Sunday, September 27, 2015

Naufal 10 bulan

Naufal dah nak masuk 10 bulan. Sekarang dah kemaruk nak berdiri. Asal nampak je kerusi, dia mula la nak berdiri. Lepastu suka sangat goyang-goyangkan badan dia. Mulut dia pun dah mula bising nak bercakap.

Sekarang dah mula nak dengan nenek dan atok. Alhamdulillah takdalah takut dengan atok dan nenek. Sebab sebulan lagi akan duduk kampung sementara tunggu ayah siapkan COE dan lepastu baru balik sini bawa kami semua ke Jepun.

Malam esok abg angkat berangkat ke Jepun. Kami tolong hantar ke KLIA sahaja la. Kereta innova pun dah bertukar tangan hari ni. Mesti teringat pada kereta tu. Banyak berjasa pada keluarga kami terutamanya masa abg banyak kali kerja luar.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami..

Wednesday, September 23, 2015

Selesai pindah barang

Alhamdulillah hari ini dengan rasminya kunci kuarters telah selamat dipulangkan kepada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) semula. Maka berakhirlah sudah kehidupan kami di Presint 8 Putrajaya bermula Januari 2011 - September 2015.. Hampir 4 tahun duduk di sana, pasti lepas ni aku rindu dan teringat kenangan semasa duduk di sana.

Pasti tak boleh lupa dua uri anak tanam depan rumah tu. 2 orang anak iaitu Haikal dan Naufal lahir di Putrajaya.

Pastinya kenangan dengan jiran-jiran rumah, kenangan Aqil pernah bersekolah di SKPP(8)1 dan Nasyrah child Care, kenangan Haziq bersekolah di PASTI...Haikal dan Naufal ke rumah pengasuh... kedai-kedai yang selalu anak-anak pergi... banyak lagi la..

Apapun syukur alhamdulillah selesai juga kosongkan kuartera tu memandangkan memang tak tahu mana nak mula kemas. Akhirny Ahad lepas dah selamat barang-barang rumah dihantar ke rumah mak di Sungai Petani. Barang-barang kecil banyak bawa balik rumah mak di N.Sembilan je..

Pastinya sekarang berasa lega sangat sebab tak payah fikirkan tentang kerja dan kalut pagi-pagi uruskan anak-anak..

Esok pula 10 Zulhijjah 1436h.. raya haji kali ni di N. sembilan je. Lagipun kurang 5 hari lagi abg akan berangkat ke Jepun... Harap-harap Allah permudahkan urusan kami semua...

Wednesday, September 16, 2015

Suntikan vaksin Influenza

Alhamdulillah semalam selesai ambil suntikan vaksin Influenza di Hospital Az Zahra Bangi untuk kami sekeluarga 6 orang. Bayaran pun boleh tahan lah jugak RM600. Suntikan vaksin ni sebagai persediaan kami nak tinggal di Jepun nanti. Tambahan pula dah nak masuk musim sejuk. Mudah-mudahan kami mampu bertahan nanti.

Esok petang kami akan gerak balik ke kg Negeri Sembilan. Jadi malam ni kira malam terakhir tidur di kuarters ni. Mesti lepas ni rindu kenangan sepanjang 4 tahun duduk sini.

Alhamdulillah sekarang ni masa aku tertumpu pada anak-anak sepanjang 24 jam. Tak payah nak fikirkan pasal kerja lagi. 2 tahun akan datang baru fikir balik tentang kerja. Sekarang masa untuk besarkan anak-anak. Banyak juga cabarannya terutama nak suruh baca iqra' dan solat. Sebab mereka ada halangan terbesar iaitu Ipad yang ayahnya belikan setiap seorang satu. Rancangnya memang nak hilangkan kebosanan mereka nanti masa duduk di Jepun, tapi kalau daripada sekarang tak kawal gaya mereka guna memang akan terbabas juga. Mudah-mudahan Allah akan membantu aku dan menunjukkan jalan dalam membesarkan anak-anak di negara Jepun nanti.

Dah tak lama abg akan berangkat ke Jepun. Kurang 12 hari lagi. Mudah-mudahan Allah akan permudahkan urusan abg semasa di Jepu nanti dan urusan ku bersama anak-anak nanti. Nampaknya Aqil tak sempat nak habiskan sesi sekolah untuk darjah 1 yang berbaki 2 bulan lagi. Haziq pun sama.

Monday, September 14, 2015

Family day @15 Ogos 2015

Alhamdulillah selesai sudah family day yang kami buat di D'River Janda Baik selama 2 hari 1 malam.

Semuanya berjalan lancar dan selamat. Seronok sangat dengan aktiviti yang dapat dibuat di sana. Semuanya kali pertama anak-anak dapat mandi sungai, tidur di chalet depan sungai, buat bbq dan makan sama-sama. Anak-anak pun sampai-sampai terus mandi sungai. Bangun pagi-pagi pun mandi sungai lagi. Alhamdulilah..

Persiapan penginapan dan makanan semuanya diuruskan kak azi. Kami cuma sumbangkan duit untuk sewa chalet dan beli barang makanan. Alhamdulillah ada kakak ipar yang dah banyak mudahkan urusan kami untuk family day ni.

Menu makanan pun boleh tahan memang menyelerakan... tengahari sampai di chalet dapat makan nasi berlauk daging salai masak lemak cili api, macaroni goreng, nuget dan ayam goreng. Petang tu ramai-ramai hidupkan api untuk bakar ayam, daging, kambing, sosej, nuget dan kentang bakar. Pagi esoknya makan nasi lemak dan teh panas. Alhamdulillah...

Anak-anak sihat

Alhamdulillah...dalam sebulan ni anak-anak semua sihat...cuma Haikal dan Naufal yang batuk selsema. Agak lama nak sembuh dari selesema dan batuk berkahak. Ambil masa 2 minggu juga baru hilang bunyi kahak di paru-paru Haikal dan Naufal.

Risau juga sebenarnya pada Haikal dan Naufal yang masih kecil nanti di Jepun. Risau badan mereka yang tak tahan cuaca di sana dan senang kena jangkitan. Mudah-mudahan Allah pelihara dan lindungi kami sekeluarga di sana nanti.

Risau dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni. Sekarang dengan keadaan jerebu yang teruk, Jepun dengan banjir dan tanah runtuh dan di negara arab dengan ribut pasir dan taufan. Sedih dengar berita sekarang ni tentang jemaah haji di Makkah. Siapa sangka jemaah haji Malaysia turut terkorban dengan peristiwa kren jatuh di masjidil haram. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

InsyaAllah lusa kami sekeluarga merancang untuk ambil suntikan vaksin influenza. Kena redha je la bayaran untuk 6 orang suntikan. Mudah-mudahan Allah lindungi dari wabak penyakit.

Wednesday, September 2, 2015

Persiapan sebelum ke Jepun

Lama rasanya tak update blog ni. Mula-mula sibuk di pejabat sebab urusan cuti tanpa gaji yang lambat dapat kelulusan sebab bos yang banyak alasan tak nak sign surat (baca: tak nak lepaskan staf).. lepas tu orang atasan yang tiada di pejabat. Lepas bersusah payah selama hampir sebulan akhirnya baru lah dapat.. dan hari ini aku dah pun mula cuti tanpa gaji bermula 1 september 2015.

2 hari lagi aku akan masuk semula ke pejabat untuk urusan terakhir angkut barang sikit, serah nota tugas dan ada farewell.. lepas tu sambung pening kepala mengemas rumah, packing barang dan lain-lain.

Da2lam seminggu ni kami banyak urusan beli barang-barang untuk di bawa ke Jepun nanti. Pergi cari di Alamanda, Tesco Kajang, dan NSK Selayang. Sempat juga aku ke butik Cloverush beli tudung yang tengah promo di Wangsa Melawati dan blouse di Cattleya Bangi. Insert ClothDiaper Naufal pun sempat juga beli di One Baby World Taman Permata. Sekarang pun dah sepenuhnya pakaikan Naufal dengan CD. Harap-harap dapatlah berjimat di Jepun nanti.

Abg pula sibuk dengan urusan beli tiket ke Jepun guna MAS dan ANA.. aku dan anak-anak memang takda rezeki nak pergi sekali dengan abg lepas raya haji ni. Abg kena pergi dulu untuk setelkan urusan COE dan Visa aku dan anak-anak. Sangka baik Allah merancang semuanya.

Separuh dari barang rumah dah pun dibawa sikit-sikit balik ke kampung N.Sembilan. Barang-barang yang besar abg dah pun sewa lori untuk diposkan ke Sungai Petani.

Banyak lagi urusan nak kena buat. Barang-barang rumah pun belum habis packing. Kereta Innova abg pun belum selesai lagi untuk dijual pada kawan abg. Moga Allah mudahkan urusan kami sekeluarga.

Tuesday, August 11, 2015

Aqil demam dan muntah

Hari ini episod anak tak sihat bersambung pula pada Aqil. Harap-harap ini yang last. Mula dengan Haziq yang muntah-muntah minggu lepas, Haikal yang demam dan muntah, naufal demam campak, hari ni pula Aqil balik sekolah tengahari tadi dah tak larat. Akhirnya ikut ayah ke pejabat dan tak jadi pergi kelas Kafa.

Bila malam Aqil dah mula loya tekak dan mengadu sakit kepala. Badan dah mula panas. Bagi makan ubat pun suhu tak turun. Abg bawa ke klinik pun tak boleh nak ambil ujian darah lagi sebab baru demam. Hari ketiga baru boleh cek sama ada denggi atau tak. Kalau tengok simptom-simptom yang ada pada Aqil macam kena denggi sebab demam, muntah dan sakit kepala. Mudah-mudahan bukanlah. Kesian pula pada dia.

Malam ni abg dah jaga Aqil sampai pukul 3.30 pagi. Tak berani nak tidur sebab badan panas. Lap je lah badan dia bagi sejuk. Kali ni sambung kat aku pula yang tunggu. Dah nak pukul 5.00 pagi dah... nampak suhu badan dia pun dah sejuk. Harap-harap hilanglah sakit kepala dia. Sebab dia mengadu sakit kepala je dari waktu petang. 

Jarang dia demam. Kali ni betul-betul demam. Selalu dia la yang paling lasak dan suka kacau adik-adik. Ujianlah untuk aku dan abg.. Moga Allah beri kesembuhan pada Aqil.

Seharian dengan ummi di rumah..

Semua orang cakap badan adik semangat.. dukung pun ya Allah lenguh... last 2 bulan lepas masa umur 6 bulan timbang berat adik 8kg. Sekarang dah 8 bulan mesti dah naik agaknya.

Tapi adik bukan kuat makan. Ummi masak bubur nasi dan belu macam-macam perisa nestum semua adik makan sikit je dan nak muntah. Adik minum susu ummi dan makan sikit biskut je. Tapi alhamdulillah berat adik ok. Cuma kesihatan adik je belum baik-baik lagi.

Semalam ummi cuti sebab adik naik campak lagi kat seluruh badan. Sabtu Ahad adik demam dan badan terkejut-terkejut macam nak tarik. Nauzubillah.. Minta Allah jauhkan.

Sabtu lepas pun sempatlah juga ke Hospital Jempol untuk sedut gas adik sebab banyak sangat kahak. Lama sangat belum hilang-hilang lagi kahak adik. Adik selsema lama sangat. Bila la Alla nak bagi adik sembuh agaknya.

sibuk main masak-masak pulak
demam hari pertama
sedut gas @Hospital Jempol

Monday, July 27, 2015

Raya ketiga @Kg. Pulau Sayak : Mee Udang @Pantai Merdeka : Rehlah Santai...

Raya ketiga ke Kampung Pulau Sayak pekena mee udang..




Tunggu Mee Udang

@Pantai Merdeka

Raya kedua @Sungai Petani, Kedah

Kami gerak balik ke Kedah seawal 7.00pagi dari N. Sembilan. Anak-anak pun kami angkut terus masuk ke dalam kereta dan tak mandi lagi.

Tak mengantuk dan teman ayah memandu

Jaga adik bagi tidur

Nak jaga adik..

Muka belum mandi

Sampai di Sungai Petani pukul 3.00pm.. kami dah pun menyewa homestay di taman yang sama dengan rumah abah..cuma lorong je lain.. ye la sebab pengantin baru (adik ipar, Faiz) akan duduk di bilik yang biasa kami duduk di rumah abah. Dua malam menginap di homestay hingga selesai kenduri. Lagi 2 malam terpaksa jugalah bersempit-sempit di rumah abah.

kenduri kahwin faiz pada raya ketiga..

tolong ayah bentang karpet

bentang karpet

Muhammad Nabil main lego..

Aqil suka sangat memasang lego..ayah pulak rajin sangat membeli..

Kepenatan masa hari kenduri

Amal dan Muhammad yang datang ke kenduri di Sungai Petani..

Family yang datang ke kenduri


Bergambar bersama pengantin




Cerita Raya @Lui Barat, N.Sembilan

Ceria di pagi raya Aidilfitri..



Cukup semua family di N.Sembilan

Naufal bersama Atok dan Nenek

Haziq, Nenek, Naufal dan Paksu Mahadir

Keluarga Abg

Keluarga Fairuz

Tak cukup lagi 2 orang

Candid!!

Bergambar bersama atok dan nenek

Lagi Keluarga Fairuz

Keluarga Saidun

Lagi Keluarga Saidun

Gambar kenangan raya sebelum beraya di perantauan pula tahun depan..InsyaALLAH..

Anak-anak batuk selsema lagi..

Salam 11 Syawal 1436 H..

Alhamdulillah selesai sudah sambutan hari raya tahun ni bersama keluarga di N.Sembilan dan Kedah. Anak-anak pun dah kembali ke sekolah dan aku kerja macam biasa. Hampir dua bulan sahaja lagi untuk persediaan nak ke Jepun. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.

Haikal dan Naufal kembali batuk berkahak dan selesema. Dah 5 hari pula tu batuk dan selsema. Rasanya baru je 2  minggu sihat dari batuk selsema.. Semoga cepat sembuhla anak-anak ummi.

Hujung minggu semalam sempat balik kg Lui sebab kenduri kahwin sepupu di Felda Palong. Lepas tu sekarang dah musim hujan. Anak-anak pun seronok main dengan sepupu, Aisya Humaira sampai tidur lewat malam setiap kali balik ke kampung. Tidur rumah mak malam Sabtu tu, kejadian pukul 3 pagi amat memeranjatkan aku. Mana taknya bila tersedar terasa ada benda dalam kain batik yang ku pakai. Terkejut bila tengok ada kala jengking hitam dan besar. Allah..selamatlah Allah yang Maha Melindungi dan Memelihara. Nasib baik tak disengat kala jengking atau bintang tu panjat badan anak-anak yang sedang tidur..Na'uzubillahimin zaalik...

Bila anak-anak tak sihat ni, risau dan kesian juga sebenarnya...tak sampai hati rasanya nak bagi makan ubat batuk dan selesema setiap hari. akhirnya lepas 4 hari tak baik juga baru mulakan bagi ubat batuk salbutamol pada Haikal dan Naufal. Cuma yang merisaukan adalah kahak yang susah nak keluar. Takut semput sebab banyak kahak. Allah..mudahkanlah urusanku dan urusan anak-anak...

Naufal pula, sejak masuk umur 7 bulan dah mula kenal ummi dan nak berdukung setiap masa. kalau kita lalu depan dia dan tak ambil dia mulalah nak meraung sekuat hati.. bila dah besar berubah betul perangai dia.. ye la masa belum masuk umur 6 bulan senanglah juga jaga.. sekarang dah pandai demand.. Sama je perangai macam Haikal dulu. Bila dah masuk umur 2 tahun macam sekarang tak nak langsung dengan orang. Balik beraya di kampung pun sentiasa berdukung dengan ayahnya. Layankan je la sementara masih kecil.. dah besar nanti pandai-pandai la bawa diri macam abg-abg Aqil dan Haziq.

Kenduri kahwin di Felda Palong 1

Ammara Salsabila dan nenek

Tiga sepupu

Lagi tiga sepupu

Bergambar sebelum gerak balik ke Putrajaya

Naufal tak sihat dan ngantuk

Haziq, Aqil dan Aisya

Haziq 5 tahun dan Aisya 7 tahun