Tuesday, July 30, 2013

Ke klinik

Semalam aku dah pun bawa haikal ke klinik untuk rawatan ruam susu di pipi haikal... alhamdulillah lepas guna krim dan mandian yang doktor cadangkan..ruam di pipi haikal dah mula kering..harap-harap lepas ni tak timbul lagi ruam susu tu...

Monday, July 29, 2013

Abg aqil balik putrajaya

Hari ini aqil kembali ke rumah ayah di putrajaya setelah 3 hari bermalam jumpa ummi dan adik-adik di kampung ni..
Abg hantar aqil pada petang khamis dan kembali ke putrjaya selepas berbuka puasa.. tengahari jumaat abg bergerak ke sungai petani, kedah dan bermalam di rumah mak dan abah. Abg ada urusan kerja di Alor Setar pada hari Sabtu..dan harini selepas sahur abg bergerak balik dari kedah terus ke n9 untuk jemput aqil bawa pulang ke putrajaya memandangkan sekolah aqil masoh belum mula bercuti untuk hari raya. Aqil juga ada temujanji doktor di hospital putrajaya untuk pemeriksaan hidungnya pada hari rabu ini..
Aqil pun sudah faham dan pandai ikut ayah untuk balik ke putrajaya dan tiada lagi rengekan dan tangisannya untuk tidak mahu ikut ayah.. takpelah aqil..minggu ini minggu terakhir persekolahan aqil..minggu depan aqil sudah mula cuti sekolah dan hari raya..lama juga cuti nanti..abg pun sudah ambil seminggu cuti selepas raya untuk pulang beraya di Kedah..
Tinggal 5 hari lagi tempoh berpantangku akan habis..aku juga masih belum boleh berpuasa...hari ini sudah masuk 19 Ramadhan..alhamdulillah dengan bantuan mak dan ayah untuk bantu jaga anak-anak semasa aku dalam pantang ni..sudah cukup mengurangkan beban aku yang masih lemah sewaktu masa mula-mula bersalin..
Abg juga telah banyak membantu aku dengan membawa aqil untuk duduk bersama di putrajaya kerana memandangkan dirinya yang terlalu aktif dan lasak...dan yang paling penting..aqil perlu ke sekolah..sayang kalau aqil selalu tidak hadir ke sekolah dan banyak ketinggalan dengan kawan-kawannya di sekolah..abg jugaklah yang setiap hari berulang alik ke hospital semasa aku di tahan wad selepas melahirkan haikal..kena jaga anak-anak lagi yang tengah lasak bermain...sekarang pula berulang alik setiap minggu ke kampung...alhamdulillah ada suami yang tahu tanggungjawab dan mahu bertolak ansur dalam urusan keluarga dan menjaga anak-anak..



Sunday, July 28, 2013

Ruam susu

Inila perkara yang merisaukan aku saat ini tentang haikal..sudah seminggu sejak muka dia ditumbuhi ruam panas..mula-mula aku perasan yang banyak naik ruam di kepala dan belakang kepala dia...mungkin sebab dia peluh dan panas sebab baring...tapi hari demi hari mula naik ruam di pipi haikal..dan harini ruam makin teruk di pipi haikal..nampak makin kasar dan panas sahaja bila disentuh pipinya..kesian haikal...
Setakat ni aku dah cuba sapu minyak kelapa dara di pipinya..tapi nampak makin merah dan naik ruam di bahagian lain di pipinya..harini cuba sapu tepung ubi pula.. nampak kering sikit tapi sebab dia memang menyusu dan susu melekat di pipi..agak susah juga nak kering ruam tu... harap-harap sembuhlah ruam di pipi haikal..

