Wednesday, September 16, 2015

Suntikan vaksin Influenza

Alhamdulillah semalam selesai ambil suntikan vaksin Influenza di Hospital Az Zahra Bangi untuk kami sekeluarga 6 orang. Bayaran pun boleh tahan lah jugak RM600. Suntikan vaksin ni sebagai persediaan kami nak tinggal di Jepun nanti. Tambahan pula dah nak masuk musim sejuk. Mudah-mudahan kami mampu bertahan nanti.

Esok petang kami akan gerak balik ke kg Negeri Sembilan. Jadi malam ni kira malam terakhir tidur di kuarters ni. Mesti lepas ni rindu kenangan sepanjang 4 tahun duduk sini.

Alhamdulillah sekarang ni masa aku tertumpu pada anak-anak sepanjang 24 jam. Tak payah nak fikirkan pasal kerja lagi. 2 tahun akan datang baru fikir balik tentang kerja. Sekarang masa untuk besarkan anak-anak. Banyak juga cabarannya terutama nak suruh baca iqra' dan solat. Sebab mereka ada halangan terbesar iaitu Ipad yang ayahnya belikan setiap seorang satu. Rancangnya memang nak hilangkan kebosanan mereka nanti masa duduk di Jepun, tapi kalau daripada sekarang tak kawal gaya mereka guna memang akan terbabas juga. Mudah-mudahan Allah akan membantu aku dan menunjukkan jalan dalam membesarkan anak-anak di negara Jepun nanti.

Dah tak lama abg akan berangkat ke Jepun. Kurang 12 hari lagi. Mudah-mudahan Allah akan permudahkan urusan abg semasa di Jepu nanti dan urusan ku bersama anak-anak nanti. Nampaknya Aqil tak sempat nak habiskan sesi sekolah untuk darjah 1 yang berbaki 2 bulan lagi. Haziq pun sama.

No comments: