Tuesday, November 30, 2010

gambar lagi...




Aqil bersama Husnul Amal di Putrajaya

Penghargaan buat ibu-ibu..

perihal EBM

aktiviti mengepam susu di dalam bilik kerja ku ini..

kadang-kadang dapat banyak..tapi masa ni sikit je..3 oz je..

ramai yang petua makan kurma banyak-banyak untuk tambah susu..

ehm..pagi tadi pam susu macam biasa kat sekolah ni..siap buat dua kali pam lagi..tengahari balik rumah..bawalah cooler bag berisi susu yang dah dipam balik rumah..ehm..sampai-sampai sekolah petang ni baru teringat lupa bawa botol kosong nak isi susu..tadi datang bawa cooler bag je...hahaha..apalah aku ni..pelupa betul..jadi kesimpulannya tak dapatlah pam petang ni..tapi nak kena ganti balik kerja ni nak kena pam susu..harap-harap dapatlah pam banyak sikit balik ni..

ehm..susahnya nak pam susu dapat banyak..jeles bila tengok ibu-ibu lain yang banyak susu dan dapat kumpul stok susu banyak-banyak..

lihatlah betapa banyaknya EBM ibu ni..dalam sebulan boleh kumpul banyak ni..

cuci mata jap..seronok dan kagum bila melihat gambar ni...hebat sungguh ibu yang mampu buat stok EBM sebanyak ini..sungguh..bekerja bukanlah penghalang untuk meneruskan penyusuan susu ibu..

seronok baca blog ni.. http://husnul-iman.blogspot.com ..banyak info dan pengalaman ibu ni menyusukan anaknya..yang paling best bila tengok gambar-gambar stok susu yang terlalu banyak..kan best kalau aku dapat buat stok susu sebanyak itu..tapi susu yang aku dapat pam pun cukup-cukup seharian haziq minum..tak dapat buat stok lagi..

takpelah yang penting aku dah usaha sebaik mungkin untuk memberi haziq susu ibu sepenuhnya..alhamdulillah..haziq pun dah kurang minum susu formula..kadang-kadang dalam sehari tu tak minum langsung pun...

ini rupa bentuk EBM yang dah expired..banyak jugak EBM ni..



siap cairkan lagi..



lepas tu bagi pokok minumlah..=)sihat pokok ni..

Monday, November 29, 2010

berlalu sudah..

selesai sudah weekend kali ni..cepatnya masa berlalu..alhamdulilah, kami selamat pergi ke KL dan selamat pulang ke rumah..mak abah pun dah selamat pulang ke Kedah..cepat sangat depa balik ke Kedah..jadi tak sempat nak bawa jalan-jalan..

kami sampai ke KL rumah tokwan hari sabtu tu pun dah tengahari..bawa Aqil dan Haziq..hmm..rupa-rupanya depa buat makan besar kat rumah tok wan..punya mereka seronok sebab mak abah dari Kedah datang..masak lauk yang best-best..=) dapatlah jugak aqil dan haziq beramah mesra dengan sedara-sedara mereka..yang bestnya haziq asyik berdukung je..memang seronoklah dia..


rancangnya nak berjalan ke KLCC petang sabtu tu..tapi disebabkan hujan lebat tak jadilah..duduk rumah tokwan sampai petang tu je..malam kami semua bermalam di rumah sendiri di Lorong Mewah 7..sesekali dapat turun KL bestlah jugak.. tapi nak duduk KL lagi..huhu..memang tak larat..

pagi Ahad tu..hantar mak abah kat Jalan Duta..bas pukul 11.30 pagi.. nak dijadikan cerita tentang si Aqil ni..punyalah dia seronok bila nampak bas yang banyak di Hentian Bas Jalan duta.. sampai tak nak duduk dan menjerit-jerit nak keluar tengok bas lagi..terlampau excited si Aqil ni..Aqil..Aqil..pengalamanlah bagi Aqil bila dapat tengok bas banyak-banyak..


lepas hantar mak abah kami balik semula ke rumah untuk berehat dan kemas-kemas barang nak balik Negeri Sembilan..sempatlah Aqil dan Haziq tidur sekejap..pukul 3petang bertolak balik..dalam perjalanan balik singgahlah di Kedai gunting rambut untuk gunting rambut Aqil.. menangis-nangislah si Aqil ni sebab taknak gunting rambut dan takut kat orang India kat kedai tu..lawak juga bila tengok si Aqil ni..kalau kat rumah dialah hero..mainan dia jangan cakaplah berapa banyak sebab ayah dia mesti nak belikan mainan setiap kali balik rumah.. ball dia pula
jangan cakaplah..dari ball yang kecil sampailah paling besar..macam-macam warna..semua ada..

inilah rambut Aqil yang baru..

muka lepas nangis..

dah pendek pun..

masa ni haziq dengan ummi tengah tunggu Aqil gunting rambut..

haziq lagi...

