Friday, April 30, 2010

petang Jumaat...

huhu..aku sampai-sampai je sekolah pas rehat tengahari jumaat ni tadi, budak-budak dah ramai yang menunggu kat pintu bilik ni..lebih kurang 9 orang lah jugak..diorang semua ni takde keje lain sebab nak surf internet, nak bukak facebook n myspace...aii..zaman diorang dah ada semua ni..tinggal nak or tak nak datang guna je...zaman aku dulu nak surf internet punya susah..rezeki diorang la..

tadi balik tengahari sempatlah bagi aqil nyusu..bagi dia makan nasi..itu pun makan nasi sikit je..badan pun kurus je..dah tu terlampaulah aktif bermain..melompat sana, melompat sini..berlari-lari..sepak-sepak bola....hmm..penat jaga budak yang tengah nak membesar ni..

harini abg balik kg awal la sikit..kalau tak malam baru nak balik, pastu sangkutlah kat highway seremban tu..kali ni balik awal pun sebab tak nak sangkut dalam jam la..semoga abg selamat sampai ke kg..

Lapar sangat..=)

alhamdulilah, kenyang perut..baru pas makan kat kantin sekolah..pagi tadi tak sempat sarapan kat rumah..lapar sangat..sampai-sampai kantin kakak yang jaga tu cakap ada nasi ayam..aku pun apa lagi..makanlah...bukan senang nak makan nasi ayam..tu yang makan je panas-panas tu..hehe..=)ikutkan baru je pukul 9pagi..tapi dah melantak nasi ayam macam makan tengahari tuuu..takpelah..yang penting kenyang..ubat pun dah makan...=)

pagi tadi pergi kerja, aqil tak bangun lagi..dia susah betul nak bangun pagi..nasib baik mak tak kerja boleh jaga aqil dan aqil pun boleh bangun lambat..tu la..tidur lambat..bangun pun lambatla...dia memang tak boleh tidur awal..agaknya dah banyak tidur siang kat rumah pengasuh..

alhamdulilah, seronoknya abg nak balik hari ni..dapatlah aqil jumpa ayah dia..tapi hari ahad abg pergi johor pulak outstation..sekejap je la pun dapat jumpa abg..

alhamdulilah, semalam dah pergi check up kat klinik desa..alhamdulilah takde masalah apa..cuma sekarang ni dah start nak kena catat carta gerak anak setiap hari sampai hari bersalin..ehm..ikutkan hati malas je nak catat..tapi tengokla..setakat mana yang mampu aku catat..=)

berat tak naik lagi..still 55kg sama macam 2 minggu lepas..tapi tak kisahlah..nurse pun cakap hari tu aku dah naik terlampau banyak..baru 7 bulan dah naik sampai 9kg..

Thursday, April 29, 2010

catatan 31 minggu..




Inilah gaya rambut aqil sewaktu berumur 6 bulan..kat bahagian bawah tu memang licin je..tak sempat rambut baru nak baik, mesti dah habis gugur sebab aqil suka geleng-gelengkan kepala dia kat bantal time baring..masa dia dah start meniarap baru rambut dia tumbuh sikit-sikit..


Petang ni aku akan ke klinik desa seperti biasa untuk pemeriksaan ibu mengandung..sekejap je rasa dah pun masuk 31 minggu..minggu depan masuk lapan bulan..harapan dan doaku semoga kandunganku tidak bermasalah..

harini terasa cepat letih pula..kepala pun rasa pening je..kenapa ntah..malam tadi bangun buat susu aqil pun kepala rasa berpusing-pusing sebab pening..last-last kejut mak minta tolong buatkan susu aqil..

Aqil ni plak malam-malam kalau tidur..pastu bangun nak nyusu bukannya buka mata..tau nangis je dan mulut dia bersumbat botol susu..selagi tak sumbat susu, dia akan menangis la.. pegang botol sendiri pun dia tak nak lagi...ehm..susah jugak kalau dah ada adik dia nanti..macamna la aku nak buat agaknya..
Malam-malam pun susah tidur..jangan haraplah dia nak tidur sendiri..setiap hari mesti kena paksa tidur masuk buai..kalau tak, dia akan main sampai tengah malam..Aqil..Aqil..kalau ikut cakap orang memang pandai..pandai cakaplah katakan..macam-macam gelagat aqil...geli hati kadang-kadang bila tengok gaya dia..semua orang buat dia nak tiru..=)

Tips bercinta sampai syurga..


  • Dahulukan hak Allah daripada hak pasangan kita.
  • Sentiasa bekerjasama untuk membuat kebaikan dalam rumah tangga dan masyarakat.
  • Sama-sama saling ingat mengingatkan agar menjauhi kemungkaran.
  • Rela berkorban kesenangan sesama pasangan demi bakti sesama manusia.
  • Berdoa dan bersedekah sebagai wasilah mengekalkan cinta.


Wednesday, April 28, 2010

Wanita dan Kerjaya



Bukanlah satu tugas yang mudah apabila semuanya perlu dilakukan serentak, sebagai isteri, ibu dan mempunyai kerjaya. Pengurusan masa, kecekalan hati, kekuatan semangat menjadikan wanita itu hebat (masyaAllah) dan serba boleh. Samada berkerjaya atau tidak, tidak hairanlah wanita itu mempunyai martabat yang tinggi dan mulia di sisi Islam.Mengapa Saya Bekerja? Kali ini, koleksi cerita yang terdapat dalam buku ini lebih fokus kepada kaum hawa. Pelbagai dilema yang dihadapi dalam memilih bidang kerjaya. Samada bekerja di luar rumah ataupun sebagai suri rumah tangga sepenuh masa.


Ada yang berpendapat, wanita tidak patut duduk di rumah sekiranya mereka ini berjaya memiliki segulung ijazah. Namun, ada juga yang berpendapat sebaliknya. Saudara pula bagaimana?Sebenarnya, kerjaya adalah periuk nasi bagi sesetengah individu yang mementingkan kerjaya. Wang ringgit tidak hanya datang bergolek tanpa sebarang usaha. Mengapa kita perlu bekerja? Mampukah kita hidup di dunia yang segala-galanya memerlukan wang ini sekiranya tidak bekerja. Namun, kerja menjadi lebih murni apabila disertakan dengan niat semata-mata kerana Allah. Kita hanya berusaha, namun Allah jua yang menentukan banyak mana rezeki yang dapat diberikan kepada hambaNya.



Memilih menjadi suri rumah bukanlah disebabkan individu tidak mampu ataupun tidak layak memilih bidang kerjaya. Kemungkinan individu yang sudah berumah tangga memilih jalan ini memikirkan masa hadapan anak-anak dan suami. Mereka tidak yakin ataupun percaya pada pengasuh dan orang gaji. Tambahan pula bermacam-macam cerita yang sering kita dengar kebelakangan ini seperti orang gaji lari, kes dera anak majikan dan pelbagai lagi cerita negatif yang tidak enak didengar dan boleh mendatangkan fobia apabila mendengarnya. Itu baru kes anak-anak, risau pula sekiranya terjadi sesuatu kepada suami.



Sama ada wanita itu bekerja ataupun tidak, bukanlah isu utama dalam meneruskan kehidupan. Ini bergantung pada kemampuan dan kehendak masing-masing. Setiap individu mempunyai pendapatnya tersendiri. Namun, berbekalkan pengalaman suka duka yang diceritakan secara santai dalam buku ini memberi input kepada saudara bagi meletakkan saudara dalam bidang yang mana. Bekerja ataupun tidak bekerja?



Petikan dari buku "Mengapa Saya bekerja......"



Pra kata dari editor.



Saya seorang wanita Islam yang berkerjaya. Suka dan duka yang saya telah lalui mewarnai hidup saya yang diharungi pelbagai kerjaya di bidang kejuruteraan. Mengapa saya memilih bidang kejuruteraan ini telah saya tulis dalam buku pertama saya, 'Bagaimana akhirnya saya bertudung' keluaran PTS.



Dalam masa lebih 20 tahun ini, saya telah bekerja sebagai pembantu teknik, pensyarah universiti, penyelidik, jurutera tapak/jurutera projek, usahawan, pengurus dan pengarah projek dan pengarah dalam syarikat jurutera perunding. Selama lebih 20 tahun berkecimpung dalam kerjaya ini, inilah cerita benar saya, namun banyak lagi kisah benar mengenai wanita Islam bekerjaya yang lain. Mereka merasa bahagia untuk berkongsi pengalaman, wawasan, kisah suka duka mereka yang di paparkan dalam buku ini.



Saya kumpulkan kisah benar mereka melalui hasil penulisan mereka, soal selidik dalam perbualan telefon, sessi temubual empat mata, 'chat on line' dan juga e-mail.



"Apakah yang sangat penting dalam kehidupan wanita yang berkerjaya?” saya kerapkali bertanya kepada mereka.
"Apakah agaknya yang patut saudari ketahui semasa memulakan hari hari pertama di alam pekerjaan?"
"Apakah agaknya nasihat yang saudari akan berikan kepada anak gadis saudari sebaik sahaja dia bergraduat dari universiti untuk memasuki alam pekerjaan?"
"Apakah agaknya strategi, cadangan, tip-tip wanita Islam bekerjaya dalam menghadapi cabaran dan ujian dalam mengimbangi kehidupan di tempat kerja dan di rumah".



Paparan dalam buku ini saya susun dari pelbagai maklumbalas yang saya kutip dari wanita yang bekerja dalam pelbagai bidang kehidupan. Mereka terdiri dari pengurus rumahtangga sepenuh masa, kerani, setiausaha, pembantu peribadi, jurutera, doktor, akauntan, penulis, pensyarah, guru, pakar psikiatri yang sangat seronok dan bersemangat untuk berkongsi apa yang mereka lalui dan harungi.



Apa yang mengejutkan saya ialah ‘tema’ yang serupa diberikan oleh mereka, samada tua ataupun muda, dari berbagai latarbelakang kerjaya atau di lokasi mana mereka berada.



Jawapan mereka ialah, "Kita semua mesti ada mentor".
"Kita semua mesti ada kumpulan sokongan, samada suami, anak anak, ibu bapa atau keluarga terdekat".
"Ingat, kita bukan superwomen".
"Kita tidak boleh dapat semua yang kita mahu".
"Kita tidak boleh buat semua kerja".
"Kita tidak boleh puaskan hati semua orang".
"Kita perlu memilih medan juang kita dan tentukan keutamaan kita. Ini juga bermaksud kita perlu tahu mana yang perlu didahulukan, mana yang perlu diambil atau di tinggalkan".



Malah ramai wanita wanita yang berjaya mengecap makna ‘kebahagian’ bukan dalam arti kata kebahagian yang diukur dari kejayaan dalam kerjaya, seperti kenaikan pangkat melintang atau menegak, gaji yang lumayan, kerjaya yang mantap atau rumah yang hebat.



Ramai dari wanita ini merasakan semakin mereka berjaya dalam kerjaya mereka, semakin terasa kesunyian dan kehilangan. Mereka merasakan ‘kebahagian’ mereka terletak dalam rumah mereka yang penuh dengan gelak ketawa, suara ceria dan manja anak anak, senda gurau dan belaian suami dalam suasana mesra dan kasih sayang. Mereka sentiasa merindui masa masa bersama ahli keluarga, berkongsi melakukan kerja kerja rumah bersama, melayan hobi masing masing atau pun mengasah bakat bakat lama yang terpendam dan tertinggal.



Dalam menghadapi ‘kekejaman’ dunia pekerjaan yang tidak pernah diduga, wanita wanita teraniaya kerana dibuang kerja, mangsa pilih kasih, politik dan gangguan seksual di tempat kerja, pandangan serong dan chauvinisme, wanita ini menjumpai 'ketenangan' dirumah kecil mereka. Rumah merekalah syurga mereka.



Dalam perbualan dan pergaulan ini saya temui kemarahan, sakit hati, geram, menyampah, bosan dan kepahitan dalam kerjaya. Namun saya juga temui harapan yang menggunung, cita-cita dan wawasan jangka panjang untuk membina generasi, dalam kekuatan diri yang tersembunyi. Saya temui rasa hormat diri atau izzah, kasih sayang, pengorbanan dan kejujuran.



Wanita ini berkongsi ‘tujuan’ matlamat yang sama, menolong wanita lain agar tidak mengulang kesalahan yang sama yang dilakukan wanita terdahulu. Dengan penulisan buku ini saya harapkan dapat memberi makna sesuatu utnuk wanita samada mereka memih untuk bekerja di dalam rumah atau diluar rumah.



Apa yang saya pelajari dari pengumpulan buku ini ialah memberi harapan kepada dunia perkerjaan wanita yang lebih sihat untuk diwarisi oleh anak anak perempuan saya apabila mereka dewasa kelak.Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh wanita yang berkerjaya.
Berapa banyak lagi stereotypes yang perlu di perbetulkan, berapa banyak lagi diskriminasi terhadap wanita yang perlu di buang jauh jauh, berapa banyak lagi penderaan dan gangguan seksual yang perlu di hapuskan.Apa pun yang kita hadapi dalam dunia pekerjaan, saya dapati kepuasan itu terdapat dalam perkataan ‘ikhlas’.



Apabila kita ikhlaskan hati dan niat kita. Kita akan jumpai kepuasan. Apabila kita puas kita akan rasa bahagia. Kebahagiaan akan tergambar diwajah yang akan menjelmakan senyuman. Senyuman yang kita berikan akan membahagiakan insan lain. Insan ini pula akan merasa kebahagiaan dan dikongsi oleh insan lain. Kebahagian akan menjalar dari satu insan kepada satu insan yang lain. Kita hanya mendambakan dan menyebarkan kebahagian kepada semua insan seluruh alam. Rahmatan lil alamin.

Thursday, April 22, 2010

Pandai ber'faceboook'..











gambar-gambar Aqil dan ayahnya..




sekarang ni abg dah pandai jugaklah ber'facebook'..ada kemajuanla..hehe..

kesian abg sensorang kat KL..tido pun kat asrama je..kadang-kadang je balik rumah sewa kat Bandar Tun Razak..lagipun tido kat asrama tu takdelah kalut nak pergi kerja..jalan kaki pun boleh kalau nak masuk ofis..

kesian jugak kat abg kena balik negeri sembilan tiap-tiap minggu..penat nak drive..tapi nak buat macamana..tuntutan kerja terpaksalah hidup berjauhan..kontrak kerja aku pun sampai hujung tahun ni..lepas tu baru boleh hidup bersama balik..tapi rezeki kerja aku pula tak tau kat mana lepas ni..macam ni lah..takde kerja tetap..

ehm..cuti bersalin aku cuma dapat 45 hari..pastu takde gaji..takpelah..dah kerja kontrak macam ni..kenalah terima..takut jugak nak menghadapi hari-hari nak bersalin ni.. ye la, dah la dok jauh dengan abg..nak kena jaga Aqil lagi..mampukah aku hadapinya???...

ya ALLAH..berilah aku kekuatan, ketabahan dan keimanan untuk menghadapi setiap ujianMU..

30 minggu




Aqil setahun 4 bulan


Alhamdulillah, hari ni masuk 30 minggu 1 hari kandungan ku..alhamdulilah, setakat ni takde masalah apa..kedudukan baby dalam perut pun dah normal..cuma sekarang ni aku kena semakin kuat dan tabah untuk melakukan aktiviti harian dan mengharungi hari-hari yang mendatang yang bakal meletihkan dan memenatkan badan..

setakat ni jantina baby masih tak tau lagi..aku pun tak dapat nak agak baby lelaki atau perempuan..tapi tak kisahlah..abg pun tak kisah..yang penting sihat dan takde masalah..

penat jugak rasa pagi ni sebab malam tadi Aqil tak tido nyenyak..sampai 5 botol susu dia minum sepanjang malam tadi..lapar agaknya dia..pagi tadi aku keluar pergi kerja pun dia tak bangun lagi..harini ayah hantar lambat sikitlah ke rumah cik nah..lagipun hujan, lambatlah ayah pergi kebun..tak tau la dia bangun tido ni nangis ke tak..alhamdulilah Aqil dah sihat dari demam dan ulser kat mulut dia..



Friday, April 16, 2010

Demam berkala..

Tahun 2010 ni sahaja dah banyak kali aqil demam..

awal tahun aqil demam panas sampai kena sawan demam dan masuk wad kat hospital sungai petani selama 1 hari..masa tu 3 Jan 2010..

3 jan 2010

10 hari lepas tu..aku berjaya dapat kerja selepas setahun jadi surirumah...jadi first-first masuk kerja dah kena pergi kursus seminggu..terpaksalah aku meninggalkan Aqil buat pertama kalinya..13hb Jan aqil start demam..mungkin sebab teringatkan ummi..risau jugak sebab takut aqil kena sawan lagi..alhamdulillah takde apa..tapi 1st time berpisah dengan Aqil..dia memang asyik nangis je la..minum susu pun tak na..kesian Aqil..aku pun tak tenang langsung masa kursus..risau sangat-sangat pada aqil..


13 jan 2010


selang sebulan..13hb Feb aqil demam lagi..alhamdulilah aqil demam tak lama..lepas sehari je terus baik..


13 feb 2010


selang sebulan lagi..13hb Mac aqil demam lagi..demam panas dan cirit birit..sampai nak kena sawan lagi..tapi tak kena..cuma dah ada tanda-tanda..demam kali ni lamalah jugak..dekat 6 hari baru hilang demam..tapi cirit birit sampai 9 hari..kesian aqil...ujian betul untuk aqil..




13 mac 2010

masuk bulan ke 4, 13hb April..aqil demam lagi..=( kali ni demam sebab sakit mulut..ada ulser dalam mulut aqil..makin lama makin banyak tumbuh ulser..kesian aqil..aku pun dah tak tau nak buat mcamna lagi..ada je ujian buat aqil..masuk harini dah 3 hari aqil demam ulser mulut..doktor kata mungkin suspek penyakit kaki, tangan dan mulut..harap2 aqil cepat sembuh dan sakit kali ni tak merbahaya..

13 April 2010

Semoga Aqil cepat sembuh..sementara nak membesar ni..anak-anak kecik memang kena perhatian lebih..didikan lagi..masih banyak lagi aku kena pelajari untuk mendidik dan membesarkan anak ni..semoga ALLAH memberi petunjuk dan kesabaran pada aku dalam mengharungi liku-liku hidup ni..

cerita tentang ibu mengandung


hari ni sempat jugakla aku menulis dalam blog ni..pagi tadi sempatlah berkongsi pengalaman dengan sorang kakak ni..dia cerita pasal pengalaman dia mengandung..terasa takut dan terkejut pun ada bila aku dengar cerita kakak ni..

dia cerita dia memang banyak masalah bila time mengandung...tak cukup dengan alahan..banyak kali bleeding plak tu..dia cerita masa kandungan masuk 4 bulan dia bleeding lagi.. dia pun pergi la check kat sebuah klinik ni..yang terkejutnya bila doktor tunjuk jantung baby dah tan bergerak..dia siap tunjuk lagi masa scan tu.. kakak tu punyalah terkejut dan sedih..tapi macam tak percaya..dia suruh doktor tu scan balik semula..


kali kedua scan pun doktor cakap jantung baby dah tak bergerak..dan doktor siap tanya lagi kat kakak tu bila nak cuci..sebab dia cakap tak elok simpan lama-lama dan boleh bagi kesan lain pulak sebab benda dah mati dalam badan...kakak tu still terkejut lagi..dia pun fikir-fikir balik rumah dulu..sebab doktor tu cakap ada masa selewat-lewatnya 3 hari..bila balik rumah..entah macam mana tergerak hati nak pergi klinik lain pulak sebab nak scan semula..nak confirmkan betul-betul..

punyalah berdebar bila scan kali ni..mana tau ada keajaiban ke..tapi sangat-sangat terkejut bila doktor cakap baby ok dan jantung pun bergera, baby normal macam biasa..punyala gembira kakak ni dan suaminya..rasa macam tak percaya pun ada..bila cerita kat doktor tu tentang scan semalam kat klinik lain, doktor pun ada cakap yang klinik tu memamg orang biasa datang untuk gugurkan kandungan..kalau kita datang dengan masalah dan tak tau apa puncanya..apa lagi..dia pun nak suruh gugurkan je la..sebab tu jue untung klinik tu..kos cuci rm250...tak campur kos ubat, pad lagi..memang untung la klinik tu..ya ALLAH..ada jugak klinik macam tu..bahaya sungguh..nasib baiklah ALLAH bagi petunjuk pada kakak tu..

subhanallah..aku tak pernah dengar cerita macam ni..tapi aku tak tau la apa kebenaranya, sebab doktor tu silap ke atau memang kuasa Tuhan..wallahualam..

Check up 29 minggu..











Semalam genap 29 minggu 1 hari kandungan aku kali ni..balik je dari klinik check aqil, terus bergegas ke klinik desa pulak untuk check kandungan aku..alhamdulilah, setakat ni berat, darah dan air kencing takde masalah..bila nurse check kandungan pun alhamdulilah, kepala baby dah pusing ke bawah..

minggu lepas scan kat klinik kesihatan dengan doktor memang doktor dah cakap kepala baby kat atas..maknanya songsang la..risau jugak aku..tapi doktor kata ada masa lagi sebelum 34 minggu untuk baby pusing-pusing dalam perut..=) alhamdulilah kepala dah kat bawah..=)

aku ada terbaca petua kalau baby songsang ni..memanglah tak digalakkan untuk mengurut.. tapi doktor ni ada bagi beberapa petua..antaranya:

1. banyakkan rukuk
2. banyakkan minum air zam zam
3. banyyakkan doa
4. banyakkan solat hajat

mungkin ada betulnya apa yang doktor ni cakap..dengan izin ALLAH jugak..pertolongan pun kita minta dari ALLAH jua..

tapi yang tak bestnya, minggu depan nurse suruh pergi jumpa doktor lagi kat klinik kesihatan sebab perut aku kecik..dah 29 minggu tapi tinggi rahim tak sampai..ehm..macam-macam..harap-harap nak bersalin nanti dah takde masalah.. baby dalam perut pun menendang kuat betul..sabar je la..tapi seronok je rasa time baby gerak-gerak dalam perut ni..terasa ada nyawa dalam perut kita ni..ye la sebab ada benda bergerak..itulah keagungan ALLAH..subhanallah..

pejam celik, pejam celik nanti..tengok-tengok..anak pun dah besar..jadi sudah semestinya aku pun semakin tua...dunia..dunia...memang persinggahan...

Aqil cari ayah..

Aqil cari ayah dia..masa ni ayah beli kasut kat central square sungai petani..

Jalan-jalan ke Kedah dan Penang

Cakap pasal jalan-jalan ni memamg seronok..hilang semua masalah dan hati rasa tenang je..tambah bila bersama orang-orang tersayang..=)

ni gambar-gambar sekitar jalan-jalan masa balik kedah 9hb - 12hb..


tunggu makan kat ampangan, seremban masa on the way balik jempol..


ni kat village mall, sungai petani..jalan-jalan cari jam sukan abg..




masa nak beli kasut abg..Aqil siap suggest kat ayah nak beli kasut mana...=)



kat pasar pagi sungai petani..cari lauk nak masak makn tengahari..



kat tesco sungai petani..jalan-jalan cari pampers dan susu aqil..baju sejuk yang aqil pakai tu baru je beli kat dalam tesco gak...


cari jam sukan kat kedai-kedai dalam tesco


cari jam sukan abg kat sunshine farlim, penang..last-last beli jam kat bahau je..


kat pantai penang..


sibuk mencari..


kat belakang tu..jambatan penang..


aqil dan ayah di tepi pantai kat penang..


Aqil yang demam




Dah 2 hari aqil tak sihat badan..sejak ayah dia balik KL hari selasa 2 hari lepas..malam tu aqil dah start tak cergas macam biasa..tak nak main dengan atuk dan nenek..badan makin lama pun makin panas..

macam biasalah bagi aqil makan ubat demam, tuam dengan kain basah..tengah malam, panas badan aqil dah kurang..tapi terpaksa berjaga dan tak boleh nak tido lena sangat takut suhu badan aqil naik terlampau panas..tak nak sejarah berulang sampai aqil kena sawan demam..=(

tapi yang peliknya malam tu dia tak nak minum susu langsung..aku buat sampai 3 botol dia tak minum..pagi aku nak pegi kerja baru perasan yang dalam mulut aqil ada ulser..kesian aqil..=(

balik kerja, cik nah (yang jaga aqil) cakap, aqil tak nak makan langsung..mesti sebab aqil sakit mulut..

