Monday, December 30, 2013

Cuti Akhir Tahun

Alhamdulillah..selesai sudah cuti akhir tahun kami sekeluarga.. Hari Jumaat minggu lepas aku ambil cuti yang terakhir sekali untuk tahun ni untuk ikut abg dan bawa anak-anak ke Johor Bharu. kami bertolak pukul 7.00am. jadi pukul 5.00am aku dah bangun untuk kemaskan barang-barang termasuk masak bubur untuk Haikal.

Dalam perjalanan memang anak-anak tidur je la dalam kereta. Kami sampai Johor pukul 11.30am dan terus ke Kota Iskandar, JB untuk abg melawat tempat untuk seminar yang akan SPA adakan.. selepas tu nak terus check in hotel di New York Hotel tapi pukul 2pm baru boleh check in. Aqil plak tetiba rasa panas badan. bagi dia makan ubat dan lap-lap badan, alhamdulilah panasnya tak tinggi..

2 hari di JB, kami banyak berjalan-jalan ke shopping kompleks je.. dah sampai kat Puteri Harbour tu untuk masuk ke tempat Hello Kitty dan Thomas n friend. tapi bila fikir balik, baik lagi bawa anak-anak jalan dan belikan mainan daripada masuk situ habis dekat rm300 lebih.. Legoland pun kami lalu kat luar je la.. lain kali ada rezeki lebih bolehla masuk ke sana.. jom layan gambar anak-anak..

check in new york hotel

kat lobby hotel

kat bilik hotel


@The Red Club, Puteri Harbour



mainan baru main dalam hotel




@JPO masa nak balik



masa nak datang JB..muka ngantuk..

Sarapan pagi

Harini abg cuti. Jadi tadi selepas hantar haikal ke rumah pengasuh..kami berempat pergi sarapan pagi di kedai mamak. Tengahari ni abg dah janji dengan haziq dan aqil untuk pergi beli barang di tesco. Seronoklah diorang tu..

boleh pula minum air yang sama. apa abg minum, adik nak jugak

bukti sarapan di kedai mamak (mamak kat belakang)
Lepas sarapan, aku kembali ke pejabat dan anak-anak duduk rumah dengan ayah. 

Thursday, December 26, 2013

Cuti Krismas

Syukur alhamdulillah..semalam adalah cuti Krismas..dapatlah cuti sehari..semalam kami bawa anak-anak jalan di Setia City Mall dan Tesco Setia Alam..lagipun tak pernah sampai ke situ lagi. Itulah pertama kali kami sampai di sana.

Hari ini abg cuti. Haziq dan Aqil duduk di rumah dengan abg..Haikal pula hantar ke rumah pengasuh. Pagi tadi juga kami ke Bank Islam untuk membuka akaun SSPN untuk Haziq dan Aqil dan aku pula buka akaun pelaburan al-awfar dan abg buka akaun simpanan al-awfar dengan deposit rm4k. Mudah-mudahan adalah manfaat dan kebaikannya..amin..





Tuesday, December 24, 2013

Ragam Haziq dan Haikal

seronok dapat main ultraman

snap jap!!

Apa lagi...masuk mulutla.....

apa plak amik ultraman adik..

adik nak ultraman...

adik nak main ultraman

ni la budak yang amik ultraman tu...

Bercuti lagi

Semalam aku terpaksa mengambil cuti lagi disebabkan pengasuh Haziq dan Haikal minta cuti last minit. Terpaksalah aku korbankan cuti yang cuma tinggal 2 hari sahaja untuk tahun ni. Jumaat ni pun pengasuh dah minta cuti lagi sebab anak-anaknya nak daftar masuk sekolah.

Petang semalam bawa Haikal ke klinik untuk cucuk 5 bulan. Abg yang tolong hantarkan. Jadi Haziq pun ikut sama. Alhamdulillah berat Haikal naik sikit ke 7.75kg. Cucuk vaksin yang semalam pun nampak Haikal ok dan sihat. Tapi nurse bekalkan juga ubat paracetamol untuk standby kalau demam.

Alhamdulillah, duduk di rumah dengan Haikal dan Haziq takdelah penat dan pening sangat sebab Haziq senang jaga dan nak juga dengar cakap. Bila suruh diam dan jangan bising sebab baby tidur, dia akan senyap. Bila tengok ummi tidur, dia tak kacau. Dia akan main sorang-sorang dan tak kacau baby tidur. Cuma bila ada abg Aqil je dia akan jadi lasak macam abg dia. Malam pula, setiap malam Haziq akan mengigau dan menangis-nangis tak tau punca. Jenuh juga nak suruh dia diam.

Haikal yang keletihan baru lepas cucuk 5 bulan

Sunday, December 22, 2013

Balik Kedah lagi..

Baru seminggu lepas balik ke Kedah, Jumaat lepas abg kena pergi ke Alor Star pulak.. Jadi, lepas kerja hari Jumaat tu, terus kemas-kemas barang dan bertolak ke Kedah pukul 8pm. Jam juga di Damansara hampir sejam.

Anal-anak main dan tidur dalam kereta. Alhamdulillah, sampai rumah mak abah pukul 1am. Esoknya pukul 7am abg dah bertolak ke Alor Star sampai petang. Aku dan anak-anak duduk je la di rumah mak abah. Kebetulan hari Sabtu tu birthday Aqil yang ke 5. Tapi hari Jumaat tu dah siap-siap bawa goodies bag ke sekolah Aqil untuk diberi pada kawan-kawannya. Aku sediakan 70 beg untuk Aqil bawa.


yang ni je sempat amik gambar
 Layan gambar-gambar masa kat rumah tok wan..





dalam perjalanan balik..
Lepas abg balik dari kerja, malamnya kami keluar ke Village Mall, Sg. Petani untuk jalan-jalan. Sempatlah jugak beli beberapa buah buku sempena Sale yang MPH buat.

salah satu buku yang aku beli dan dah lama mencari..
Esoknya kami gerak balik ke Putrajaya pukul 10am. sampai rumah lebih kurang pukul 4.00pm sebab masuk ke Kota Damansara sebab cari Mc Donalds kat sana. Malamnya pula abg ajak ke ClubHouse Bangi sebab ada Dinner peringkat dalaman SPA.

Tuesday, December 17, 2013

Lelah yang tiada hujungnya..

Jam dah menunjukkan pukul 12.30 tgh mlm... Badan ni baru je boleh baring untuk berehat..kepala pun dah makin berat dan pening dah mula nak datang.... aku baru je lepas siapkan lipat baju dan gosok baju-baju kerja dan anak-anak untuk dipakai esok dan dimasukkan ke dalam beg anak-anak untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Sebenarnya badan ni dah terasa letih yang amat sebab tak sempat nak berehat melainkan bila dah siap kerja rumah dan bila anak-anak yang tiga orang ni dah tidur...itupun pagi esok rutin biasa dah menanti..  itupun aku kira bernasib baik sebab tak perlu bersusah payah nak sediakan sarapan pagi.. cuma sekarang ni perlu masak bubur je untuk haikal makan di rumah pengasuh.. abg pun memang dah faham..pagi-pagi memang waktu yang kritikal...

bangun pagi kena basuh semua botol susu yang aqil dan haziq minum sepanjang malam. Purata setiap malam dalam 4 ke 5 botol.  Lepastu nak kena siapkan susu ebm haikal untuk diletakkan dalam cooler bag. Siapkan beg pam dan botol-botol. Basuh apa yang ada dalam sinki. Kemas mainan yang bersepah di ruang tamu. Sambil tu tunggu bubur nasi masak. Yang penting..baju dah kena siap gosok dan siapkan beg anak-anak waktu malam. Kalau tak, memang bertambah kalut waktu pagi..

Malam-malam bila nak buat kerja rumah kena tunggu haikal tidur. Sekarang ni haikal dah pandai nak ajak ummi tidur dan baring dengan dia. Tapi nak tunggu dia tidur pun lambat juga.. kadang setengah jam berdukung barulah dia tidur. Belum termasuk kalau dia menangis tak tau sebab apa.. cuma sapu minyak pada badan dia dan buka baju dia bagi dia senyap.. tambah pulak..bila dia menangis, dengan ayah dia pun dia taknak..terpaksalah ummi tinggalkan semua kerja-kerja dulu dan tidurkan dia..

Semalam aku dah mula mengepam waktu malam. Risau bila tengok stok ebm dalam freezer dah tak banyak... semangat aku nak bangun malam untuk kumpul susu tak kuat.. aku kurang motivasi. Semalam dah cuba bangun untuk pam pukul 4 pagi. Harap-harap selepas ni aku boleh konsisten..

Aku seharusnya kena bersyukur dengan rezeki yang ada...rezeki tubuh badan yang sihat, rezeki tempat kerja yang dekat, rezeki anak- anak sihat dan macam-macam lagi.. ada orang lain yang lebih teruk diuji.  Cuma inilah ujian untuk aku.. penat...lelah...letih. wahai aku...teruskanlah bersangka baik dengan Allah..

"Takpelah penat sikit...tidur sikit...jangan amalan yang sikit...sementara nak tunggu anak-anak besar. .lagi 2 3 tahun mungkin dah ok sikit...aqil haziq mungkin dah pandai uruskan diri sendiri... "

Oklah...nak tidur...sekejap lagi nak bangun mengepam dan susukan haikal...

Monday, December 16, 2013

Bayar fidyah

Alhamdulilah selesai membayar fidyah untuk puasa yang ditinggalkan yang tak sempat untuk diqadakan.. cara ni aku dapat dari blog Cara Bayar Fidyah guna Maybank2u

Kaedah melalui maybank2u adalah:

Selepas Log In Account:

1. Klik Accounts & Banking
2. Klik Bill Payment
3. Klik Make A One-Off Payment


4. Lepas tu klik Drop Down Button N Choose Zakat & Charity


5. Select From List: Choose Pusat Zakat........... yang berkaitan...


6. Nak senang, boleh guna Kalkulator fidyah kat  E-Zakat. 



7. Sambil bayar / Klik, jangan lupa sertakan dengan Niat..Memadai dengan niat..“INI ZAKAT FIDYAH SAYA YANG WAJIB BAGI DIRI SAYA PADA TAHUN INI SEBANYAK $ …………KERANA ALLAH TA’ALA”.. 

sambut birthday tok wan

Tahun ni sambutan harijadi tokwan sungguh bermakna dan meriah. sebab dapat kumpul ramai-ramai dengan anak-anak cucu.

Kebetulan hari yang kami berada di Kedah adalah harijadi abah..(14/12/2013). Kami gerak ke Penang untuk ziarah kak di sana. Jadi bila dah kumpul ramai-ramai, abg pun sempatlah beli kek di Secret Recipe dan KFC.




Aqil bersama sepupu-sepupunya




Haikal demam batuk selsema


Hari Khamis minggu lepas aku mengambil cuti lagi disebabkan Haikal demam batuk dan selsema. Mulanya hari sebelum tu masa aku hantar Haikal ke rumah pengasuh, dia masih ok. Tapi bila ambil dia waktu petang, pengasuh bagitahu yang Haikal dah mula selsema.

Jadi disebabkan cuti masih berbaki 3 hari, aku pun cuti kecemasan hari tu sebab bangun tidur pagi tu rasa badan Haikal macam panas.. kebetulan pula esoknya Jumaat memang dah mohon cuti sebab abg ada kerja di Perlis. Jadi tengahari tu kami ke klinik di presint 15. Haziq pun seronok sebab tak payah pergi rumah pengasuh.

Malam tu abg ajak bertolak ke Kedah rumah mak sebab pagi Jumaat abg dah kena ada di Perlis. Kami gerak dari Putrajaya dalam pukul 10 malam. anak2 semua tidur dalam kereta. abg pun banyak berhenti di hentian sebab terlalu mengantuk bila memandu waktu malam. Alhamdulillah kami selamat sampai rumah mak pukul 3 pagi. Alhamdulillah Haikal banyak tidur sepanjang perjalanan. aku pun dah titiskan ubat hidung untuk elak hidung tersumbat, baru dia rasa selesa.

Sampai rumah mak abah di sg. Petani, Haikal berjaga dan tak nak tidur lagi. Jenuh juga aku berjaga hingga pagi. Pagi tu abg gerak ke Perlis dan pulang pukul 5pm. sempat lagi abg ajak keluar jalan. kami pun keluar ke Giant Sg. Petani untuk beli sedikit barang.



baru bangun tidur
senyum dengan puting kopek

tak lepas yang kat mulut tu