Thursday, April 23, 2015

Anak-anak demam

Hari ini aku terpaksa ambil cuti kecemasan sebab Aqil dan Baby Naufal demam. Aku pun dah 2 hari ni memang tak cukup tidur. Bila perihal anak demam ni..memang aku dan abg cukup berjaga-jaga. Kalau panas tak turun-turun walaupun dah makan ubat dan lap sejukkan badan pun kami dah risau.. teringat pada Aqil yang 3 kali masuk ke wad sebab sawan demam. Cukuplah rasanya dan tak nak terjadi lagi.

Naufal mula demam malam semalam. Tengah malam dia tiba-tiba muntah dan badannya panas. Apalagi sepanjang malam memang berjagalah aku. Lap-lap badan dia..memang dia marah dan nangis la. Makan ubat pun luah balik. Memang cukup susah rupanya nak bagi baby makan ubat. Naufal selsema juga. Hidungnya kadang-kadang bunyi tersumbat. Kadang-kadang hingus yang meleleh. Sepanjang siang tadi memang naufal menangis sepanjang hari dan nak berdukung saja. Selalunya bila dia sihat, memang baik sangat2 dia dan tak banyak ragam. Sungguh dia tak selesa bila demam. Kepalanya pun panas je walaupun dan bagi makan ubat...malam ni nampak sejuk juga badannya. Tapi masih kena jaga juga..

Cerita tentang Aqil pula...malam tadi juga dia mula demam lepas balik dari klinik sedut gas. Malam semalam aku berjaga juga sebab dia semput..dua kali juga sedut gas di klinik. Tapi bila dah mula demam...risau juga dibuatnya. Bagilah dia rehat di rumah sebab kesian juga kalau suruh dia pergi sekolah. Masalah paling besar Aqil bila demam ialah susah makan ubat. Jenuh menjerit-jerit dan kena pegang dia untuk makan ubat. Berbanding Haziq yang senang makan ubat. Bila dah makan ubat nampak sejuk juga badannya tapi bila dah lepas 4 atau 5 jam mula la panas balik.

Esok aku kena masuk kerja juga. Abg masih belum habis kursus QA di INTAN. Rasanya esok aku perlu bawa Aqil ke pejabat. harap-harap Naufal dah sihat dan boleh hantar ke rumah pengasuh macam biasa.

Ya Allah..mudahkanlah urusanku dan keluargaku...kurniakanlah kesihatan yang baik dan kesejahteraan kepada kami.. sembuhkanlah penyakit yang ada pada kami dan anak-anak kami.

No comments: