Tuesday, December 21, 2010

kisah kehidupan..

huhu..weekend yang lepas amat memenatkan kami semua..

hari jumaat aku bercuti..menghabiskan cuti yang tinggal cuma sehari di samping dapat menjaga 2 orang hero tu sebab mak dan ayah sibuk pergi rewang kenduri kahwin rumah jiran.. abg pula sampai ke rumah pukul 2.30 petang after kerja di putrajaya..

nak dijadikan cerita..disebabkan excited nak pergi ke KL..kami pun bertolaklah ke KL hari jumaat petang tu..sampai di KL sebelum maghrib..after maghrib kami keluar ke tesco extra di cheras..semangat tu walaupun terpaksa meredah hujan yang tak berapa lebat..membawa si kecil sambil berbungkus sebab tak nak bagi kena hujan..(kalau hujan ada harapan untuk demam...)

kami makan malam di tesco extra...tapi sungguh tak best langsung masakan tom yam nyer...=(


Aqil leka tengok tempat permainan kat depan food court ni..

haziq dan ummi..

tujuan utama kami ke KL sebenarnya sebab nak cari camera..jadi tengahari sabtu kami keluar berjalan..kebetulan tengahari tu ada jemputan makan di rumah kawan abg di Taman Equine.. kami pun ke sana..after that pergi Jusco Taman Equine..intai-intai juga camera yang berkenan tu tapi takde pulak..lepastu kami ke One Utama..fuuhh..ramainya lah orang..majority cina sahaja..

inilah rupa bentuk nikon s4000 yang kami beli di Fotokem One Utama..
berharga RM598..

actually, kami punya camera warna black ok..
memang desing ada 2 warna sahaja..black n pink..


nak keluar pergi jalan-jalan..

malam tu kami sambut birthday Aqil dengan membeli kek untuk Aqil..

kek hari jadi Aqil 2 tahun..21 Disember 2010

ready untuk potong kek dengan ayah..

selamat hari jadi Aqil..

semoga Aqil menjadi anak yang soleh dan hamba Allah yang beriman dan bertaqwa..


sebelum bertolak balik pada pagi Ahad....

ni heli yang ayah baru beli untuk Aqil..

Haziq dah siap nak balik kampung..

ngantuk lagi Haziq ni..

tengoklah tuh..sampai terlentok..


dalam kereta on the way balik ke kampung..

leka main heli dalam kereta..

punyalah bising bunyi heli ni..

"abg main heli..aku main benda alah ni pun jadilah..." - haziq

masa ni ummi dah sorokkan heli aqil..sebab bising sangat..dia leka makan gula-gula..



on the way balik rumah, singgah kat giant senawang kejap..

adik tertidur dalam strollernye..

alhamdulillah..selamat sampai ke rumah..huhu..penatnya..abg pun siap cuti lagi hari isnin sebab tak larat bangun kul 5 pagi hari isnin nak pergi kerja dari negeri sembilan ke putrajaya..



No comments: