Wednesday, January 22, 2014

Bawa anak-anak jalan-jalan

Waktu petang sempatlah juga aku bawa anak-anak keluar jalan-jalan naik kelisa..kesian tengok diorang bila terperap je dalam rumah.. bila keluar rumah tu memang diorang akan berlari-lari seronok.. alhamdulillah tengok anak-anak sihat..

main kat taman belakang rumah

jalan di sekitar masjid besi


suka dengan gambar yang Aqil ambil ni




 Petang semalam aku keluar untuk bawa Haikal ke Klinik Kesihatan untuk check up 7 bulan dan cucuk imunisasi... minta tolong paksu yang hantarkan ke klinik. Jadi Haziq ikut paksu untuk makan di kedai..

Haziq makan di kedai mamak dengan paksuye
yeaahh..esok abg balik....

Ke pejabat ayah..

Sabtu yang lepas, abg kerja sebab ada seminar. Jadi aku pun saja nak bawa anak-anak keluar jalan, lalu singgah di pejabat abg sekejap. Anak-anak pun seronoklah juga.

tengok gambar kereta je kejenya..

meja yang berselerak

Haikal tengok siapa yang pegang dia..

Anak anugerah ALLAH..



Balik dari pejabat ayah, konon-kononnya nak bawa anak-anak beli air je kat setesen minyak, tengok-tengok diorang "pau" ummi nak beli mainan..layankan je la..lepastu siapla kena bebel dengan ummi..

senyum gembira..

Petang tu abg bertolak ke Pulau Pinang.. tinggallah aku bersama-sama anak untuk 5 hari seterusnya..


Wednesday, January 15, 2014

Salam Maulidurrasul 1435H

Semalam adalah cuti Hari Keputeraan Nabi S.A.W.. Seawal jam 5.30 pagi abg dah bersiap dengan berbaju melayu dan sampin untuk menyertai perarakan bermula di Masjid Besi hingga ke Masjid Putra. Pukul 10.30 pagi baru abg balik.

Petang semalam kami ikut abg ke Dengkil untuk survey kedai tayar. cadangnya abg nak tukar tayar kereta innova sebab macam dah tak ok. Tapi alih-alih tak jadi. tunda dulu.

Selepas tu, kami ke Bangi sebab nak cari baby walker untuk Haikal..sebab dia dah tak nak baring dan nak suruh dukung je..sampai ummi tak dapat nak buat kerja..

takut lagi nak naik..

Dapatla kami rembat baby walker ni.. harga rm195 beli di Manjaku Bandar Baru Bangi.. 

Selepas tu, pergi ke Tesco untuk beli susu anak-anak..dan tebus mainan daripada koleksi sticker Tesco.

@Tesco Kajang

Ada juga aku beli pelapik getah (rm47) untuk Aqil dan Haziq. Pelapik ni untuk lapik mereka tidur dan tak payah pakai pampers lagi. Cubaan malam pertama tanpa pampers untuk Haziq adalah berjaya tapi Aqil kencing basah juga selimut dan baju seluar dia..HAziq memang dah lama tak kencing kat pampers sebab memang dia akan bangun ke tandas. Cuma Aqil ni malas sangat nak bangun kencing.





Pagi ini..

Seperti biasa menghantar Haziq dan Haikal ke rumah pengasuh.

Haziq dah hampir 2 minggu asyik menangis sebab taknak pergi ke rumah pengasuh. Tak tahu apa puncanya sebab sebelum ni memang dia seronok ke sana. setiap pagi akan berlari-lari bila dah nak sampai ke rumah pengasuh. Banyak punca yang aku fikirkan..tapi tak tahu yang mana satu.. mungkin sebab lama cuti, duduk pejabat ayah, duduk rumah dengan paksu, kawan dia yang sebelum ini dah masuk pra sekolah atau mungkin sebab kena marah kat rumah pengasuh.. tak tahulah apa sebenarnya..

Nangis dari bangun tidur sampailah ke rumah pengasuh

Haikal pula pagi ni bangun lambat. Dah angkat baru dia sedar. sebabnya malam tadi dia tidur lambat pukul 11pm, lepastu menangis-nangis waktu malam. bagi menyusu taknak, puting kopek pun tak nak..selalu memang dia tidur ok, cuma malam tadi yang dia meragam. aku pun tak cukup tidur dan badan terasa penat yang amat..

muka bangun tidur



Monday, January 13, 2014

Travel Hujung Minggu

Hujung minggu yang baru berlalu terasa amat memenatkan..sebabnya kami sekeluarga banyak travel..

Perjalanan bermula pada petang Jumaat..Aku pun kerja separuh hari..

kesejukan sebab hujan sepanjang jalan

Kami bermalam di rumah mak abah di Sungai Petani. Awal pagi abg dah gerak ke Alor Star untuk progamnya.


Anak-anak di rumah nenek

Balik petang tu, kami bersiap-siap ke Ipoh pula, bermalam di Hotel Kinta Riverfront. Anak-anak memang seronok sebab dapat tidur di hotel..





Tunggu ayah selesai kerja, pukul 2.30pm baru kami bertolak balik ke Putrajaya...

turun naik tangga hotel

si mata sepet

penat dah tunggu ayah kat lobi hotel





Monday, January 6, 2014

Aqil dan Kelopak Garam

Inilah yang terjadi pada Aqil selama 2 hari. Kelopak garam ni naik di kepala, muka dan leher Aqil pada waktu tengah malam saja.

Pada mulanya aku sangka cuma kena gigit nyamuk sebab aku tak boleh tidur dan asyik menggaru kepalanya. kesian juga tapi aku cuma lumurkan minyak TYT dan tolong gosok dari jam 12.00tgh malam hingga pukul 2.30pagi. bila bangun pagi bengkak tu hilang.

Bila malam kedua, barulah aku dapat tau yang tu kelopak garam bila nampak makin teruk Aqil menggaru kepala dan lehernya. Masa tu barulah aku call abg dan tanya macamana nak buat sebab aku tak pernah alaminya. nak pergi klinik pun dah tengah malam. Jadi rawatanya adalah air garam dilumurkan ke seluruh kepala dan badannya. Barulah Aqil dah tak menggaru dan rasa gatal. Memang nampak teruk sebab bila Aqil bangun pagi matanya jadi bengkak di kedua-dua belah mata.

Petang tu, bila dah ambil abg di ERL, makan ubat gatal dan alergik, barulah surut sikit-sikit bengkak di matanya. Sampai sekarang, aku masih tak tau apa punca Aqil kena kelopak garam. Samada alergik makanan  atau terkena binatang. Wallahualam.

masa mula-mula naik gatal

dah mula bengkak sikit

masa ni kepala pun dah bengkak-bengkak

baru naik sikit kat muka

mata dah start bengkak

Add caption

bengkak yang teruk. start sapu air garam

mata dah bengkak

bangun pagi esok

dua-dua mata bengkak


Nak pergi jemput ayah kat ERL

Hujung minggu di rumah

Alhamdulillah, kesihatan Haziq dah semakin baik selepas cirit birit dan muntah selama 2 hari. Dia pun tak makan ubat muntah dan cirit yang dapat dari klinik haritu.. Alhamdulillah sembuh sendiri. Bukan apa, perlu juga ada pemeriksaan sebab takut kena rotavirus pula.

Petang Jumaat lepas, abg dah selamat berlepas ke Sabah. Petang tu aku lari sekejap ke klinik bawa Haziq sebab cirit birit muntah tu sebab ayahnya tak sempat nak bawa. Masa abg takde tu, tengok anak-anak semua ok alhamdulillah masih boleh dikawal. Paksu pun ada teman duduk kat tingkat bawah.

Pagi Sabtu kami semua bangun lewat. Anak-anak sebab tidur lambat malam  tu. bangun tidur pula, takde makanan nak makan. roti pun takde..jadi aku pun terpaksalah angkut semua anak-anak dan bawa ke kedai beli barang-barang dapur untuk masak..

Tengahari tu aku sempat masak ikan tenggiri masak lemak cili api. Aqil memang makan banyaklah juga. tapi haziq masih kurang selera makan memandangkan perutnya baru sihat.

Friday, January 3, 2014

Anak-anak tak sihat

Hari tahun baru, Haziq mula panas badan waktu tengahari masa kami keluar jalan ke Mydin Seremban 2. Terus balik rumah, bagi makan ubat dan lap-lap badan. Malam masih lagi demam tapi tambah lagi seorang yang tak sihat iaitu Haikal. Malam tu jugak bagi Haikal makan ubat demam dan tampal cool fever. tapi Haikal mungkin sebab dia selsema sama yang buat dia panas badan.

Hari kedua di tahun baru iaitu semalam, aku hantar Haikal dan Haziq lewat dalam pukul 11.00am sebab pengasuh nak hantar anak dia dulu ke sekolah. pagi semalam Haziq dah sejuk badan dia. Haikal masih suam-suam dan teruskan ubat demam kat rumah pengasuh. Tapi pagi sebelum  hantar Haziq ke rumah pengasuh, masa dia nak kencing dia ada tercirit sikit. sekali tu je la.

balik petang semalam, mak ayah datang hantar adikku, paksu untuk datang temankan aku dan anak-anak sebab abg akan ke Sabah petang ni.

Alhamdulillah tengok Haikal dah sihat cuma ada batuk sikit. Haziq pun sihat cuma asyik mengadu sakit perut. Yang perasan dia takde selera makan malam semalam. balik dari rumah pengasuh, minum susu pun tak habis.sekali dia buang air besar sebelum tidur. sekali watu maghrib. malam pulak dalam pukul 11.00pm sekali lagi bagi Haziq makan ubat demam sebab badan dia dah mula panas. abg pula cakap Haziq nangis-nangis nak buang air besar malam tadi dalam pukul 4.00am. kesian haziq sebab sakit perut. pagi tadi pula bangun dan sakit perut lagi dan cirit sekali lagi sampai dia nangis-nangis cakap punggung dia sakit.

Pengasuh pula mesej cakap Haziq muntah dah 2 kali..ya ALLAH risaunya.. terpaksalah abg hantar ke klinik sekejap sebelum naik flight petang ni.