tu.. esok kalau awak ada anak, awak tahulah..”

Sekarang, anak yang saya kandung dulu sudah menjangkau usia 3 tahun (waktu itu anak kakak ipar pun 3+ tahun) dan saya juga mengalami perkara yang sama. Memang kadang-kadang kita sebagai ibu/ayah tidak senang bila anak-anak menjerit depan pintu bilik air memanggil kita. Tetapi saya mengambil jalan untuk mengajar anak saya dengan cara berhemah. Sebagai contoh, saya akan berkata kepada anak saya, " abang, mama ke bilik air dulu ye.. Abang dok diam-diam kat depan ni ye..Mama masuk sekejap je”. Anak saya menjawab "ok.." Apabila anak mengetuk pintu juga, saya akan berkata, "abang, mama buang air, abang dok sekejap ok. Kejap lagi mama keluar”. Anak saya menjawab, "ok". Pada saya, jangan jemu untuk mengingatkan ank-anak dengan cara berhemah.

Berbalik kepada kisah anak-anak kakak ipar saya, mereka jadi kasar juga apabila berkata-kata. Kadang-kadang anak saya terkedu apabila dikata macam-macam. Mungkin pelik dengan kata-kata itu atau mungkin juga tidak selesa bila ditengking dengan kasar. Nampak juga kadang-kadang berubah air muka anak saya walaupun baru berusia 3 tahun.

Moral of the story : kita adalah acuan buat anak-anak.

=============================


Dalam mendidik anak-anak, tiada jalan pintas. Usah mengharapkan apa yang kita ajar hari ini, hasilnya dapat dilihat esok. Proses mendidik memerlukan masa dan usaha yang berterusan. Berputus asa dengan sekali cuba tidak akan mendatangkan kejayaan. Apabila kita gagal pelan A, kita masih ada pelan B, C, D dan seterusnya.. Keep on trying! There is no elevator to success. We have to take the stairs...

No comments: