Tuesday, November 26, 2013

Majlis kahwin adikku

Alhamdulillah selesai sudah majlis kenduri kahwin adikku Suzana dan Hafiz yang berlansung 22 November 2013 (akad nikah) dan 23 November 2013... Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar sepanjang majlis.. kenduri kali ini mak ayah menggunakan khidmat katering yang abg aku tempah. alhamdulillah semuanya ok.

Hari ini aku baru masuk opis balik setelah bercuti hari Jumaat dan Isnin semalam. semalam sebab pengasuh cuti lagi, jadi aku terpaksalah cuti lagi. sepatutnya aku dah merancang untuk cuti Jumaat ni sebab nak hantar rombongan pengantin ke Kelantan pula. tapi dah kena ambil cuti semalam pula. jadi aku masih berkira-kira sama ada akan mengambil cuti lagi atau tak sebab cuti tahunan aku cuma tinggal 5 hari lagi. tahun ni masih ada sebulan lagi untuk sampai ke tahun baru 2014 pula.

Semalam abg dah bertolak ke Morib pula sebab ada kursus lagi..bulan ni saja dah 3 minggu abg outstation. jadi akulah yang menguruskan anak-anak..

Teringat kejadian pagi tadi masa di flat rumah pengasuh. disebabkan dah 4hari bercuti, jadi banyaklah beg yang nak dibawa ke rumah pengasuh. dua beg toto untuk alas tidur Haziq dan Haikal, 1 beg baju dan 1 cooler bag. Aqil tolong aku bawa 1 beg toto. masa sampai kat lif, aku suruh Haziq dan Aqil masuk ke dalam lif dulu, sementara aku tekan butang kat luar lif. bila Aqil masuk, pintu lif terus tertutup walaupun aku dah tekan butang kat luar tu.

Terdengar-dengar suara Aqil panggil Ummi..Ummi...Aku dah mula takut sebenarnya..tapi dalam hati berharap takde perkara yang tak elok akan berlaku. mula-mula aku perasan yang lif tak bergerak sebab aqil tak tekan sebarang butang kat dalam lif. tapi mungkin ada orang nak turun, jadi lif naik tingkat 6. dalam hati aku doa janganlah Aqil keluar dari lif. memang aku tunggu je kat bawah tu. lepastu nampak lif bergerak dan turun. memang berdebar aku tunggu lif buka samada aqil ada dalam lif ke tak..

Alhamdulillah bila lif buka Aqil masih ada kat dalam. lega rasa.. kalau tak aku dah jadi kelam kabutla.. macama nak cari satu-satu tingkat pulak..nauzubillah..harap-harap kejadian ni takkan berulang lagi. Lepas hantar Haziq dan Haikal, aku ke opis dulu untuk thumb print. lepastu baru hantar Aqil ke sekolah.. Abg plak akan balik hari Khamis..

kami jadi penyambut tetamu
Hafizuddin dan Suzana

Pengantin di pelamin

pengantin berarak dan makan beradab

sukanya depa bila tengok mak lang jadi pengantin


masa akad nikah di masjid

Wednesday, November 20, 2013

Haziq balik kampung

Malam semalam haziq telah selamat sampai ke kampung bersama atok dan nenek. Punyalah tak sabar-sabar nak balik kampung sampaikan bila dah naik kereta atok dah tak pandang ummi lagi dok melambai kat dia...haziq..haziq..

Mak dah pun balik kampung...jadi hari ini rutin seperti biasa aku hantar haikal ke rumah pengasuh dan aqil ke sekolah sebab memandangkan abg belum balik dari outstation ke perlis sejak ahad lepas..

Silih berganti...bila mak balik..adik lelaki aku datang semula teman aku yang penakut nak duduk rumah sendiri ni..walaupun ada anak-anak...takpelah..aqil dah besar sikit lagi bolehlah jadi peneman ummi malam-malam bila ayahnya outstation...

Pagi-pagi lepas hantar haikal..aku akan bawa aqil ke pejabat aku dulu sebab aku nak thumb print. Lepas tu baru aku hantar aqil ke sekolah dia. Tapi pagi tadi entah macamana boleh lupa nak bawa keluar beg sekolah aqil. Terpaksalah patah balik ke.rumah ambil beg dia yang masih ada kat dalam bilik tingkat atas.. pagi tadi pun memang banyak barang aku bawa..beg baju..cooler bag dan toto haikal...beg pam susu aku lagi...banyak sangat sampai tak teringat beg sekolah aqil..

Pagi tadi aku telefon mak tanya tentang haziq.. rupanya haziq tidur lambat malam tadi sebab main dan sembang dengan maklang. Aku call mak pukul 9a.m memang dia belum bangun.

Mak cerita malam tadi haziq tanya kat atok..

"Esok atok keje..nenek keje..maklang keje..sape nak jaga haziq" ...

Alahai haziq..haziq...mesti dia risau sebab takde orang nak jaga dia..ye lah..ummi takde..

Lepastu mak cerita lagi yang haziq cakap nak tidur dengan ummi..puaslah nenek pujuk macam-macam baru dia nak tidur dengan nenek. Lepastu susah nak lelap mata pulak...haziq...haziq..tapi alhamdulillah dia tak nangis..dah boleh  bawa diri...

Teringat apa yang haziq cakap sebelum ikut atok semalam....

"Ummi jangan nangis-nangis tau"..nak tergelak aku dengar..dia pulak yang pesan kat kita..

Kalau aku pergi kerja pun dia akan cakap..

"ummi jangan nangis kat pejabat tau"..

hai...kita yang pesan kat dia....dia pulak yang pesan kat kita balik...

Semalam pun haziq sempat cerita kat aku...

" tadi haziq mandi sendiri...haziq dah pandai mandi sendiri..ummi tak payah mandikan haziq lagi" .... macam dah besar sangat je...

Lagi satu haziq ni memang tak suka kena marah...selalu dia akan cakap "ummi janganlah marah.."... kita pun tak jadi lah nak marah.. kalau abg aqil marah dia pun dia mesti akan nangis...suka buat muka sedih..dan cepat merajuk... itulah haziq...

Monday, November 18, 2013

abg outstation lagi

hari ni hari ke 10 aku menggantikan puasa. ada banyak lagi puasa yang perlu diganti memandangkan aku berpantang dalam bulan puasa selepas melahirkan Haikal.

Abg dah ke Perlis semalam. bertolak pukul 10am.. jadi semalam kami anak-beranak hanya duduk di rumah. Aqil dan Haziq macam biasalah main bersama..kejap gaduh, kejap baik, kejap nangis.. macam-macam kerenah mereka ni. yang si Haikal pula tak nak letak. Nak berdukung je. sampai aku nak masak pu yang sepatutnya setengah jam dah siap tapi jadi 3 jam baru siap masak..Haikal...haikal..pandai sangat sebab dah kenal ummi. tapi yang tak bestnya dia nak minum susu dalam botol je. walaupun aku ada dan dah puas nak suruh dia menyusu terus tetap tak nak. melainkan dia tidur barulah dia nak menyusu terus. jadi semalam terpaksa jugalah menggunakan stok-stok susu dalam deep freezer tu. yang merunsingkan aku pula, Haikal masuk harini dah 5 hari dia tak buang air besar. kenapa ye..dia memang menyusu susu yang aku pam dan stok dalam deep freezer tu je..hai la anak..janganlah buat ummi risau..

petang semalam mak ayah sampai ke rumah aku dan bawa banyak durian. rupanya abg aku, k.azi dan aisyah pun datang sama nak makan durian. jadi riuh rendahlah kat rumah sebab ada Aqil, Haziq dan Aisyah main bersama. mak tinggal di rumah aku untuk 2 hari sebab aku minta tolong mak untuk jaga Haikal dan haziq memandangkan pengasuh minta cuti lagi. Haziq pula beria-ia nak ikut atok balik kg. aku dah pun beritahu pada abg untuk Haziq ikut atok dan nenek balik ke kampung esok. lagipun hari khamis aku dah pun gerak nak balik ke rumah mak juga untuk kenduri kahwin adik aku. Macamnalah pertama kali Haziq nak ikut atok dan nenek balik kampung agaknya.harap-harap semuanya ok la..

Friday, November 15, 2013

Peringatan buat diriku yang alpa...

"Kamu ni tak boleh jadi macam abang kamu. Cuba tengok abang, setiap pagi bangun, mesti dia kemas katil dulu sebelum mandi. Kamu buat apa?"

"Kak Long tak pernah buat mama risau. Dia akan cakap sebelum dia kemana-mana. Kamu, dah berapa kali mama pesan supaya bagitau mama dulu sebelum keluar rumah pun, kamu masih tak boleh ingat"

"Adik kamu tu lebih muda daripada kamu tapi dia lebih bertanggungjawab. cuci kasut sekolah sendiri. Kasut kamu tu kalau mama tak cuci, pergi sekolah pakai kasut kotorlah jawabnya."

Jika seorang anak mendengar ungkapan-ungkapan seperti di atas, tentu dia akan rasa tersinggung atau kecil hati kerana ibu/ayah membandingkannya dengan adik-beradik yang lain. Membuat perbandingan sebegini bukan sahaja meruntuhkan emosi anak bahkan juga boleh merendahkan harga diri dan keyakinan anak itu.

Justeru, ibu/ayah, elakkan daripada membeza-bezakan seorang anak dengan anak-anak yang lain atau dengan kawan-kawannya kerana anak akan menganggapnya sebagai satu ukuran untuk mengukur harga dirinya sendiri.

"PROBLEM ARE LIKE WASHING MACHINES,  THEY TWIST US AND KNOCK US AROUND. BUT WE COME OUT CLEANER, BRIGHTER AND BETTER THAN BEFORE"

Doaku..



Ya Allah ya Tuhanku,
berilah aku kekuatan,
untuk memimpin anak-anakku ke jalan-Mu
berilah aku kebijaksanaan,
untuk memberitahu mereka tentang kebesaranMu.

Ya Allah ya Tuhanku,
bantulah aku,
untuk mendidik anak-anakku dengan kebenaran,
biarlah mereka melihat hanya yang baik-baik tentang diriku
supaya dapat mereka mencontohinya..

Ya Allah ya Tuhanku,
peliharalah lidahku,
daripada lancang menuturkan sesuatu yang buruk,
yang mungkin menyakiti hati dan perasaan mereka
serta menghilangkan  rasa hormat 
dan keyakinan mereka kepadaku..

Ya Allah ya Tuhanku,
jadikanlah aku seorang ibu,
yang menyayangi anak-anakku dengan ikhlas
tidakku harapkan mereka membalas
setiap pengorbanan yang telah kulakukan..

Ya Allah ya Tuhanku, perkenankanlah doaku...

Tegas dan Kasar

Kadang-kadang ibu bapa keliru antara TEGAS dan KERAS. Kita perlu bertegas dengan anak-anak tapi elakkan daripada berkeras. Apabila bertegas dengan mereka, tak semestinya kita kena berkeras seperti meninggikan suara, menjerit, marah-marah dan sebagainya.. 





Ibu bapa, jika kita mempunyai anak-anak yang baik, tidak meragam, tidak buat perangai dan sedang nak diuruskan, bersyukurlah.. tapi jangan rasa kecewa jika sebaliknya. Anggap itu sebagai cabaran buat kita..Bukan kita sahaja yang mendidik anak sebaliknya anak juga mendidik kita…mendidik kita supaya sabar, tabah dan tidak mudah berputus asa. Banyakkan berdo’a.. In Shaa Allah kita mampu menghadapinya!

"Lautan yang sentiasas tenang tidak akan memahirkan seorang ahli pelayaran"



Perkongsian yang bijak..



Perkongsian bijak seorang ibu (yg ingin namanya dirahsiakan)
==============================

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebelum dan selepas bergelar ibu. Begini ceritanya..

Saya mempunyai seorang kakak ipar yang sangat kasar dengan anak-anaknya. Setiap apa yang anak-anaknya buat pasti tidak disenangi. Suatu hari, waktu saya mengandungkan anak saya yang pertama, kakak ipar datang ke rumah mertua saya (emaknya). Saya perasan setiap kali dia pergi ke tandas, anaknya akan mengetuk pintu smbil menjerit memanggil "mummy! mummy!”. Kakak ipar yang berada di dalam bilik air akan mnjerit “Hey! Pergi main kat depan! Tak paham bahasea ke? Dah cakap ulang-ulang!!”.. Waktu itu saya mengucap panjang. Saya ada bertanya, memang anak-anaknya begitukah? Kak ipar menjawab, “memang macam tu.. esok kalau awak ada anak, awak tahulah..”

Sekarang, anak yang saya kandung dulu sudah menjangkau usia 3 tahun (waktu itu anak kakak ipar pun 3+ tahun) dan saya juga mengalami perkara yang sama. Memang kadang-kadang kita sebagai ibu/ayah tidak senang bila anak-anak menjerit depan pintu bilik air memanggil kita. Tetapi saya mengambil jalan untuk mengajar anak saya dengan cara berhemah. Sebagai contoh, saya akan berkata kepada anak saya, " abang, mama ke bilik air dulu ye.. Abang dok diam-diam kat depan ni ye..Mama masuk sekejap je”. Anak saya menjawab "ok.." Apabila anak mengetuk pintu juga, saya akan berkata, "abang, mama buang air, abang dok sekejap ok. Kejap lagi mama keluar”. Anak saya menjawab, "ok". Pada saya, jangan jemu untuk mengingatkan ank-anak dengan cara berhemah.

Berbalik kepada kisah anak-anak kakak ipar saya, mereka jadi kasar juga apabila berkata-kata. Kadang-kadang anak saya terkedu apabila dikata macam-macam. Mungkin pelik dengan kata-kata itu atau mungkin juga tidak selesa bila ditengking dengan kasar. Nampak juga kadang-kadang berubah air muka anak saya walaupun baru berusia 3 tahun.

Moral of the story : kita adalah acuan buat anak-anak.

=============================


Dalam mendidik anak-anak, tiada jalan pintas. Usah mengharapkan apa yang kita ajar hari ini, hasilnya dapat dilihat esok. Proses mendidik memerlukan masa dan usaha yang berterusan. Berputus asa dengan sekali cuba tidak akan mendatangkan kejayaan. Apabila kita gagal pelan A, kita masih ada pelan B, C, D dan seterusnya.. Keep on trying! There is no elevator to success. We have to take the stairs...

Haikal meniarap

Haikal dah masuk 4 bulan lebih.. mula belajar meniarap semasa umur menjangkau 4 bulan.. alhamdulillah perkembangan Haikal seperti biasa tiada masalah..

sejak dua tiga hari ni Haikal dah pndai nak tidur lewat hingga pukul 11 malam dan kadang-kadang berjaga malam untuk main..ummi pula selalu mengantuk bangun pagi-pagi sampai tak larat nak buka mata.. sebelum ni seronok tengok Haikal tidur awal lepastu bangun pagi..malam-malam lepas menyusu memang akan terus tidur balik.. cuma sekarang ni memang dia jadi susah tidur malam. mungkin faktor kepalanya yang gatal sebab ruam dan peluh pun menggangu dia untuk tidur...asyik menggaru kepala je.. malam tadi lepas lumurkan minyak gamat ke seluruh kepala dia dan gosok-gosok kepala baru dia boleh tidur..

Si Aqil pula entah macamna malam tadi terkencing malam sampai basah baju, seluar, cadar dan selimut dia walaupun dia pakai pampers waktu tidur. selalunya si Aqil ni jarang kencing malam sebab kurang minum susu waktu tidur sebab sebelum tidur dah kencing dan kadang-kadang bangun kencing.. tapi malam tadi semua benda tu dia tak buat..itulah yang jadinya kencing sampai basah..adiknya Haziq takde pula macam Aqil tidur sampai basah-basah. Sebab Haziq memang akan bangun ke tandas untuk kencing. macam-macam perihal anak-anak ni..

suka hisap tangan sendiri sampai basah dengan air liur








ANAK TIDAK PERLU PERFECT UNTUK DIDIK DENGAN BAIK.

Prof. Dr. Rozieta Shaary :







Berhentilah menjadi stress kerana anak belum pandai itu dan ini.

Jika anak belum boleh berjalan pada usia 12 bulan ke bawah tapi anak jiran sudah pandai, janganlah stress. Jika dia sudah mula merangkak dan bergayut, itu petanda baik.

Jika anak belum boleh bercakap pada usia dibawah dua tahun, janganlah nak dimarah anak itu. Hanya pastikan pendengarannya okay, bahagian rahang tengkok, lidahnya okay. Bawalah berjumpa pakar jika dia langsung tidak boleh bertutur apa pun pada usia melebihi 2.5 tahun. Sekadar memastikan.

Jika anak belum pandai membaca, janganlah dimarahi anak itu. Ajar dengan sabar. Jika dia masih belum boleh membaca pada usia 8 tahun, bawalah berjumpa pakar untuk mengenal pasti jika dia Dysleksia.

Mesej ibu hari ini ialah - janganlah terlalu stress kerana membanding atau dibanding anak anda dengan anak orang sehinggakan anda merasakan diri anak bukan ibu atau bapa yang baik dan anak anda anak yang tidak cemerlang. Dan yang paling ibu hendak ingatkan jangan sekali izinkan di hati tercetus perasaan benci kepada anak kerana susah sangat nak didik dia.

Tuesday, November 12, 2013

Qaseh Gold

Semalam aku sempat pergi ke Presint 11 untuk mengambil barang yang aku pesan dan beli dari seorang kakak tu. ini kali kedua aku beli lagi dari dia.. salah satu ikhtiar semasa aku menyusukan Haikal..insyaALLAH...

Harga dua kotak ni rm95


Monday, November 11, 2013

Aktiviti hujung minggu

Hari ini aku bekerja seperti biasa. Abg dan Aqil dah bertolak ke rumah mak di sungai Petani petang semalam. jadi aku hanya duduk di rumah dengan Haziq dan Haikal ditemani paksu.

Sabtu dan Ahad yang lepas, banyak masa kami terisi dengan aktiviti bersama anak-anak..pagi Sabtu makan sarapan di Pusat Kejiranan Presint 11 sebab abg ada perlawanan badminton peringkat JPM. Kat situ pun ada kolam renang, taman permainan..jadi Aqil dan Haziq memang seronokla ditambah pula cuaca yang sejuk dan tak panas. pukul 11 pagi kami ke INSPEN sebab ofis aku ada buat hari keluarga dan aku ditugaskan dengan beberapa orang lagi untuk jaga perlawanan congkak. Aku pergi pun sebab nak tunjuk muka je sebab bawa baby haikal dan anak-anak sama. mereka pun faham..hanya program santai-santai saje. Petang tu sepatutnya ada lagi majlis Hi-Tea dan macam-macam lagi. tapi memang tak dapat pergi sebab abg pula ada badminton lagi. jadi kami anak-beranak hanya duduk di rumah. anak-anak pun penat dan tidur saje waktu petang tu sementara tunggu abg balik.



Main congkak kat INSPEN Bangi
selepas maghrib kami ke alamanda untuk membeli sedikit barang-barang rumah. malamnya Aqil dan Haziq tidur agak lambat sebab leka bermain sama. esok paginya hari Ahad tu kami sarapan sekali lagi di Pusat Kejiranan Presint 11 lepastu teman Aqil dan Haziq bermain di taman. abg masih lagi perlu hadir untuk perlawanan badminton team ofisnya. tengahari selepas makan tengahari, abg bersiap-siap untuk ke kedah pula dan membawa Aqil. kesian Haziq nak jugak ikut bila Aqil cakap nak pergi rumah nenek kedah. tapi bila pujuk ummi dan baby Haikal tak ikut dan tinggal di rumah, barulah Haziq ok.







Aktiviti kat Pusat Kejiranan Presint 11
Petang tu kami hanya duduk di rumh..Haziq dan Haikal tidur agak lama dari pukul 3pm - 6pm.. lepastu malamnya masing-masing tidur lewatla..jenuh juga Haziq nak melelapkan mata sampai pukul 12 tengah malam. abg dan Aqil selamat sampai pukul 8.30pm di rumah mak. pagi ni abg dah bertolak ke penang seawal jam 6.00am..tak taula apa cerita Aqil duduk dengan nenek dan tokwan hari ni..

Bila Aqil ikut ayah outstation, memang terasa sunyi je kat rumah sebab ummi tak payah jerit-jerit dan marah-marah...nak handle Haziq dan Haikal takdelah susah sangat dan tak perlu marah-marah sebab Haziq paling tak suka kena marah. bila kita marah dia cepat-cepat merajuk dan pandang tempat lain. Haikal pula sekarang ni dah pandai asyik nak berdukung je. bila letak mulalah menangis dan marah-marah. sementara paksu tengokkan haikal, boleh jugak aku makan dan kemas sikit-sikit..

Pagi ni hujan rintik je sebab rasanya malam tadi dah hujan lebat. cuaca pagi pun tak terik tapi macam suram dan sejuk je..kat ofis ni aku masih belum ada kerja sebab projek belum jalan lagi. pengasuh pula banyak cuti jugak. akan datang ni 2 hari nak cuti..bulan 10 hari tu dah 3 hari cuti..huhu...pening fikir pengasuh yang asyik nak cuti. Haikal pula dah botak kepalanya sebab dia asyik menggaru kepala dia sampai kadang-kadang berdarah kulit kepalanya.