Friday, July 19, 2013

Penangguhan diluluskan

Alhamdulillah..syukur pada Allah...hari ini pihak JPA telah memberi maklum balas email aku berkenaan penangguhan tarikh lapor diri.. alhamdulillah permohonan aku telah diluluskan untuk aku teruskan cuti bersalin aku yang berbaki sebulan lagi sehingga 23 September 2013.. cuma masih ada kekurangan yang aku perlu terima bila lambat melapor diri...tarikh lantikan aku tak sama macam yang lain dan kenaikan pangkat pun akan jadi lambat... takpelah...bila dapat jaga anak sampai umur 3 bulan pun alhamdulillah...rasa kesian bila nak hantar anak umur 2 bulan ke nurseri.. lagipun tempat nak letak Haikal pun belum jumpa lagi..mudah-mudahan ada rezeki untuk Haikal dapat tempat yang baik semasa ummi bekerja nanti...
Alhamdulillah rezeki anak juga aku dapat pekerjaan tetap...

Thursday, July 18, 2013

Hari pertama

Hari ini percubaan pertama memberi susu menggunakan botol susu untuk Haikal.. hari ini usia haikal masuk 27 hari.. memandangkan usia haikal akan memasuki sebulan..jadi bolehlah diajar menggunakan botol susu.. 
Haikal minum hanya 1oz buat permulaan kemudian dia tidur semula...waktu siang adalah waktu marathon haikal untuk tidur sebanyak-banyaknya. Bila tengah malam dia akan berjaga dan merengek..huhu...ummi memang kena sabarlah banyak-banyak bila tak cukup tidur...

Haziq pula dah pandai nak kacau adik dia..mungkin dia nak ajak main sebab dia boring main seorang diri sebab Aqil ikut ayah dia balik Putrajaya dan sekolah...

Hari ini pula Aqil ikut ayah dia ke Johor Bharu dan terus balik ke kampung...cuti lagi la Aqil...



Thursday, July 11, 2013

Day 20 of life

Hari ini Haikal berusia 20 hari... pagi tadi ada nurse datang ke rumah untuk timbang Haikal.. alhamdulillah berat Haikal naik 1kg berbanding hari ke 10. Tadi timbang berat Haikal dah 4.5kg.. nurse pun cakap yang kuning Haikal dah hilang... cuma najis masih lagi warna kuning. Belum tukar warna... alhamdulillah berkat susu ibu mudah-mudahan Haikal membesar dengan sihat..
Hari ini hari ke 2 umat Islam berpuasa... Aqil ke sekolah macam biasa hari ini...tapi dia minta ayahnya ambil awal. Nasib dia baik hari ni bila ayah janji nak ambil awal dan duduk di pejabat ayah.

Wednesday, July 10, 2013

1 Ramadhan

Hari ini umat Islam mula berpuasa..hari ini hari ke 19 aku berpantang..jadinya aku berpantang di bulan puasa..terpaksalah aku menggantikan puasa yang aku tinggalkan sepanjang bulan Ramadhan ni...kesian abg terpaksa berbuka dan bersahur keseoranganlah untuk tahun ini...
Alhamdulillah abg dapat balik untuk bersahur di kampung...abg bercuti selama 2 hari untuk selesaikan pendaftaran kelahiran Haikal di Jabatan Pendaftaran di Bahau. Hari Ahad lepas sebenarnya Aqil menangis nak ikut ayahnya balik ke Putrajaya. Jadi akhirnya dia pun ikut ayah balik dan sempat bersekolah sehari. Selasa dan Rabu balik ke kampung untuk berpuasa di kampung dan hari ini ikut kembali ayah balik..
Alhamdulillah dia nak juga ikut setelah dipujuk untuk beli mainan baru. Aku sebenarnya mahu dia ke sekolah dan kesian kalau dia selalu tak hadir ke sekolah dan banyak tertinggal pelajaran.. ujian sebelum ni pun banyak yang dia tak dapat jawab.. memang aku dan abg akui, aqil masih belum dapat menguasai kemahiran membaca.. mudah-mudahan Allah mempermudahkan dia untuk menerima pelajaran..kesian kalau terlalu memaksa dia untuk belajar..

Saturday, July 6, 2013

Perjalanan hidup ini bukannya mudah..

Sesungguhnya kita hanya mampu merancang..Allah juga merancang...perancangan Allah la yang terbaik..
Aku redha dan belajar untuk menerima hakikat bahawa bukan semua yang kita rancang akan menjadi...
Hari ini masuk hari ke 15 tempoh berpantang aku...aku masih di kampung menghabiskan tempoh berpantang dan cuti bersalin aku yang sepatutnya 3 bulan bersama anak-anak...
Berita yang baru kuterima 3 hari lepas sekaligus merubah perancangan aku yang mahu duduk berehat di kampung sehingga selepas hari raya...cuti bersalin yang asalnya 3 bulan akan aku gunakan untuk beberapa urusan kerjaku..
Baru-baru ini aku telah mendapat surat panggilan kursus kerana aku baru mendapat tawaran tetap untuk jawatan kontrak ku sekarang. Alhamdulillah Allah permudahkan aku untuk mendapat pekerjaan tetap. Itupun setelah 3 orang anak..
Kursus pengenalan akan diadakan di sungkai, perak. Pada masa itu memang aku dalam waktu cuti bersalin. Kira-kira hari ke 52..kursus pula 7 hari...agak mengejutkan dan merisaukan juga aku pada mulanya..bermacam-macam perkara yang aku fikirkan...bagaimana dengan anak kecil ku yang baru berusia 52 hari..macamana hendak menguruskan susu yang mahu ku perah sepanjang kursus...bermacam-macam perkara yang aku fikirkan.. aku cuba juga mancari maklumat di internet tentang pengurusan stok susu semasa kursus dan aku berusaha untuk memahaminya untuk dilakukan nanti.. aku harap aku bersedia melakukannya nanti..
Abg juga terpaksa meminta bantuan mak dan abah dari kedah untuk menemaninya dan anak-anak semasa aku berkursus nanti iaitu pada hari ke 5 hari raya..
Banyak urusan yang perlu dilakukan seperti pemeriksaan kesihatan, akuan bersumpah, lengkapkan borang-borang dan lain-lain..
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan...

Wednesday, July 3, 2013

Ambil darah lagi..

Pagi tadi selepas nurse di klinik desa datang rumah dan selepas aku selesai berurut..tugas seterusnya adalah membawa haikal ke klinik kesihatan untuk cek darah haikal..jaundisnya masih belum hilang ...tapi alhamdulillah bacaan dah berkurang di bawah paras 200...2 hari lagi aku kena bawa haikal semula ke klinik untuk cek semula... insyaAllah kalau lepas ni bacaan darah turun lagi jadi tak perlu ulang lagi..
Haziq dan aqil hari ni banyak main bersama dan kurang bergaduh..bangun tidur je dah bergumpal-gumpal berdua dengan selimut dan toto...setiap pagi mereka akan makan scott emulsion..semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat mereka..




Monday, July 1, 2013

Appointment di hospital

Pagi tadi aku, mak dan haikal pergi ke hospital untuk appointment aku di klinik pakar O&G..sebab minggu lepas aku dah keluar wad awal...jadi kenalah recheck kat hospital selepas seminggu... aqil dan haziq duduk di rumah ditemani paksu..

Tunggu jumpa doktor punyalah lama..selepas 2jam setengah baru nama aku dipanggil. Itupun lepas aku jumpa nurse tanya giliran aku.. ikutkan hati nak je balik terus..tapi lepas jumpa nurse terus nurse kata lepasni giliran aku..itupun kena tunggu setengah jam juga..rupanya hari isnin ada 2 orang doktor sahaja. Giliran pun ikut siapa yang datang dulu...

Selepas ke hospital, aku bawa haikal ke klinik kesihatan pula untuk ambil darah sebab jaundis..alhamdulillah bacaan darah haikal turun ke 222 berbanding 2 hari lepas 258..dalam setengah jam dah siap checkup di klinik..

Petang pula kami semua gerak balik ke kampung untuk aku meneruskan berpantang di sana..berpantang dengan 3 hero...huhu.memang amat memenatkan... moga tempoh berpantang ini akan berakhir dengan selamat...amin.. lg 10 hari akan datangnya Ramadhan..nampaknya aku kena ganti puasa yang banyak tahun ini.. apapun redha ke la..