Wednesday, November 10, 2010

Gerak Gempur ICT

Alhamdulilah..selesai sudah prog ini di sekolah ku ini..sambutan pelajar pun dalam lebih 250 orang..itu pun setelah menggabungkan pelajar T1, T2, T3, T4 & T6R...bayangkanlah berapa kerat je yang datang..padahal kalau ikutkan jumlah pelajar ni dalam 700 orang..nak buat macamana sebab peperiksaan akhir tahun pun dah habis..kelas pun dah takde..

akhirnya..pagi itulah untuk kali yang pertamanya aku memegang mikrofon dan bercakap di perhimpunan untuk memberi taklimat program pada pelajar..terpaksa...ikutkan hati aku taknak langsung dan tak sanggup..tapi alhamdulilah..aku dapat menyembunyikan kegugupan aku..hahaha...


fasilitator yang datang pun tak ramai..dalam 16 orang je..masing-masing ada hal..takpelah..yang bestnya bila tengok sesi ceramah dan bengkel....fasi-fasi memberikan kerjasama yang sangat baik dan pelajar-pelajar ni pun tersangatlah excited.. cuma yang kurang berfungsi pada booths yang ada..pelajar-pelajar ni tidak menggunakan sebaik-baiknya peluang yang ada..diorang lagi suka melepak-lepak dan bersidai-sidai kat tepi koridor tu...takpelah..nak buat macamna..


alhamdulilah..aku dapat memberikan cenderahati untuk fasi,semua pelajar yang datang dan pada cikgu-cikgu walaupun bilangan yang amat terhad..terima kasih sangat-sangat pada cikgu-cikgu yang telah diberi task untuk buat kerja membantu program ini berjalan lancar..kerjasama yang cikgu-cikgu ni berika teramatlah bagus..terutamanya pada cikgu-cikgu senior...=) rasa terharu sangat-sangat...


sesi ceramah oleh fasi ni..sungguh bersemangat dia menyampaikan ceramah..

memberi penerangan pada pelajar tentang keselematan ict..syabas untuk fasi ni..

bengkel photoscape..pelajar sangat-sangat berminat..
bengkel perkakasan komputer..syabas untuk fasi-fasi di sini..

pelajar masa bengkel...

majlis penutup diserikan dengan ucapan penutup pengetua..huhu..pengetua telah memuji yang program aku ni sangat berjaya dan mendoakan agar aku dan rakan-rakanku dapat disambungkan kontrak..huhu..(akan disambung ke?? wallahu'alam..) tak dilupakan juga pada suami tersayang yang telah banyak membantu aku mencari idea dan paling best dapat menyediakan goodies untuk diberi masa hari program tu..bestla abg...=)


terima kasih pada abg kerana telah menyediakan goodies ni...=)

No comments: