Monday, October 27, 2014

Hadiah untuk anak-anak

Sebenarnya mainan aqil haziq memang dah berlambak-lambak terutamanya kereta. Dari saiz yg paling kecil sampailah yang besar. Semuanya kereta besi yang ayahnya belikan. Tapi hari ini aku belikan hadiah pula untuk aqil haziq. Sebab bukan diorang yang minta, mainan ni jadi hadiahla... selalunya mainan depa yang nak sangat-sangat beli sampai nangis-nangis nak jugak... ayahnya la yang kopak duit...

Mainan ni aku beli bukannya sebab apa...kesian kat depa sebab selalu main kereta takde track atau lane...mainlah letak barang bawah karpet nak bagi macam naik bukit sikit...lepastu susun kereta banyak-banyak nak buat konon macam traffic jam...hehe... ada je idea depa ni nak main...

Lagipun aku sengaja masuk kedai buku pustaka rawang tadi lepas check up ibu mengandung. Tengok-tengok ada mainan baru pula. Aku yang terujua nak beli. Lagipun harganya ok la mampu beli rm35. Beli satu je pun... depa kena main sma-sama...

Cerita tentang checkup tadi.. aku keluar dari pejabat nak ke klink tadi pun dah pukul 2.30pm. Sebab biasanya periksa sekejap je sebab tak jumpa doktor. MashaAllah hujan punya lebat masa aku nak parking kereta. Terpaksalah redah juga dengan kain dan lasut habis basah..

Hb darah, tekanan darah dan berat alhamdulillah ok takde masalah. Jantung baby pun ok nurse tu cakap...bacaan dalam 152 dan 153.. tapi saiz perut aku je yang kecil sebab sepatutnya 35minggu dah 35cm. Tapi tadi periksa saiz perut 33cm pula. Tapi nurse bagi appointment jumpa doktor minggu depan baru nak scan. Harap-harap anak dalam perut ni sihat la dan Allah pelihara sampai selamat bersalin...amin..

Haikal yang kurang sihat

Alhamdulilah kembali bekerja seperti biasa hari ini selepas 2 hari cuti hujung minggu.

Minggu ni kami duduk di rumah sahaja memandangkan abg masuk pejabat ada kerja pada hari Sabtu. Petang Sabtu kami ke Bangi untuk mencari kedai gambar untuk ambil gambar 4R Haziq bagi pendaftaran PASTI 5 tahun Haziq tahun depan. Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar semalam dan Haziq selesai daftar di PASTI depan rumah kami sekarang. Bayaran pendaftaran secara ansuran dahulu sebanyak RM450 semalam.

Cerita hari Jumaat lepas, aku memang ambil separuh hari kerja sebab malam tu Haikal dah demam. Tambahan pula selsema Haikal masih belum hilang selepas 5 hari. Balik tengahari tengok Haikal ok dan tengah seronok main kereta. Rupanya telinga dia jadi bernanah semula. Aku dan abg pun bergegaslah ke Kecemasan Hospital Putrajaya tengahari Jumaat tu. Tunggu jumpa doktor pun sudah 1 jam. Lepastu ke Klinik Pakar ENT dan doktor sedut nanah di telinga Haikal. Seperti biasa Haikal kena makan antibiotik Augmentin dan Antibiotik titis teling selama 10 hari.. Mencabarnya bila nak titis ubat dalam telinga Haikal. Kesian Haikal, baru sebulan telinga dia elok dari bernanah, tapi jadi balik.. Harini nampak dah kurang sikit selesema Haikal..

Pagi Ahad semalam pula, bawa anak-anak pergi main basikal di Masjid Besi.. Seronok anak-anak dapat main...
Haikal di Klinik ENT
Haziq pun ikut pergi ke Hospital
Main basikal 
Haikal nak naik basikal
Nangis nak naik basikal abg
Singgah pejabat ayah sekejap

Friday, October 24, 2014

Pengesahan Jawatan

Alhamdulillah..semalam aku sudah selamat terima surat pengesahan jawatan dari SPA..Genap setahun aku dah selesai pengesahan jawatan..alhamdulilah Allah permudahkan urusan...



Untuk dapatkan pengesahan jawatan ni, aku kena selesaikan beberapa perkara iaitu:

1. Lulus Tapisan Keselamatan
2. Lulus Program Transformasi Minda
3. Lulus Ujian Peperiksaan Perkhidmatan Awam/ Kerajaan.

Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya yang telah aku selesaikan bulan April lalu..

Beli barang baby lagi

Semalam aku sempat singgah di Anjung Presint 1 untuk cari lagi barang persiapan nak bersalin. Alhamdulillah apa yang dicari semuanya ada dapat aku beli. Habis dalam rm200 jugalah..

Yang bestnya beli di kiosk kat situ boleh la dapat murah sikit berbanding harga jualan biasa...insyaAllah mudah-mudahan ada manfaatnya...amin...

Miskin dalam Kekayaan


Dalam hidup, lihat dulu apa yang telah kita ada. Syukuri. InsyaAllah, apa yang ada itu akan ditambah oleh Allah. Atau, dengan syukur itu kita akan diberi hati yang tenang. Itulah kekayaan sejati. Mengapa melihat apa yang tiada… lalu hati jadi resah, gelisah dengan sayu. Orang lain kenapa mendapat lebih, sedangkan aku terus-terusan kekurangan? Begitu, gerutu jiwa. Jangan mengenangkan apa yang tidak ada menghilangkan rasa syukur dengan apa yang kita telah ada. Justeru, syukuri apa yang telah ada dan teruslah berusaha untuk memburu apa yang tidak ada. Namun, beringatlah, dalam pemburuan itu, jangan hilang sesuatu  yang lebih berharga. Sesuatu yang tidak ada galang gantinya. Ya, betapa ramai yang memburu kekayaan hilang ketenangan. Memburu kesenangan, hilang kesihatan. Mencari harta, membuang saudara.
Aku perlu mengingatkan diri ku sendiri dan diri orang lain juga. Kuantiti harta jangan cuba menggantikan kualiti jiwa. Kerana kualiti jiwa itu jauh lebih berharga. Nilai diri kita yang hakiki terletak pada sesuatu yang tidak akan dapat dibeli oleh wang dan harta. Itulah iman dan persaudaraan. Iman dan persaudaraan itu lazim berlaziman. Bila hilang salah satunya, maka hilang pula yang kedua. Lalu…apabila kesibukan mencari harta, semakin terasa kehilangan saudara, ketahuilah itulah detik yang sangat berbahaya.  Renggangnya persaudaraan petanda kurangnya iman.  Apa gunanya harta tanpa iman dan persaudaraan? Untuk apa harta itu? Bukankah ia hanya alat untuk memberi ketenangan? Memburu harta tidak salah, tetapi jangan dipinggirkan iman dan persaudaraan dalam pemburuan itu… Nanti, kita bukan lagi memburu harta tetapi kitalah yang diburunya. Waktu itu kitalah yang menjadi mangsa.
Sedikit coretan dari http://genta-rasa.com/2014/10/03/miskin-dalam-kekayaan/#more-2949 

Thursday, October 23, 2014

Beli barang baby

Semalam cuti umum sebab Deepavali... kami tak ke mana-mana cuma duduk di rumah. Melayan karenah anak-anak main lepastu gaduh....marah-marah...nangis.. Aqil la yang paling banyak kena marah dan kena rotan.. kadang-kadang kesian juga..tapi nak buat macamna...kalau tak ditegur takut perangai menjadi teruk...

Lewat petang kami ke Kedai Manjaku di Bangi..cari barang baby dan habis dalam rm300... alhamdulillah..selesai satu bahagian.. Ahad ni pula nak kena setelkan pendaftaran sekolah Haziq dan bayar yuran lebih kurang rm500..

Haikal selesema lagi..

Masuk 4 hari Haikal selesema masih belum baik lagi walaupun dah bagi makan ubat selesema. Nampak tiada kesan langsung ubat selesema pada Haikal.. malam tadi nampak selsema Haikal makin teruk. Hingus dah mula pekat dan Haikal susah nak bernafas masa tidur. Tengok dia nafas pun guna mulut. Lepastu malam tadi pukul 3pagi pun badan Haikal panas. Abg pun kejutkan dia dan bagi makan ubat demam. Mungkin sebab selesema tu yang buat badan dia jadi panas...

Apa yang aku takut adalah telinga Haikal bernanah balik. Ya Allah..mohon dijauhkan dari segala penyakit berbahaya. Mungkin juga antibodi badan Haikal dah kurang. Harapnya cepatlah Haikal sihat.
Haikal pun minum susu dah kurang. Boleh kata sehari tu sebotol je la...tapi alhamdulillah selera makan masih ada.

Aqil dan Haziq pun dah mula kurang minum susu waktu malam. Aqil dah boleh terima untuk minum susu dalam cawan...

Alhamdulillah abg dah dapat panggilan temuduga untuk HLP...semoga abg berjaua nanti..

Wednesday, October 15, 2014

31 Tahun Masihi

Semalam 14 Oktober 2014, genap umurku 31 tahun masihi.. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik dari Allah..