Friday, November 26, 2010

rancang perjalanan..

esok hari sabtu...malam ni abg akan balik...4 hari lamanya abg kembara ke bumi Kedah...macam biasalah jadi panel interview..kali ni di Alor Star..tu yang sampai ke Kedah tu.. kembara seorang diri dalam perjalanan menaiki sebuah kereta kecik kelisa yang penuh dengan muatan blazer, beg baju..huhu..yang penting selamat..

balik ke KL semalam makin bertambah pula muatannya...mana taknya bila mak abah Kedah beria-ia nak ke KL..(bayangkanlah..) macamana kereta sekecil itu mampu berjalan jauh dan membawa 3 orang penumpang dengan kereta dipenuhi barang..huhu..seksanya..alhamdulilah selamat sampai juga ke KL jam 10.00 malam setelah bertolah dari sungai petani jam 5.00 petang..

esok kami semua akan ke KL...bawa haziq dan aqil..rancang nak pergi jalan-jalan di KL dengan mak abah..tapi tak tau lagi nak kemana...nak pegi mana ye????? harap-harap anak-anak semua sihat...dapatlah berjalan-jalan....

ok..dah update blog..sambung buat kerja balik...kerja...kerja...kerja...

malasnya..

dah nak penghujung bulan 11..maknanya Laporan Bulan 11 dah kena buat dan nak kena hantar kat SKMM..

dah seminggu cuti sekolah..hari ni pula SPM & STPM takde sebab hari jumaat..sunyi je la sekolah..boring dan malas yang teramat sangat jadinya..duduk sensirang dalam bilik yang besar dan hanya dipenuhi komputer sebanyak 14 buah ni..huhu..sunyinya..jadi aku pun pasanglah ayat Quran di lappy ku ini..

2 hari lepas..sempat berjumpa dengan pengetua..minta kebenaran nak ke klinik..dia pun sempat bagi aku kerja suruh buatkan buku kajian tindakan dia..kira okla tu..ada juga kerja untuk aku... hmm..pening..pening..bila tengok nombor banyak sangat dalam jadual ni..nak kena taip balik..


beginilah rupa bentuk jadual yang aku kena taip balik..huhu..pening kepala..=(

target harini mesti siap dan boleh print..minggu depan nak kena submit pada pengetua..ya ALLAH berilah aku kekuatan untuk menghapuskan rasa malas yang teramat sangat ni...

Monday, November 22, 2010

Aqil makan roti..

gambar ni diambil semasa menunggu ayah membeli apam balik dan air soya..

bismillahirrahmanirrahim..

sedapnya roti ni..

sambil makan sambil tengok kat luar tingkap kereta..

banyak lagi ni nak habiskan roti ni..


lambatnya ayah ni..beli apam balik ke buat apam balik...

makan lagi lah..


haaa...tu pun ayah...


-THE END-

belanja..belanja..belanja....huhu...

sabtu yang lalu..pergi jalan lagi..kalau minggu lepas ke giant senawang..kali ni ke jusco seremban 2 pulak..huhu..belanja lagi..bukannya sikit bila belanja..sekali pergi kalau tak belanja rm200 ke atas memang tak sah...itulah aku..entah apa yang aku beli pun aku tak tahu..bila balik rumah baru fikir balik apa yang aku beli tadi..???..

tapi tak kisahlah..yang penting aku dapat juga simpan duit gaji aku ni setiap bulan..aku kira-kira sejak kerja tahun ni dapat jugaklah aku mengumpul duit simpanan dalam rm10k..alhamdulilah.. semua ni sebab duduk di kampung..kalau duduk di bandar tak dapatlah aku kumpul duit.. minggu ni sahaja pergi jusco belanja rm200++...abg memang tak kisah..nak beli apa pun belilah...(hehe..memanglah..sebab duit aku sendiri..bukan duit dia...=p)..

di kedai tayar..tukar tayar kereta..

Aqil pun sibuk nak tolong..

pilih tayar..

anak ayah..

minggu lepas beli ear thermometer..harga rm129..ok la..melabur banyak pun takpe..yang penting dapat jaga anak-anak dengan baik...risau kalau demam..masalahnya sekarang..setiap kali aku nak cek suhu kat telinga si Aqil dia mesti menangis-nangis nak pegang dan buat sendiri.

masa ni aqil dah terfikir nak buat kerja apa..

yeah..ini dia..kerja menolak kerusi..

cek dulu kerusi ni ok ke tak..

bila ok..baru start tolak..=)

huhu..bila nak habis ni..lambatnya..dekat dua jam dah kat kedai tayar ni..

yang seronoknya dapat jalan-jalan je..menghabiskan masa bersama abg dan aqil..kesian pula kat haziq sebab asyik kena tinggal..takpelah haziq..dah besar nanti kita jalan-jalan sama-sama ye..


kesian anak ummi selalu je kena tinggal..

Haziq di usia 5 bulan..dah kenal ummi..

haziq dah pandai meniarap..

hari ahad abg dah bertolak ke sungai petani..sebab isnin - khamis kerja di Alor Star..tapi duduk di rumah mak abah di sungai petani..minggu depan pula ke Kuala Terengganu..asyik travel je..memang tak duduk rumah langsung..kalau aku tak kerja bolehlah angkut semua anak-anak ikut abg sekali travel..sambil tu boleh jalan-jalan..bestnya...tapi ntah bila...

Bermulanya cuti persekolahan..

harini bermulanya cuti sekolah..datang sekolah pun sunyi je..kantin pun tak buka..jadi awal-awal dah bawa bekal ke sekolah..tapi esok bermulanya pula SPM..jadi esok adalah juga pelajar yang datang..tapi aku di bilik ni memang sensorang je la..

hari ni dapat siapkan laporan program aku yang telah berlangsung..alhamdulillah..


setakat yang aku fikir-fikir..ingat nak menceriakan bilik yang aku jaga ni..aku pun mungkin dah tak berkhidmat lagi di sekolah ni tahun depan..jadi dapatlah aku buat sedikit sumbangan kat bilik ni..semoga dipermudahkan...bukan apa..dah ngadap internet ni...banyak halangannya..dengan facebook lagi..memang tak jadi kerja...heheh..

Tuesday, November 16, 2010

10 Zulhijjah 1431H


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..