Monday, November 15, 2010

Ujian melanda..

hampir 2 minggu lebih aku tak sempat nak mengupdate blog ni...

Bila datang ujian, tiada siapa mampu terfikir macamana bentuk ujian yang akan datang, bila ia akan datang..mampukah untuk hadapi ujian..

kali ini ALLAH menguji kami sekeluarga dengan ujian kesihatan..tiada siapa menyangka anak-anak yang hari ini kita lihat cergas dan aktif bermain, keesokan harinya lemah tak bermaya..itulah yang terjadi kepada anak-anakku.. sesungguhnya ujian yang datang pada kali ini benar-benar menguji kesabaran dan keimanan..ibu mana yang mampu melihat anaknya terbaring di katil hospital menanggung kesakitan dan badan yang lemah..runtun jiwa ini melihat anakku di serang sawan tarik pagi isnin yang lalu..

1/11/2010 - Aqil mula demam waktu tengah malam..aku sempat beri aqil makan ubat dan lap-lap badan dia..pukul 5 pagi aqil bangun buang air besar tapi aku minta ayah yang basuhkan Aqil sebab aku pening kepala yang teramat sangat..mana aku sangka rupanya badan aqil bertambah panas..bila jam 6.50 pagi aku sedar aqil dah kena sawan tarik..puas aku dan ayah membasahkan aqil dengan air, tak cukup dengan tu, bawa aqil ke bilik air dan siram..aqil masih tak sedarkan diri..cara terakhir yang aku mampu buat, bawa aqil ke hospital dalam keadaan kelam kabut..nasib baik ada mak tolong jaga haziq..aku dan ayah bergegas ke hospital... dalam kereta aqil masih tak sedarkan diri..puas aku memanggil namanya..tak lama lepastu barulah aqil sedar dengan badan yang sangat-sangat lemah..ya ALLAH..ujian apakah ini..

hari pertama Aqil di hospital..sungguh lemah dan tak bermaya..

sampai di hospital aqil hanya mampu menangis..tapi dalam hati aku lega bila aqil dah sedarkan diri..ya ALLAH..lalainya aku sebab biarkan aqil demam panas..

Aqil langsung tak berselera menjamah sebarang makanan melainkan minum susu sahaja..

tak larat Aqil nak buka mata..

aqil terpaksa ditahan wad..ya ALLAH aku redha..abg outstation ke terengganu dan kelantan..tringat pula haziq kat rumah..lepastu kerja di sekolah ditambah pula minggu depannya ada program yang aku anjurkan..ya ALLAH..terasa amat berat ujian kali ini..

demam yang terlampau panas..masih di hospital..

Aqil di hospital..

rehat tengahari tu..ayah datang ke hospital..aku tinggalkan ayah dengan aqil..aku sempatlah balik ke rumah sekejap sambil tengok si haziq.. bila sampai je semula di hospital..terkejut bila aku lihat aqil menangis dan dipakaikan oksigen..ya ALLAH..sekali lagi aqil diserang sawan tarik.. puncanya sebab badan dia terlampau panas dan tak dilap dengan air...sekali lagi aku rasa terkilan atas kelalalain aku..aku biarkan dan tinggalkan aqil di hospital dengan ayah dan aku balik ke rumah..kesalnya..

kesian aqil asyik menangis je..mungkin badan dia rasa sakit dan lemah..setiap kali minum susu mesti muntah..entah berapa banyak kali aqil muntah atas katil dan nurse terpaksa menggantikan cadarnya...ya ALLAH..bantulah kami..disebabkan itu jugalah aqil terpaksa tinggal lebih lama di hospital dan aku terpaksa menghabiskan cuti aku yang berbaki cuma 4 hari untuk menemani aqil di hospital..

petang tu ayah datang bawa mak dan haziq melawat aqil..siapa sangka bila balik dari hospital..haziq pula demam dan badan dah mula panas..ditambah pula batuk yang teruk.. malam tu juga mak dan ayah bawa haziq ke hospital..sempat jugak aku jumpa haziq di jabatan kecemasan..kesian bila melihat haziq yang batuk dan tercungap-cungap..badan pula demam..rasa nak menangis bila teringatkan haziq dan Aqil..

ya ALLAH..beratnya ujian..mak dan ayah tunggu lebih sejam di jabatan kecemasan kat hospital tapi masih belum dipanggil untuk jumpa doktor..akhirnya terus ke klinik swasta jam 12tgh malam tu..sampai di rumah pukul 1pagi.. ya ALLAH..aku tak tau la kalau mak ayah takde siapa yang nak uruskan haziq...rasa menangis sendirian..=(

2/11/2010 - atas nasihat doktor aqil masih perlu dipantau di hospital..akhirnya aku berkampung bersama aqil di hospital hampir 5 hari..hari yang kelima aku minta juge kebenaran doktor untuk keluar dari wad..memang aqil belum sihat sepenuhnya..tapi demam dia turun naik..lagipun abg dah selamat sampai ke sini..bolehlah tolong jaga aqil sama..

hari kedua yang masih demam..

kesihatan aku juga tak mengizinkan..aku juga diserang demam, sakit kepala dan batuk..aku rasa dah tak larat nak duduk lama di hospital..alhamdulilah..doktor benarkan pulang ke rumah..bila balik ke rumah, aku pula yang terlantar tak larat nak bangun dan demam yang mencecah 39.3c.. nasib baik ada abg yang tolong basah-basahkan dan lap badan aku..ya ALLAh..bersambung-sambung demam ni..

Aqil dah mula nak bermain..

alhamdulilah masa ni aqil dah mula nak senyum..


dah boleh senyum masa ni..dah ada tenaga sikit kot..

hari ke7 barulah aqil sihat sepenuhnya dan dah boleh aktif dan cergas bermain semula..kesian bila melihat anak-anakku yang sakit..haziq pula biasa tidur malam dengan ummi, selama 5 hari ummi bermalam di hospital dengan aqil..dia pun asyik merengek dan menangis je.. sebak hati aku bila mengenangkan haziq di rumah..bila doktor tak bagi keluar hospital masa hari ke4, aku dah menangis sebab teringatkan haziq..ya ALLAH..benar-benar ujian yang berat untuk aku hadapi..



terima kasih pada doktor dan nurse2 di wad 2b yang banyak membantu kami..

wajah-wajah Aqil masa hari ke3 di hospital..kesian Aqil..

rindukan haziq...4 malam haziq tidur dengan nenek ye..

alhamdulilah..hari isnin seperti biasa aku mula bekerja seperti sediakala..tapi keadaan kesihatan aku bukanlah mengizinkan sangat..tapi disebabkan terlalu banyak benda nak kena dibuat sebab esoknya program besar..aku paksa dan kuatkan diri juga untuk melaksanakan kerja tu..akhirnya balik kerja aku terbaring dan tak mampu nak bangun..kepala terasa sakit yang teramat sangat..ditambah pula hampir seminggu aku dah hilang selera makan sejak jaga aqil di hospital sebelum ni..

malamnya aku kuatkan juga diri untuk bangun, mandi dan makan ubat... semuanya sebab bila memikirkan program esok..alhamdulilah bila bangun pagi badan terasa sihat sikit..tapi selera makan masih kurang..disebabkan itu jugalah susu badan pun dah semakin kurang..

terasa amat berat sebenarnya bila terpaksa mencampurkan susu untuk haziq ditambah pula pelaburan yang mahal untuk beli pam elektrik untuk haziq..tapi semuanya dah terlambat..bila jadi macamni..stok simpanan susu pun boleh habis...sayangnya bila tak dapat memberi penyusuan sepenuhnya kepada haziq sebelum umur 6 bulan..=( tapi aku tetap akan berusaha untuk terus memberinya susu ibu walaupun terpaksa campur dengan susu formula..

ya ALLAH..bila ujian datang melanda..terasa lemah diri ini tanpa bantuanMu..bantulah kami untuk menghadapi ujianMu ya ALLAH..

No comments: