Friday, June 26, 2015

Buat passport anak-anak

Hari ni setelkan pasport kami sekeluarga di Jabatan Imigresen Putrajaya ni. Alhamdulillah siap dalam masa sejam. Petangnya kami bertolak balik ke Sungai Petani untuk berbuka di rumah mak abah.

Ayah

Ummi

Aqil

Haziq

Haikal

Naufal

Monday, June 22, 2015

Selamat Hari Jadi Haikal dan Haziq

Alhamdulillah, tahun ni dapat lagi sambut harijadi Haziq dan Haikal bersama-sama. Aku tempah kek upin upin dari kak Ramlah Presint 11. Sempat juga kami sediakan goodies untuk kawa-kawan Haziq di Pasti Anak Soleh.. Alhamdulillah..

kek hari jadi 

Goodies untuk kawan-kawan Haziq

Solat maghrib berjamaah

Haikal 2 tahun

Haziq 5 tahun

Alhamdulillah

Seronok dapat makan kek


Tuesday, June 2, 2015

Tentang anak-anak

Dah 4 hari naufal batuk selsema. Bunyi kahak yang banyak dan hidung tersumbat memang menyeksakan dia. Ubat titis hidung ada juga beli. Dapatla juga kurangkan hidung dia yang tersumbat. Dua tiga hari sebelum ni nampaklah juga telinga dia berair dan ada lendir. Risau juga jadi macam haikal telinga bernanah. Alhamdulillah tengok hari ni dah ok. Aku pun bersihkan sikit-sikit yang kotor tu.. memang tahi telinga dia basah dan bunyi macam masuk air. Dia pun kerap pegang telinga je. Merengek selalu. Tapi harini tak nampak dah lendir dari telinga dia. Harap-harap akan ok la. Sebab dulu ada seorang doktor pernah cakap. Otitis media memang biasa terjadi pada bayi dan kanak-kanak. Untuk bayi memang tiada ubat yang sesuai. Paling baik adalah bagi susu ibu. Itulah ubat yang bagus untuk bayi. Alhamdulillah mujarab susu ibu.

Bila naufal dah tak demam legalah jugak. Sebab dua hari lepas badan dia dedar dan kepalanya panas. Dah lap-lap pun badan masih panas, akhirnya terpaksalah bagi juga ubat demam. Termometer lupa pula nak bawa balik. Masa tu kami di kampung lui. Esoknya lepas mandi, aku sapu seluruh badan dia dengan minyak zaitun. Alhamdulillah demam dia ok dan bila dia berak nampak juga keluar lendir kat pampers dia.

Moga-moga cepatlah sembuh batuk selsema dia. Mudah-mudahan Allah bagi kesembuhan pada naufal dan anak-anakku yang lain. Haikal pun dah mula batuk. Aku cuba juga usaha sapukan minyak zaitun pada dada dan belakang dia. Mudah-mudahan dia cepat sihat.

Aku perasan juga yang bulan lepas Naufal demam. Hari ni pula dia dah 6 bulan. setiap bulan dia demam dan bila demam akan keluar tahi mata pada kedua-dua mata dia. Tapi dia bukan sakit mata cuma tahi mata dia je keluar. Mungkin kalenjar mata dia yang keluarkan tahi mata. Sekarang pun dah nampak air mata dia bila menangis. mungkinkah sebab air mata dia baru keluar dan kalenjar mata dia bertahi..wallahualam. Selagi dia tak meragama dan mata dia tak merah dah kira alhamdulillah.. sebab bulan lepas Naufal sakit mata juga dan merah matanya. bila ke klinik, doktor cuma bagi ubat titis dalam mata macam eyemore sebab bayi tak sesuai untuk antibiotik lagi. lepas 5 hari baru la ok. itupun aku ada juga titis susu ibu pada mata dia.

Aku pun usaha juga makan madu,minyak zaitun, jus delima, kurma setiap pagi. Mudah-mudah susu ibu yang Allah kurniakan dapat beri kesihatan yang baik pada naufal yang masih menyusu.. hanya itu sahaja ubat yang aku rasa mujarab untuk bayi tanpa ubat lain. Semuanya dengan izin Allah.

Rindu dan teringat je pada Aqil dan Haziq. Dah  2 hari diorang di kampung sebab cuti sekolah 2 minggu. Selalu je aku mesej dan tanya mak. Alhamdulillah mereka sihat. Risau aku kalau tak sihat. InsyaAllah Jumaat ni aku dah mohon cuti hingga Selasa untuk balik kampung. Abg dan family kedah akan ke Sabah hari Khamis nanti sempena adik ipar Faiz yang akan kahwin di sana. Bukan tak nak pergi, bajet memang akan lebih dan anak-anak akan penat. Kesian pada anak-anak. Takpelah, ada rezeki lain nanti insyaAllah...

Haikal pun dah nak masuk 2 tahun. Dia masih kurang bercakap. Tapi bila dia mengomel..nak tergelak juga dengar. hihi.. ayat yang jelas dia boleh cakap adalah ayah, ammi, Nopal...miau..hihi.. kira dia lambat juga pandai cakap. Berjalan pun lambat dah setahun 3 bulan baru pandai jalan. Gigi pun tumbuh lambat. Dah dekat umur setahun baru tumbuh gigi.. Takpelah adik, Ummi tak kisah, yang penting adik sihat. Macam-macam dah Adik lalui masa kecik..Dari umur 2 bulan dah batuk sampai 2 bulan tak hilang..selalu je gi klinik pakar kanak-kanak di Kajang tu. Lepas tu dengan eczema lagi, dengan duduk rumah pengasuh selalu lebam-lebam tak tahu kenapa, telinga nanahnya lagi..Berak keluar darah pun adik kena..sampai pergi hospital buat test dan xray.. alhamdulillah akhirnya adik sihat.. lepas ni ummi kena latih adik lagi banyak untuk bercakap ok..

Thursday, May 7, 2015

Naufal 5 bulan

Dah pun masuk bulan Mei.. bila masuk bulan baru, secara automatik Naufal pun bertambah bulan. sekarang dah pun masuk 5 bulan. Semalam pergi ke klinik kesihatan untuk follow up check up dan cucuk imunisasi 5 bulan. Alhamdulillah tengok pagi ni dia tak demam. Semalam pun masa missy nak cucuk kat peha dia pun tak nangis. Berat dia dah pun 7.6kg. Alhamdulillah dah sihat dari sakit mata. Cuma ada sikit-sikit je lagi tahi matanya.

Minggu lepas aku berkursus di Inspen selama tiga hari. Minggu depan abg pula yang akan berkursus di KL selama 5 hari bermalam di sana. Kursus BTN untuk sambung belajar di luar negara. Aku dah pun minta tolong mak untuk datang ke sini selama abg berkursus. InsyaAllah semoga Allah permudahkan urusan. Minggu lepas dapatlah cuti 4 hari bermula 1 Mei (Hari Pekerja) hinggalah 4 Mei (Cuti ganti Hari Wesak). Jumaat pagi tu kami dah pun gerak balik ke kampung Lui. Tapi petang tu abg kena balik ke pejabat sebab masih ada kerja yang belum selesai. Jadi kami anak-beranak saja lah di kampung. Atok dan Nenek sibuk rewang kenduri kahwin jiran. Malam pula Naufal tak sihat dan asyik menangis. Badan dia pun dedar je. Dia demam lah juga tapi demam ringan je la. Tapi memang tak pernah tengok lagi dia menangis malam-malam macam tu. Selalu dia memang akan tidur sepanjang malam. Alhamdulillah dah sihat hari ni dan baik je tak banyak ragam. Abg dia si Haikal pula yang banyak ragam..huhu..penat malam-malam tengok dia menangis-nangis tak tahu punca. Orang tua-tua kata dia mengigau atau mimpi buruk... sabar je la ummi ayah ni dik..


Muka monyok je sebab mengantuk

Sukalah sangat tidur meniarap macam ni..

Kesiannya adik demam

Baru lepas menangis..tu yang terlelap

Masa kat rumah atok



Dah potong rambut..

Kalau meragam macamni la dia..

Malam-malam time semua dah tidur, depa dua orang akan sibuk cakap lapar nak makan..layankan je la

Tengahari tadi dah pun selamat sampai barang yang kami order dari Go Shop.. RM199 juga la kena bayar..takpela..mudah-mudahan senanglah kerja ummi lepas ni..

Steam Q Iron..

Tuesday, April 28, 2015

Pemergian nyang kembali ke rahmatullah

Sabtu lepas, wan (nenek) dah kembalike rahmatullah selepas subuh di rumah mak. Disebabkan Aqil masih belum sihat...abg bawa Aqil dulu ke klinik untuk ambil darah dan jumpa doktor. Alhamdulillah ujian darah Aqil masa hari sabtu tiada masalah.

Hari ini masuk hari kedua aku berkursus di Inspen. Semalam abg cuti jaga Aqil yang belum sihat dan demam on off. Kadang-kadang Aqil cakap juga susah nak nafas. Malam tadi abg dah bawa Aqil ke klinik lagi jumpa doktor dan ambil darah. Darah Ok dan tiada masalah. Cuma doktor dah on antibiotik selama 10 bari untuk Aqil.

Pagi ni Aqil dah mula ke sekolah. Tapi pagi-pagi lagi dah kena makan ubat batuk, ubat demam dan antibiotik. Kesian juga sebab banyak sangat makan ubat. Mudah-mudahan Allah memberi kesembuhan pada Aqil..

Naufal pula pagi ni bangun ada tahi mata belah kiri mata. Kenapalah agaknya tiba-tiba keluar tahi mata. Risau juga. Haziq pula bangun pagi ni dah mula batuk dan selsema... Allah...ujian kesihatan ni pada anak-anak..rasa berat je untuk hadapi... mudah-mudahan Allah cepat bagi kesembuhan pada semua anak-anak..

Thursday, April 23, 2015

Anak-anak demam

Hari ini aku terpaksa ambil cuti kecemasan sebab Aqil dan Baby Naufal demam. Aku pun dah 2 hari ni memang tak cukup tidur. Bila perihal anak demam ni..memang aku dan abg cukup berjaga-jaga. Kalau panas tak turun-turun walaupun dah makan ubat dan lap sejukkan badan pun kami dah risau.. teringat pada Aqil yang 3 kali masuk ke wad sebab sawan demam. Cukuplah rasanya dan tak nak terjadi lagi.

Naufal mula demam malam semalam. Tengah malam dia tiba-tiba muntah dan badannya panas. Apalagi sepanjang malam memang berjagalah aku. Lap-lap badan dia..memang dia marah dan nangis la. Makan ubat pun luah balik. Memang cukup susah rupanya nak bagi baby makan ubat. Naufal selsema juga. Hidungnya kadang-kadang bunyi tersumbat. Kadang-kadang hingus yang meleleh. Sepanjang siang tadi memang naufal menangis sepanjang hari dan nak berdukung saja. Selalunya bila dia sihat, memang baik sangat2 dia dan tak banyak ragam. Sungguh dia tak selesa bila demam. Kepalanya pun panas je walaupun dan bagi makan ubat...malam ni nampak sejuk juga badannya. Tapi masih kena jaga juga..

Cerita tentang Aqil pula...malam tadi juga dia mula demam lepas balik dari klinik sedut gas. Malam semalam aku berjaga juga sebab dia semput..dua kali juga sedut gas di klinik. Tapi bila dah mula demam...risau juga dibuatnya. Bagilah dia rehat di rumah sebab kesian juga kalau suruh dia pergi sekolah. Masalah paling besar Aqil bila demam ialah susah makan ubat. Jenuh menjerit-jerit dan kena pegang dia untuk makan ubat. Berbanding Haziq yang senang makan ubat. Bila dah makan ubat nampak sejuk juga badannya tapi bila dah lepas 4 atau 5 jam mula la panas balik.

Esok aku kena masuk kerja juga. Abg masih belum habis kursus QA di INTAN. Rasanya esok aku perlu bawa Aqil ke pejabat. harap-harap Naufal dah sihat dan boleh hantar ke rumah pengasuh macam biasa.

Ya Allah..mudahkanlah urusanku dan keluargaku...kurniakanlah kesihatan yang baik dan kesejahteraan kepada kami.. sembuhkanlah penyakit yang ada pada kami dan anak-anak kami.

Monday, April 20, 2015

Abang sambung belajar

Minggu ni masuk minggu ke dua abg berkursus di INTAN Bukit Kiara. Kursus ni kira kursus wajib dan kursus persediaan untuk sambung belajar.

Alhamdulillah permohonan abg untuk sambung belajar di peringkat Master di Oversea dan pun berjaya. Abg diterima masuk ke TOHOKU UNIVERSITY, JAPAN dalam jurusan EKONOMI. Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Aku pun bakal mengambil cuti tanpa gaji selama 2 tahun untuk ikut abg bersama anak-anak. Abg akan mulakan sesi pembelajaran dan pendaftaran pada 1 Oktober 2015. Jadi seminggu sebelum tu kami dah pun berangkat..insyaAllah..Kurang 5 bulan sahaja lagi, InsyaAllah..

Banyak persediaan yang akan dibuat..semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan ALLAH..