Thursday, November 20, 2014

Mohon Sekeping Hati Yang Tabah..




Memang enak dapat makan manisan pencuci mulut

Walau pun sedar tak sedar, ada penyakit yang sedang kita jemput. 

Memang tak seronok bila terpaksa mengharung pahitnya sebuah ujian 

Sedangkan itulah yang buat kita semakin matang menilai kehidupan... 

Antara manisnya gula dan manisnya madu
Kita mungkin keliru dan mudah tertipu
Antara masamnya mangga dan masamnya cuka
Kita mungkin tersilap menilai resamnya.





Ya Allah
Suratmu ini sudah ku terima
Sudah ku faham dan ku hadam maksudnya

Baiklah
Aku akan melangkah seperti yang diarah
Namun
Perhatikan aku ya Allah
Iringi aku dengan kekuatan mujahadah
Peluk aku erat-erat agar aku tidak lagi tersalah

Aku merayu bantuan-Mu
Sungguh
Tidak akan termampu aku 
Bergerak walau seinci
Tanpa bantuan yang Kau beri.

Ya Allah
Keluarkan aku dari sini dengan selamat
Permudahkan ku tembusi pintu taubat
Agar akhirnya nanti 
kita bisa bertemu
Dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. 

Ya Allah, 
Tunggu aku.

2 comments:

Hamba Allah said...

Allah Maha Adil. Allah tidak pernah menzalimi sesiapa. Okey. Percaya yang itu dulu. Ya. Percaya sepenuhnya!

Kalau Dia beri kelebihan pada orang lain, Dia juga ada beri kelebihan pada kita. Tolong. Jangan nafikannya.

Kalau Dia beri ujian dan masalah pada kita, orang lain pun kena juga. Semua merasa. Semua terseksa!

Allah beri dan uji ikut kemampuan masing-masing. Allah tahu kelebihan dan kekurangan hamba-hamba-Nya. Dia tahu. Dia yang cipta kita!

Sekarang, apa masalah kita? Apa yang kita tak puas hati sebenarnya? Kalau kita percaya Allah itu Maha Adil, kita sepatutnya mudah pujuk hati kita.

Jangan dengki. Jangan iri hati. Jangan bersangka-sangka lagi.

Kita yakin sahaja. Kalau kita baik, Allah tahu. Kalau kita jahat, pun Allah tahu. Orang lain pun begitu. Buruk baik mereka ada yang mengadilinya! Buat apa nak memeningkan kepala kita?

Hiduplah seadanya. Berdamailah dengan takdir sebelum nafas kita berakhir. Berhenti memaksa situasi supaya terjadi mengikut kehendak sendiri. Kita bukan hidup seorang diri di muka bumi ini. Orang lain pun punya hati!

Istighfar.

Hamba Allah said...

Hidup ini amat berkait rapat dengan pilihan. Benar. Takdir hidup kita Allah yang tentukan. Namun, cara kita mendepaninya, masih pilihan.

Mahu terus bersedih, mahu terus berdukacita atau mahu menangis sehingga buta kedua-dua mata, silakan.

Mahu tersenyum di kala duka atau mahu terus berjuang untuk hidup bahagia, juga silakan.

Kata nabi, man jadda wajada. Siapa berusaha, dia berjaya. Siapa mahu gembira, dia akan gembira.

Siapa memilih untuk terus hidup penuh prasangka, dia akan terseksa. Siapa memenuhi hatinya dengan benci, dia juga yang pasti merana sendiri.

Sungguh. Hati boleh dipujuk. Bukankah yang panas juga boleh sejuk? Mengapa disimpan bara jika kita boleh cuba untuk memadamkannya?

Bersangka baiklah dengan takdir Allah. Itulah pengubat segala masalah.