Semalam juga kandunganku masuk ke minggu yang ke 33..Alhamdulillah setakat ini masih baik dan aktif bergerak dalam perut ni. Cuma kadang-kadang memang badan rasa tak larat terutamanya bila balik kerja dan waktu baring nak tidur malam. Susah sangat rasa nak bangun dari tidur waktu malam.

Semalam anak-anak bising nak beli kek harijadi untuk ummi, tapi disebabkan gaji belum masuk, pujuk jugalah diorang dan akhirnya aku buatkan kek batik je. Siap-siap masak, Aqil dah makan terus dan tak sempat nak sejukkan dulu dalam peti ais. Haziq pula makan pagi tadi sebelum ke rumah pengasuh. Itu je la  yang mampu ummi buatkan..

Aqil dengan mainan baru walkie-talkie

Haikal tidur keletihan

Haziq muka mengantuk

Friday, October 10, 2014

Bercuti seminggu (part 3)

Sambung cerita bahagian ketiga....

Malam tu kami selamat sampai ke Putrajaya dalam pukul 9pm. Bila sampai rumah pula..elektrik takde..masuk rumah pula memang dah berbau busuk peti ais. Tengok makanan dalam peti ais semua dah berkulat dan busuk. Tak tahu kenapa suis elektrik boleh off...

Satu kerja pula abg nak kena bersihkan peti ais dan satu rumah berbau busuk...samph pula lupa buang masa sebelum keluar rumah haritu....penat belum hilang lagi... memang ujian sungguh...dengan anak-anak yang meragam lagi... Haikal pun masih meragam sebab sakit mulut... nampaknya memang aku terpaksa ambil cuti. Tapi nak cuba minta MC dari doktor.. sebab abg kena bertugas kat parlimen esoknya.

Khamis 9 Oktober 2014

Semalam aku ke klinik swasta dekat rumah ni. Memang nak bagitau pada doktor aku tak larat je la. Tapi bila cek tekanan darah aku naik ke 148 pula. Tak pasal-pasal doktor bak suruh pergi hospital sebab bahaya pada aku dan baby. Tapi aku minta juga nak rehat di rumah dulu tengok. Lepas 2 jam doktor suruh datang balik periksa tekanan darah. Alhamdulillah turun 130. Tak perlu rujuk hospital lagi. Aku pun taknak la kena tahan wad. Jadi panjang cerita pula nanti. Tak habis-habis nak kena datang klinik je nanti.
Jadi dapatlah aku mc 2 hari. 

Alhamdullillah dapatlah jaga Haikal yang tak sihat..Haziq pun duduk rumah sekali. Nampaknya seminggu direct ni aku tak datang pejabat lansung.

Sakit mulut dah kurang


Nampaknya sakit mulut haikal dah kurang..dia pun boleh makan..tapi kesian bila tengok dia garu kaki dan tangan sebab lepuh kat kaki tangan masih banyak dan tak kurang...harap-harap cepatlah hilangnya...cuti ada 2 hari je lagi ni...Isnin nak kena kerja...kesian kalau hantar pengasuh....cepatlah sihat Haikal...

Seronok ummi cuti 

Leka main

Bercuti seminggu (part 2)

Sambung cerita lagi....

Isnin 6 Oktober 2014

Kami gerak ke Kelantan pukul 7.30am. Anak-anak pun tidur jugaklah sebab masih pagi. Sampai di Jeli, Kelantan pula jalan jam...lambat juga nak sampai. Haikal dah mula meragam. Terasa pula badan dia panas. Kami sempat singgah di Pasir Puteh ke rumah adik aku dan makan tengahari di sana. Kat sana bagi Haikal makan ubat demam dan mandikan dia. Lepas tu gerak ke homestay di Kota Bharu. Alhamdulillah selamat sampai dan homestay pun selesa. Makan malam pula makan ramai-ramai dengan saudara mara rombongan yang lain di Teratai Homestay tu.

Bilik homestay yang kami duduk

Teratai Homestay

Ruang tamu homestay

dapur masak homestay


Waktu malam tidur pula...Aqil Haziq tidur nyenyak tapi Haikal meragam dan menangis tak tahu punca....lama juga tunggu dia nak ok..badan dia dah tak panas pun tapi memang meragam...

Selasa 7 Oktober 2014

Bersiap-siap untuk ke rumah kenduri kahwin di Pulau Melaka. Tapi pergi hantar paksu nikah dulu di masjid. Cuaca pun ok masa tu. Anak-anak pula seronok main masa dalam masjid tapi memang penat sebab kena tunggu lama. Pukul 1pm baru gerak ke rumah pengantin perempuan. Cuaca pula panas..Haikal memang meragam je. Masa nak balik pula hujan turun lebat sangat. Tak best juga masa tu sebab anak-anak kena hujan. Perancangan nak berjalan-jalan pergi Pengkalan Kubur pun batal. Terus balik rumah dan mandikan anak-anak. Haikal pun meragam je. 

