Sunday, June 30, 2013

Haikal hari ke 9

Masa ni haikal dah bangun tidur setelah tidur dari pagi hingga ke petang..menyusu pun sudah..jadi dia baik dan senyap je.. haziq pula dah tidur..cuma aqil je taknak tidur siang...
Abg pula baru bertolak ke johor bharu untuk 5 hari..outstation lagi..selepas ini anak-anak akan jumpa ayahnya seminggu sekali sehinggalah habis pantang..

Saturday, June 29, 2013

Anak-anak

Ragam anak-anak di petang sabtu.. masa ni tengah elok main dan tak gaduh.. hari ini kami tak kemana-mana..menghabiskan masa di rumah sahaja..rumah pun dah jadi macam kapal pecah..

Friday, June 28, 2013

Hari ke 7

Alhamdulillah, hari ini anak ketiga kami dah berusia 7 hari.. hari ini juga kami telah menamakannya MUHAMMAD HAIKAL yang bermaksud Yang Terpuji, pohon yang besar dan subur. Nama yang diberi oleh tok dan tokwan..
Hari ini juga Haikal telah ditahnik oleh ayahnya sendiri dan dicukur rambut..alhamdulillah..baby kali ni memang banyak tidur dan tak banyak ragam.. menangis bila lapar je.. tapi yang merisaukan sebab baby ada jaundis..
Semalam kami dah ke klinik kesihatan dan bacaan kuning Haikal agak tinggi 289. Hari ini lagi sekali kami ke klinik dan alhamdulillah bacaan kuningnya dan turun ke 259.. tapi masih tinggi..cuma tak payah masuk wad dan letak bawah lampu..semoga  Haikal cepat sembuh..amin..
Bercerita tentang Aqil dan Haziq...
Haziq sekarang sudah pun pandai kencing di tandas..mungkin banyak dipengaruhi abangnya..alhamdulillah dipermudahkan..tahun depan dah boleh hantar ke sekolah..
Aqil pula memang suka dengan baby baru ni..sampai geram-geram tapi dia agak kasar.. takut juga bila tinggalkan haikal..dengan Aqil dan Haziq yang suka menjerit lagi...
Isnin ni sekali lagi aku akan ke hospital untuk pemeriksaan doktor.. abang pula akan ke johor ada urusan kerja pada hari ahad.. mudah-mudahan Allah permudahkan urusan ku dan anak-anak semasa ketiadaan ayahnya..huhu..mampukah aku nak berhadapan dengan karenah anak-anak dengan keadaan kesihatan yang lemah ni.. rasa tak terdaya dan tiada kekuatan..isnin ni selepas hospital, kena bawa haikal ke klinik pula untuk cek kuning.. insyaAllah lepas tu memang rancang nak balik kampung dan berpantang di sana sepanjang bulan puasa yang akan datang ni..

Tuesday, June 25, 2013

Kelahiran ahli baru dalam keluarga kami

Alhamdulillah syukur pada Allah..
Aku telahpun selamat melahirkan anak ketiga pada 22 Jun 2014 bersamaan hari Sabtu pada jam 3.21pm..baby kali ini bersalin normal sama macam abang-abangnya dan ini adalah anak lelaki ketiga dalam keluarga kami..tak kisahlah walaupun belum ada rezeki perempuan.. Bagi aku dapat melahirkan  anak dengan selamat dan sihat sudah cukup baik..

Subhanallah anak ketiga kali ini lahir pada tarikh yang sama macam anak kedua ku, Haziq.. Siapa boleh jangka yang tarikh lahir yang sama..gembira pun ada..bukan senang boleh dapat tarikh lahir yang sama...alhamdulillah..tapi yang buat aku rasa sedih bila hari jadi Haziq kami tak dapat sambut dengan suasana yang menyeronokkan.. Kesian Haziq bila beria-ia nak beli dan makan kek, tapi ummi pula tengah menahan sakit nak bersalin...huhu.. Rasa sedih dan sayu sangat hati ini bila tengok balik gambar-gambar yang dia tiup lilin, potong kek..semua paksu yang uruskan... Bagi aku, anak-anak kecil ni bila sebut harijadi mesti ada kek...itulah agaknya yang terjadi pada Haziq dan Aqil..sebab mereka dah tengok suasana sambut harijadi di Taska dan Tadika macm tu..

Hari ni dah hari ke empat aku bersalin, tapi aku dan anak masih belum boleh keluar wad sebab doktor pakar masih nak memantau keadaan aku yang ada masalah jantung kelas 1. Bagi aku memang aku takde langsung rasa apa-apa masalah jantung..kecewa juga bila doktor pakar tambah lagi 2 hari kena duduk di hospital..tapi aku terpaksa dan tiada pilihan.. Selama itulah aku belum boleh berjumpa lagi dengan Aqil dan Haziq..sebab kanak-kanak tak boleh melawat di wad pula..kesian anak-anak..tapi alhamdulillah mereka sihat dan paksu ada boleh jaga mereka sementara ayahnya ke hospital menghantar barang-barang pada aku..tapi..perasaan risau tetap ada..hanya Allah yang boleh memelihara mereka sebaik-baiknya..

Baru lepas cukur rambut dan tahnik oleh abg

Wednesday, June 19, 2013

Ke klinik kesihatan

Pagi tadi ke klinik kesihatan untuk check up minggu ke 37..alhamdulillah setakat ni tekanan darah dan berat semua ok.. Yang bestnya minggu ni la check up paling cepat..dalam masa 40 minit dah siap.. Tak perlu ambil darah dan tak perlu berjumpa doktor.. Kalau tak..sampai 2 jam lebih juga menunggu sehingga selesai semua..

Alhamdulillah..hari ini kesihatan aku baik-baik sahaja..bermula malam semalam dan seharian aku menanggung sakit perut dan cirit birit.. Bermula tengah malam sehingga ke pagi aku tak dapat tidur dengan nyenyak sebab diserang sakit perut ni.. Mula la fikir dah nak bersalin ke..tapi kontraksi tak makin kuat dan hilang..rupanya itulah yang orang selalu kata kontraksi palsu.. Sebelum ni aku tak pernah laluinya walaupun kali ini mengandung anak ketiga..tapi ini pengalaman baru buat aku.. Bilalah agaknya nak keluar anak ni.. Hanya Allah yang tahu..

Sekarang ni setiap malam abg akan buatkan susu untuk anak-anak.. Aqil dan Haziq memang banyak minum susu waktu malam.. Haziq pula suka mengigau dan menangis waktu tidur.. Memang pening kepala ummi dan ayah malam-malam..tapi biasalah anak kecil ni.. Aqil dulu pun lagi teruk dari tu..hanya sabar je la...kadang-kadang hilang juga sabar..TERmarah dan TERpukul juga anak-anak ni bila meragam..tapi kena pujuk la lepas tu.. 

Tak dinafikan aku memang selalu hilang sabar dengan karenah anak-anak.. Selalu marahkan anak-anak dan tambah aku marah bila anak-anak menangis dan meragam tak tau punca.. Tiba-tiba menangis dan meragam..mula lah aku pun angin naik ke kepala..kitapun dah start nak marah.. Tapi memang ada waktunya anak- anak ni bila kita cakap elok-elok takkan dengar cakap kita..tapi ada waktu nak kena cakap baik-baik dan lembut baru nak dengar cakap..memang nak membesarkan anak-anak ni perlukan kesabaran yang tinggi...mudah-mudahan Allah memberikan kesabaran yang tinggi buat aku...

Alhamdulillah di usia 4 tahun 6 bulan  Aqil dah pandai ke tandas untuk kencing dan buang air besar.. Mungkin anak orang lain lebih awal dari tu.. tapi sekurang-kurangnya aku bersyukur akhirnya Aqil boleh juga membiasakan diri ke tandas..Cuma malam-malam je la yang masih pakai pampers.. Kadang-kadang je yang dia akan bangun ke tandas untuk kencing waktu malam.. Selalumya dia akan kencing di pampers dan memang selalu akan basah toto dan selimut dia sebab kencing yang banyak..lepas ni turn Haziq pula nak diajar.. Haziq pun dan masuk umur 3 tahun...


Monday, June 17, 2013

Minggu ke 37

Alhamdulillah hari ini dah masuk minggu ke 37 kandungan aku..hari ini aku masih bekerja seperti biasa..cuma Haziq kurang sihat kerana demam..mujur ayahnya boleh ambil cuti menjaga Haziq.. Dan Aqil pun hari ini tak meragam nak pergi sekolah.. Mungkin Aqil dah faham yang kalau demam tak perlu ke sekolah.. Haziq pun secara tak langsung mula memahami yang kalau dia demam tak perlu ke sekolah dan cuti duduk di rumah...seronok betul anak-anak bila cuti dan tak perlu ke sekolah.. Belum sekolah rendah lagi..tapi dah seronok kalau tau cuti..