petang tu aku terus bergegas ke hospital jempol bawa aqil sebab dia tak nak makan langsung..asyik nangis je..kot-kot la doktor boleh bagi ubat untuk sapu kat mulut dia..terpaksalah aku drive sorang-sorang bawa aqil..ujian betul..dah la kat hospital, ubat sapun pun doktor tak bagi..suh pegi ambil kat klinik esok plak...

malam hari rabu tu..aqil menangis tak berhenti..rupa-rupanya ulser dalam mulut aqil dah bertambah banyak...kesian aqil..nak makan pun tak boleh..minum susu pun dia tak nak..

pukul 1 pagi aku, mak dan adik bawa aqil ke klinik kat bahau..adalah jugak doktor bagi ubat sapu..sampai rumah aqil tido..tapi tak sampai sejam dia nangis balik..menangis tak henti-henti..terpaksalah aku call abg untuk balik kampung malam tu jugak..kesian abg terpaksa balik pukul 3 pagi..bukannya apa..aku sampai dah tak tau nak buat macamna sebab aqil menangis tak berhenti..mak, ayah, adik pun berjaga sebab aqil..kesian aqil nangis sebab tahan sakit ulser kat mulut dia..

semalam aku terpaksa ambil MC..bawa aqil ke klinik kesihatan, klinik swasta..semua bagi ubat yang sama..ubat demam untuk tahan sakit, ubat antibiotik dan krim sapu kat ulser dia..kesian aqil..

mlm tadi alhmdulilah boleh jugak aqil tidur lena sikit..tapi jaga pun minum air masak je..itu pun sikit je..malam still menangis lagi..tapi takde la nangis lama macam malam sebelum tu..kesian aqil..

pagi ni..abg lah yang jaga aqil..aku terpaksalah pergi kerje..tak best je rasa..tapi terpaksalah tinggalkan aqil..

harap-harap aqil akan cepat sembuh..kesian aqil tak boleh nak makan dan minum..

Ya Allah..kurniakanlah Aqil kesihatan yang baik..dan jauhkanlah dia dari sebarang penyakit berjangkit..sesungguhnya Engkaulah yang menyembuhkan penyakit dan ditanganMu la segala penawar..amin..

Tuesday, April 13, 2010

Cuti rehat

Harini dah kembali masuk ke sekolah.. tapi kepenatan yang teramat sgt masih lagi terasa
perjalanan jauh seharian dari pagi hingga ke malam untuk tiba ke destinasi dari kedah ke negeri sembilan..

alhamdulilah, aku sempat mengambil cuti rehat 2 hari..ditambah dengan cuti sabtu ahad..apa lagi..berjalan jauhla kami..ke sungai petani..rasanya dah 4 bulan tak balik kedah sejak aku start keje di negeri sembilan ni..

bertolak hari khamis jam 7 malam dari jempol ni..alhamdulilah, selamat sampai jam 2.30 pagi di rumah mak di sungai petani..kesian abg penat drive sensorang..aku plak nak kena jaga aqil kat seat belakang..

balik ke negeri sembilan pulak hari isnin jam 11.00 pagi..sampai rumah kul 8.00 malam..sempat jugak abg singgah bahau beli jam sukan..hehe..

sepanjang perjalanan dalam kereta...masa ni je lah yang ada pun untuk aku dan abg sembang2..lama benar rasanya tak sembang lama dengan abg sejak duduk asing2 ni..

hari selasa aku dah start keje balik..abg pulak balik ke KL jam 6.00 petang..cepat betul masa berlalu..kejeap je dah habis cuti..sangat tak best betul..seronoknya kalau dapat jadi suri rumah macam dulu..boleh ikut abg kemana saja..harap-harap ada lah masa lagi macam ni..tapi pasti tak sama dengan masa yang dah berlalu..

terima kasih abg untuk perjalanan yang panjang dan jauh..

terima kasih abg kerana memberi idea untuk perancangan
gerak kerjaku..