Mak dan Paksu Din

Bergambar bersama pengantin sebelum nikah

Selepas Nikah

Gambar di rumah pengantin perempuan


Petang tu pun tidur je kat homestay sebab hujan lebat. Nak pergi berjalan pun susah sebab nak bawa anak-anak.

Petang tu juga aku perasan Haikal meragam dan usik-usik mulut dia dan marah-marah. Bila tengok betul-betul barulah perasan yang dia macam kena sakit kaki tangan mulut. Mesti dia sakit dalam mulut dan ada ulser. Kami pun terus bawa dia ke klinik 1 Malaysia kat belakang homestay je. Tapi doktor suruh terus ke klinik kesihatan Bandar Kota Bharu. Alhamdulillah cepat juga urusan kat sana sebab tak ramai pesakit. Mungkin juga sebab waktu petang dah Mahgrib. Doktor bagi ubat demam untuk tahan sakit dan abg beli ubat sapu di farmasi. Kesian Haikal...sebab kena tahan sakit ulser dalam mulut. Kami belikan air sejuk bagi dia kurang sakit.

Malam tu memang Haikal meragam juga tapi mungkin kurang sikit sakitnya sebab dah makan ubat. Tapi memang kesian tengok tepi-tepi mulut banyak naik lepuh-lepuh.

Hari pertama kena sakit kaki tangan mulut

Masa on the way nak balik ke Kedah..


Kesian Haikal


Aqil pun banyak meragam dan asyik bergaduh je bila main dengan Haziq...yang pening kepalanya ummi dan ayah...kesian juga pada abg sebab dah penat...lepastu anak-anak meragam lagi.

Esoknya pukul 4.30 pagi dah bangun sebab nak gerak balik ke Kedah pula hantar mak dan abah sebelum balik Putrajaya. Memang penat sangat perjalanan kali ni. Haikal tak sihat lagi.

Sambung lagi...

Bercuti seminggu (part 1)

Alhamdulillah masih diberi kesihatan dari Allah pada aku, suami dan anak-anak....

Terasa seminggu ni berlalu masa yang cukup panjang...minggu ini jugalah macam-macam ujian yang Allah bagi untuk aku sekeluarga di samping nikmat yang Allah bagi.

Bermula Jumaat 3 Oktober 2014 bersamaan 8 Zulhijjah 1435H...

Abg dah pun ambil cuti Jumaat tu sebab kami sekeluarga nak balik ke Kedah untuk berhari raya Aidil Adha di sana dan sebab nak buat aqiqah untuk Aqil Haziq dan Haikal...alhamdulillah aku dapat cuti separuh hari.. 

Pukul 2pm kami dah gerak untuk perjalanan...anak-anak memang seronok sangatlah....itulah nikmat balik kampung. Semua anak-anak sihat.  Kami sampai di Kedah pukul 9pm sebab ada juga traffic jam masa di highway... Alhamdulillah selamat...malam tu pun Aqil Haziq tidur lena mungkin sebab penat. Haikal pula ada juga meragam waktu malam nak susu dan mungkin badan dia penat.

Sabtu 4 Oktober 2014

Kami semua keluar berjalan ke Alor Setar untuk ke Pekan Rabu. Mak Abah pun ikut sama. Beli kopi 25 
bungkus dan kuih karas pesanan kak ipar.

Ahad 5 Oktober 2014 / 10 zulhijjah

Sepanjang malam memang hujan je...waktu siang pun hujan...abg pergi solat hari raya dengan mak abah. Anak-anak kat rumah pun takde buat apa-apa melainkan main dengan sepupu yang lain yang baru sampai.  Nak keluar berjalan pun hujan je. Tapi abg sempatlah juga bawa Haziq pergi masjid untuk tengok sembelih lembu yang kami buat aqiqah. Alhamdulillah selesai aqiqah untuk tiga orang anak. Petang tu kami sempatlah juga keluar jalan di Sungai Petani. Tapi Aqil pula nangis nak ikut sepupu yang lain keluar jalan. Jadi dia takdelah ikut pergi jalan di Pekan Sungai Petani. Malam tu aku pun siapkan barang untuk perjalanan ke Kelantan awal pagi esoknya sebab nak hantar pengantin iaitu paksu abg..

Bersambung.....

Aqil mengantuk  masa on the way balik ke Kedah

Haikal yang excited

Mengantuk sangat..
Muka sebelum tidur


Haziq sebelum tidur