Sabtu lepas kami sempat bermalam di hotel Grand Bluewave Shah Alam..itupun sebab abg ditugaskan menjadi penyambut tetamu vvip untuk majlis perkahwinan anak kepada staff.. Dapatlah kami menumpang sama duduk di hotel..anak-anaklah yang paling seronok bila dapat duduk di hotel..tapi kami bermalam selama 1malam dan balik ke rumah keesokkan paginya.. Itupun dah cukup seronok bila dapat tidur dan sarapan di hotel..

Semoga Haziq cepat sihat dan esok boleh ke sekolah seperti biasa..dia cuma demam biasa dan tiada batuk dan selesema.. Kali terakhir dia demam adalah 3 minggu lepas..itupun dia demam sebab kena chicken pox...berjangkit dari Aqil yang kena chicken pox dahulu..2 minggu lepas kami sekeluarga memang diuji dengan demam..bermula dengan Haziq, lepas tu aku pula dan ambil MC selama 2 hari.. Lepastu Aqil pula dan akhir sekali ayahnya turut demam..sehingga aku terpaksa menghabiskan kira-kira 5 hari cuti yang aku ada...takpelah..yang penting alhamdulillah Allah masih memberi kami kesihatan yang baik sekarang.. Ujian yang datang hanyalah sementara...cuma kita yang perlu bersabar mengharungi dugaan yang datang..semuanya tetap akan beralu...

Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan kelahiran anak ku nanti..amin..


Friday, June 14, 2013

Setahun berlalu..

Sudah setahun berlalu di saat tulisan terakhir yang pernah aku tulis sebelum ini.. Hari ni baru terasa tangan ini rajin hendak menulis semula tentang catatan kehidupan sekarang ini..

Alhamdulillah Allah masih meminjamkan nyawa, nafas dan iman untuk meneruskan kehidupan mendatang..di saat ramai insan-insan lain ada yang telah dipanggil menghadap tuhan, aku dan keluargaku masih lagi dipanjangkan umur dan diberi nikmat kesihatan.. Syukur pada Allah dan doaku semoga umur yang panjang ini dapat digunakan sebaik-baiknya untuk kebaikan...amiin...

Alhamdulillah..aku bakal melahirkan anak ketiga tidak lama lagi..sekarang sudah 37 minggu aku mengandungkan anak ketiga..alhamdulillah..kedua-dua anakku sekarang ini membesar dengan sihat dan cergas walaupun sakit kadang-kadang selalu sahaja menziarahi mereka..aku dan suami seringkali diuji dengan anak-anak yang demam, batuk dan selsema yang silih berganti..namun alhamdulillah..nikmat sihat buat anak-anak cukup menyenangkan dan melegakan...alhamdulillah..  

Muhammad Aqil (anak yang sulung) kini berusia 4 tahun 6 bulan manakala Muhammad Haziq (anak kedua) berumur 3 tahun... Aqil kini telah bersekolah bermula awal tahun 2013 di Tadika Nasyrah..haziq pula duduk di Taska Bonda Mama Bermula sewaktu aku bekerja semula hampir 4 bulan yang lepas.. Hampir 2 tahun aku menjadi surirumah setelah kontrak kerja ku tamat pada tahun 2010 dahulu..alhamdulillah aku masih diberikan rezeki kerja untuk meneruskan kehidupan dan membantu kewangan keluarga kecil kami..

Tahun 2013 telah banyak merubah kehidupan keluarga kami berempat.. Aku dahulunya hanya seorang surirumah yang menguruskan rumah dan anak-anak...kini telahpun bekerja tetap dalam kerajaan.. manakala anak-anak pula telah ke sekolah dan taska dan keluarga kami bakal bertambah ahli baru tidak lama lagi..alhamdulillah.. Buat masa ini kami telah menetap di kuarters kerajaan di putrajaya..telah dua tahun lebih kami menetap di rumah ini..alhamdulillah..

Itulah sedikit perkembangan hidupku buat masa ini..InsyaAllah aku akan menulis lagi tentang catatan harian kehidupanku di blog ini...