Wednesday, December 29, 2010

Tangan yang terseliuh..

malam tadi punya susah nak tidurkan Aqil..adik pula dah tidur awal dengan nenek...jadi pukul 12 tengah malam bila mak hantar kat aku, dia dah bangun nak main..jenuh nak tidurkan adik..

Aqil pula tiba-tiba menangis cakap sakit..dia tidur dengan ayah dia..bila tanya abang dia cakap tangan aqil tertindih dan macam terseliuh..hmm..menangis je la dia malam tadi dan ayah dia tak tidur dibuatnya..abg pun dah risau..tapi bila lepas sapu minyak dan bagi dia makan ubat demam..nampak ada kuranglah..mudah-mudahan takde apa-apa...

ya ALLAH..peliharalah dan lindungilah anak-anakku..

esok ada meeting staff sokongan..aku ingatkan tak dijemput masuk sebab dah nak habis kerja kat sekolah ni..tapi tadi PT tu dah pun bagi minit mesyuarat..ehm..segan jugak nak masuk..buatnya kena berucap pula..hehe..sabar je la banyak-banyak..

Monday, December 27, 2010

Petua Awet muda

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.

Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud.

Sentiasa tenang dan bersikap positif.

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.

apa nak buat ni..



5 Kebaikan dalam 5 Amal


Assalamualaikum Warrahmatullaahiwabarakatuh,

Sekadar untuk berkongsi dan sesama mengingati:


Daripada Hazrat Shaqiq Bulkhi rah. :


"Kami mencari 5 perkara dan menemukannya dalam 5 amalan iaitu:

1. Keberkatan rezeki didapati melalui solah Dhuha.

2. Cahaya di dalam kubur didapati melalui solah Tahajjud.

3. Jawapan terhadap soalan Munkar dan Nankir didapati melalui membaca Al-Quran.

4. Mudah melintasi titian sirat didapati melalui berpuasa & bersedekah.

5. Mendapat naungan di bawah Arasy Allah S.W.T diperolehi melalui mengingati Allah S.W.T dalam keadaan sunyi diri.


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

5 hari lagi..

ngantuknya aku pagi ni ke sekolah..mana taknya..haziq sekarang dah pandai berjaga malam..dah 3 hari dia berjaga malam..malam tadi haziq bangun pukul 1pagi..dah dekat pukul 5 pagi baru dia tidur..tapi yang syoknya..dia main je la sensorang dia..tapi bising juga suara dia..aku terlelap jugak kadang-kadang dok tunggu dia berjaga tengah malam..

alhamdulilah..minggu ni abg cuti seminggu..jadi dialah yang jaga aqil dan haziq kat rumah..

tinggal lagi 5 hari lagi khidmatku akan berakhir di sekolah ini..nampaknya aku kembali menjadi surirumah..menjaga 2 orang hero yang aktif dan sedang membesar..huhu..kena siapkan fizikal dan mental ni..nak menjaga 2 orang ni seorang diri...sebelum ni ada orang yang akan tolong..malam-malam pun mak tolong jaga..lepas ni..??? huhu...

weekend yang lepas..kami tak keluar berjalan ke mana-mana..hanya pergi beli barang kat Kiara Squara then jalan-jalan sekejap kat taman..


Aqil @ playground ..seronok sungguh dia...

Aqil takut nak masuk dalam tunnel ni..

jalan-jalan kat taman..


minum air menghilangkan dahaga..

Haziq dan ummi..

Tuesday, December 21, 2010

Ragam 2 beradik..

gambar dalam kereta dan di rumah...

Aqil 2 tahun dan Haziq 6 bulan..












kisah kehidupan..

huhu..weekend yang lepas amat memenatkan kami semua..

hari jumaat aku bercuti..menghabiskan cuti yang tinggal cuma sehari di samping dapat menjaga 2 orang hero tu sebab mak dan ayah sibuk pergi rewang kenduri kahwin rumah jiran.. abg pula sampai ke rumah pukul 2.30 petang after kerja di putrajaya..

nak dijadikan cerita..disebabkan excited nak pergi ke KL..kami pun bertolaklah ke KL hari jumaat petang tu..sampai di KL sebelum maghrib..after maghrib kami keluar ke tesco extra di cheras..semangat tu walaupun terpaksa meredah hujan yang tak berapa lebat..membawa si kecil sambil berbungkus sebab tak nak bagi kena hujan..(kalau hujan ada harapan untuk demam...)

kami makan malam di tesco extra...tapi sungguh tak best langsung masakan tom yam nyer...=(


Aqil leka tengok tempat permainan kat depan food court ni..

haziq dan ummi..

tujuan utama kami ke KL sebenarnya sebab nak cari camera..jadi tengahari sabtu kami keluar berjalan..kebetulan tengahari tu ada jemputan makan di rumah kawan abg di Taman Equine.. kami pun ke sana..after that pergi Jusco Taman Equine..intai-intai juga camera yang berkenan tu tapi takde pulak..lepastu kami ke One Utama..fuuhh..ramainya lah orang..majority cina sahaja..

inilah rupa bentuk nikon s4000 yang kami beli di Fotokem One Utama..
berharga RM598..

actually, kami punya camera warna black ok..
memang desing ada 2 warna sahaja..black n pink..


nak keluar pergi jalan-jalan..

malam tu kami sambut birthday Aqil dengan membeli kek untuk Aqil..

kek hari jadi Aqil 2 tahun..21 Disember 2010

ready untuk potong kek dengan ayah..

selamat hari jadi Aqil..

semoga Aqil menjadi anak yang soleh dan hamba Allah yang beriman dan bertaqwa..


sebelum bertolak balik pada pagi Ahad....

ni heli yang ayah baru beli untuk Aqil..

Haziq dah siap nak balik kampung..

ngantuk lagi Haziq ni..

tengoklah tuh..sampai terlentok..


dalam kereta on the way balik ke kampung..

leka main heli dalam kereta..

punyalah bising bunyi heli ni..

"abg main heli..aku main benda alah ni pun jadilah..." - haziq

masa ni ummi dah sorokkan heli aqil..sebab bising sangat..dia leka makan gula-gula..



on the way balik rumah, singgah kat giant senawang kejap..

adik tertidur dalam strollernye..

alhamdulillah..selamat sampai ke rumah..huhu..penatnya..abg pun siap cuti lagi hari isnin sebab tak larat bangun kul 5 pagi hari isnin nak pergi kerja dari negeri sembilan ke putrajaya..



Wednesday, December 15, 2010

2 weeks...

minggu ni abg interview di Alor Setar..dari isnin hingga khamis...hari jumaat aku pula cuti..menghabiskan sisa baki cuti yang tingal sehari..rugi kalau tak habiskan..=) kebetulan pula ada kenduri kahwin jiran dekat rumah..mak ayah pula sibuk nak rewang..kira cantiklah dan tepatlah cuti yang aku ambil ni..hehe..=) buat masa ini lah..

huhu..2 minggu lagi je masa aku untuk berada di sekolah ini.. tapi rerasanya semakin sibuk pula.. di samping buat tampal-tampal untuk menghias bilik ku ini, komputer baru pula sampai..huh..banyaknya kerja nak kena buat..tapi tak start lagi..

apa nak jadi lah dengan barang-barang ni..

semaknya mata bila melihat...

ni makcik2 dan pakcik2 pekerja yang buat sampai jadi gini..huhu..bukan aku..macam barangan terbuang je..

ada 20 biji cpu..ok lagi ni..

jenuhlah pekerja2 ni mengangkat 20 pc dari makmal komputer ke bilik aku di tingkat 3 ni..

macamanalah nak susun meja-meja ni..boleh tahan beratnya ni..apa-apa hal..kena tunggu technician dulu..

sabtu lepas kami berempat sempat keluar ke Tesco Seremban 2 yang telah dirasmikan baru-baru ni,..boleh pula terbeli jam tangan untuk abah..baru teringat birthday dia..takpelah..kira ok la tu..lupa pula nak ambil gambar jam abah yang baru beli tu..=) kami survey2 camera baru..almaklumlah camera lama lens dah rosak..daripada repair lebih baik beli baru..tak gitu?? =)

ok, nak sambung kerja..

Monday, December 6, 2010

bekerja seperti biasa



Hi...my name is Haziq..

alhamdulilah, sehingga ke tengahari ni aku dapat mengumpul stok EBM sebanyak 4 botol dengan kuantiti yang tidak melebih 4 oz setiap botol..jadilah untuk bekalan Haziq minum setiap hari tanpa minum susu formula lagi..alhamdulilah..

EBM for my lil one...Haziq..

"Thank you ummi.."

selama 2 hari weekend ni mak dan ayah sibuk denga aktiviti memasing..hehe..sabtu ayah hantar zana (adik) pergi berubat di Melaka, mak pula hantar pengantin ke Klang..semalam mereka semua ke kenduri kahwin sepupu aku di Seremban..jadi Aqil dan Haziq memang tinggal dengan ummi dan ayah dia je la di rumah..kami pun tak kemana..cuaca pula memang hujan je sejak akhir-akhir ni..musim hujan...

Friday, December 3, 2010

15 minit jap..

baru sudah pam susu untuk bekalan Haziq.. alhamdulilah, harini sekali pam dapat banyak sikit..petang nanti pam lagi sekali sebelum balik rumah..

alhamdulilah..

pagi tadi tengah gosok baju, basuh botol susu yang banyak (sebab aqil tiap2 malam minum susu 5 hingga 6 botol susu..bayangkanlah aku kena bangun berapa kali setiap malam...)..tinggalkan haziq dan aqil yang tengah tidur tak menyedarkan diri.... bila aku masuk bilik after buat kerja-kerja tu semua..tiba-tiba ternampak haziq dah meniarap..bila nampak aku dia senyum-senyum (sambil nganga mulut luas-luas)..rupanya dia dah bangun dan terus meniarap...huh..nasib baiklah kat tengah katil..kalau dia dok tepi katil memang dah jatuh.. tak sangka lah pula dia bangun..lagipun dia bangun senyap je..tak nangis pun.. aqil pula setiap kali bangun tidur mesti nangis dulu...memang berbeza anak-anak ni..

"caakk!!..ummi..saya dah bangun.."

penat agaknya sebab dah lama meniarap..

Aqil masih tidur lagi..

petang semalam bawa aqil dan haziq keluar jalan-jalan kat depan rumah..haziq duduk dalam stroller..seronok sungguhlah haziq dapat jalan keluar dari rumah...selama ni duduk terperap je dalam rumah.

haziq dalam stroller..

Aqil pula tolak stroller..pinjam acik sebelah rumah punya..
teringat zaman dulu-dulu punya stroller macamni la..

tersenyum-senyum haziq bila diagah..

"seronoknya saya dapat keluar jenjalan..."

"best wooo..."

at last...tertidur dalam stroller sambil nyut nyut..

...dan..ditemani patrick yang tersangkut kat tepi stroller..