Tuesday, November 30, 2010

perihal EBM

aktiviti mengepam susu di dalam bilik kerja ku ini..

kadang-kadang dapat banyak..tapi masa ni sikit je..3 oz je..

ramai yang petua makan kurma banyak-banyak untuk tambah susu..

ehm..pagi tadi pam susu macam biasa kat sekolah ni..siap buat dua kali pam lagi..tengahari balik rumah..bawalah cooler bag berisi susu yang dah dipam balik rumah..ehm..sampai-sampai sekolah petang ni baru teringat lupa bawa botol kosong nak isi susu..tadi datang bawa cooler bag je...hahaha..apalah aku ni..pelupa betul..jadi kesimpulannya tak dapatlah pam petang ni..tapi nak kena ganti balik kerja ni nak kena pam susu..harap-harap dapatlah pam banyak sikit balik ni..

ehm..susahnya nak pam susu dapat banyak..jeles bila tengok ibu-ibu lain yang banyak susu dan dapat kumpul stok susu banyak-banyak..

lihatlah betapa banyaknya EBM ibu ni..dalam sebulan boleh kumpul banyak ni..

cuci mata jap..seronok dan kagum bila melihat gambar ni...hebat sungguh ibu yang mampu buat stok EBM sebanyak ini..sungguh..bekerja bukanlah penghalang untuk meneruskan penyusuan susu ibu..

seronok baca blog ni.. http://husnul-iman.blogspot.com ..banyak info dan pengalaman ibu ni menyusukan anaknya..yang paling best bila tengok gambar-gambar stok susu yang terlalu banyak..kan best kalau aku dapat buat stok susu sebanyak itu..tapi susu yang aku dapat pam pun cukup-cukup seharian haziq minum..tak dapat buat stok lagi..

takpelah yang penting aku dah usaha sebaik mungkin untuk memberi haziq susu ibu sepenuhnya..alhamdulillah..haziq pun dah kurang minum susu formula..kadang-kadang dalam sehari tu tak minum langsung pun...

ini rupa bentuk EBM yang dah expired..banyak jugak EBM ni..



siap cairkan lagi..



lepas tu bagi pokok minumlah..=)sihat pokok ni..

No comments: