Wednesday, November 19, 2014

Aku hanya ada ALLAH....


Hari ini benar-benar rasa diri diuji...  aku rasa tak mampu nak hadapi semua ujian ni...tapi aku terpaksa hadapi juga... aku cuma ada Allah untuk mengadu segala kelemahan diri. .. aku pujuk hati bahawa aku ada Allah...Allah Maha Melihat segala susah payah yang terpaksa aku lakukan... Setiap orang pasti ada ujiannya sendiri... Malah ada orang yang lebih hebat Allah uji dari aku...walaupun hati aku terluka dengan orang-orang disekelilingku yang tak memahami keadaan aku...aku hanya ada Allah untuk aku mengadu...

Aku cuma penat mengandung 38 minggu... aku pening dan rasa nak marah dengan karenah anak-anak yang tengah membesar dan susah nak dengar kata dan suka mengamuk... aku penat pergi dan balik kerja sebab kena jalan jauh dari parking kereta ke pejabat walaupun hujan dan panas terik kena aku hadapi juga...walaupun perut dah tak larat aku terpaksa juga dukung haikal untuk hantar pergi balik rumah pengasuh... memang aku letih dan rasa tak larat.. tapi aku paksa diri untuk lakukan semua untuk anak-anak.... kadang-kadang memang rasa kesian pada anak-anak bila lepas marah.. tapi aku kena cuba juga usaha untuk memahami dan melayan karenah mereka...

Haikal pula setiap malam susah sangat nak tidur...dah pukul 11 malam...kadang-kadang lewat...baru boleh tidur...tengah-tengah malam selalu menangis... belum kira dia mengamuk petang-petang bila balik dari rumah pengasuh sebab dah mengantuk... Aqil dan Haziq pula selalu je main jadi gaduh..sampai tak larat nak marah pada diorang..Haziq pula selalu je menangis bila gaduh dengan abgnya..

Ya Allah..kurniakanlah ketabahan dan keimanan pada diri aku untuk hadapi semua ini...


1 comment:

Hamba Allah said...

Ramai orang mengeluh setiap hari. Katanya tidak tahan diuji. Katanya lemah berdepan dengan ujian. Katanya tidak punya kekuatan.

Aduhai.. itu kata-kata yang tidak bersandarkan kepada satu kenyataan. Itu semua kata-kata yang bercanggah dengan janji Tuhan.

"Allah tidak menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita pikul bebannya."

Benar.
Allah uji ikut kemampuan hamba-hamba-Nya. Semakin berat ujian yang kita terima, bererti semakin kuat jiwa dan semangat yang kita ada sebenarnya. Kita patut rasa bangga!

Allahu Akbar. Kadang-kadang dalam hanyut melayan sedikit percikan ujian, kita lupa di dalamnya ada timbunan bukti kehebatan.

Tersenyumlah wahai hati yang terluka. Menguntumlah wahai bunga-bunga bahagia. Di sebalik pahitnya jadam, ada khasiat yang sedang kau hadam.