Haikal dah botak
Gatal sebab kena gigit semut

Ragam Haziq dan haikal

Friday, November 8, 2013

Kisah Nabi Nuh

Tajuk kat atas tuh adalah lagu yang sering Aqil dan Haziq nanyikan hampir setiap hari sejak 3 minggu lepas.. tambah pulak video lagu tuh memang dah ada dalam ipad abg..setiap hari mesti samada Aqil atau Haziq yang akan menyanyi. Asalnya lagu tu adalah lagu yang Aqil sering nyanyikan di sekolahnya untuk latihan semasa hari graduasi Nasyrah (NCCC) di Auditorium JPA pada 26 Oktober lalu..Aqil pun masuk persembahan tarian masa hari tu.

Itu lah kali pertama Aqil buat persembahan...memang nampak Aqil seronok dan gembira..sebab hari sebelum tu abg dah pun belikan kemeja kotak dan kasut baru untuk Aqil dan Haziq..rm200 jugakla habis masa beli barang-barang tu kat Parkson. Aqil turut dapat hadiah walaupuun dia periksa dapat no.2 terakhir dalam kelas dia..bila aku balik dari kerja terus dia tunjuk pada aku yang dia dapat hadiah. Aqil masih belum buka hadiah yang dia nak tunjuk pada aku..lepas tu baru dia buka. samalah macam kalau dapat sampul duit raya, memang Aqil akan bagi pada aku terus untuk aku simpan, berbeza dengan haziq yang akan terus koyakkan sampul duit raya bila dapat.

Tahun depan aku dan abg dah daftarkan Haziq untuk masuk ke tadika yang sama dengan Aqil. memang umur dia baru 4 tahun, tapi sebab bila melihat perkembangan Haziq yang sungguh berbeza dengan Aqil, sayang kalau dibiarkan dan tak digilap dengan lebih baik lagi. buat masa ini Haziq dah mampu kenal A to Z dan 1 -20 dalam BM dan BI.. sekurang-kurangnya dia boleh belajar sama dengan Aqil nanti. semoga ada rezeki untuk Haziq..sebab ada kuota untuk bilangan pelajar yang nak diambil..




Thursday, November 7, 2013

November datang lagi..

Ini catatan pertama untuk bulan November 2013... 2 hari lepas adalah Awal Muharam 1435H..Hari itu pun cuti dan kami hanya berehat di rumah dan menghabiskan masa dengan anak-anak di rumah. Anak-anak sukalah bila ummi dan ayah ada di rumah..:)

Semalam balik dari rumah pengasuh, aku perasan ada kesan lebam lagi di sebelah kiri haikal pula.. memang kesan kena cubit..aduhai anak..apalah nasib duduk rumah orang jadi macam tu..kesian Haikal..aku ada juga tanya pada pengasuh tu kenapa pipi Haikal ada kesan kena cubit.. kak tu cakap dia tak perasan dan mungkin anak dia yang sulung yang cubit. hmm...aku tak terkata apa...sedih jugak bila tengok haikal dah dua kali lebam kat pipi.. kalau kali ketiga lebam juga memang kena cari pengasuh lainlah jawabnya.. anak pengasuh tu umur 9 tahun dan darjah 3 tapi perempuan..pengasuh tu sendiri cakap anak dia yang sulung tu adik-adik dia pun dia buat.. ye la kak..tapi anak saya ni janganlah buat macam tu..baru je 4 bulan... aku berharap sangat kakak pengasuh tu dapat alert lepas ni.

Hari Sabtu ni pula ada Majlis Hi-Tea bersama KP di INSPEN, Bangi.. Abg pula ada Badminton JPM..Jadinya kami perlu membawa anak-anak bersama. aku akan bawa baby Haikal dan abg akan bawa Aqil dan Haziq.. Ahad pula abg akan ke Penang kerana urusan temuduga dan akan membawa Aqil..Masuk ni kira kali kedua ikut abg bila outstation. itupun bila ke utara sajala..sebab mak dan abah akan abg angkut sekali..

Alhamdulillah anak-anak sihat hingga ke saat ini..aku juga seperti ibu-ibu lain di luar sana yang ada anak-anak..malah ada ramai lagi ibu-ibu yang diuji lebih hebat dari aku..yang diuji anak yang sakit, yang diuji kematian anak, suami, kerja dan 1001 ujian yang maha hebat..cuma aku sentiasa berdoa agar aku mampu untuk menempuh setiap ujian dengan kesabaran dan keimanan..