Wednesday, August 20, 2014

Anak-anak tak sihat

Bermula semalam Aqil dan Haziq dah mula batuk dan selsema. Rupanya Haikal pun dah batuk teruk di rumah pengasuh semalam.

Patutlah malam tadi masa Haikal tidur, dia asyik merengek dan batuk je. Tengok dia memang tak nyenyak tidur. Tambah pulak malam tadi suhu badan Haikal dah 37c.. Apalagi on ubat demam la..takut suhu badannya naik.

Pagi tadi sebelum pergi rumah pengasuh, dah siap mandikan Haikal dan bagi ubat demam dan ubat batuk. Badan dia pun suam-suam juga. Terpaksalah hantar ke rumah pengasuh sekejap sementara nak tunggu klinik Dr. Saiful buka pukul 10.30am. memannlg nak bawa dia ke klinik Dr. Saiful tu sebab kahak dia masih ada lagi. Kejap lagi nak keluar ke klinik. Harap-harap Haikal ok...

Aqil dan Haziq pun dah makan ubat batuk dan selsema sebelum keluar pagi tadi. Kesian juga Aqil sebab takut mengantuk dalam kelas.

Sekarang memang dah mula musim kanak-kanak demam batuk selsema ni. Denggi pun ramai yang kena. Mohon Allah jauhkanlah kami dari penyakit berbahaya dan penyakit berjangkit.

Mungkin juga Aqil, Haziq dan Haikal ni terdedah kena batuk selsema sejak cuti Sabtu Ahad lepas. Sebabnya Sabtu pagi Aqil ada hari sukan. Tempat tu pun memang dah ramai walaupun buat dalam dewan di UKM Bangi. Petang pula bawa anak-anak pergi Paradigm Mall di Kelana Jaya. Esoknya hari Ahad pagi teman ayahnya ada game bowling di Alamanda. Lepas tu jalan-jalan dalam Alamanda dan JUSCO Seri Kembangan. Petang pula main kat luar dengan anak jiran sebelah. Memang penuh aktiviti diorang hujung minggu lepas... jadi minggu ni Allah tarik kejap nikmat sihat anak-anak... mudah-mudahan Allah kurniakan kesembuhan pada mereka.

No comments: