Thursday, August 21, 2014

Haikal demam

Malam tadi Haikal demam panas..petang balik kerja dah bawa dia jumoa doktor di klnik Dr Saiful di Kajang. Tekaknya merah dan doktor on antibiotik.  Tengah malam badan dan kepala dia panas. Apalagi risau la aku dibuatnya. Paksa dia makan ubat lepastu dia tidur semula. Nasib baik malam tadi dia tidur tak sedar. Cuma batuk pula memang ganggu dia tidur. Dalam pukul 2.30pagi baru badan dia rasa sejuk. Baru la aku rasa nyenyak nak tidur.

Pagi tadi bangun rasanya badan dia sejuk lagi. Memang aku dah siap-siap nak keluar g kerja. Haikal Haziq pun dah siap mandi. Tapi badan Haikal dah mula nak panas balik.

Risau juga kalau hantar je rumah pengasuh. Pengasuh pun belum tentu boleh tengok dia sebab budak-budak yang nak jaga pun ramai. Kalau aku pergi kerja pun tak tenang. Memanglah sayang cuti sebab tinggal 11 hari je lagi. Tapi aku redha je la.. anak lebih penting. Jadi hari ini aku cuto dan jaga Haikal dan Haziq je kat rumah. Haziq seronokla sebab bila cakap.ummi cuti.

Petang ni dah bagi ubat demam dan antibiotik...nampak sejuk badan dia. Harap-harap Haikal terus sihat dan tak demam lagi. Batuk berkahak yang susah nak hilang tu. Dari dia kecil umur 2 bulan lagi dia dah mula batuk dan susah nak hilang batuk..

haziq pun batuk tak berhenti jugak...mungkin gatal tekak atau ubat batuk tak sesuai dengan dia. Cepat-cepatlah anak-anak ni sembuh...risau bila anak tak sihat..

Demam waktu malam

Wednesday, August 20, 2014

Anak-anak tak sihat

Bermula semalam Aqil dan Haziq dah mula batuk dan selsema. Rupanya Haikal pun dah batuk teruk di rumah pengasuh semalam.

Patutlah malam tadi masa Haikal tidur, dia asyik merengek dan batuk je. Tengok dia memang tak nyenyak tidur. Tambah pulak malam tadi suhu badan Haikal dah 37c.. Apalagi on ubat demam la..takut suhu badannya naik.

Pagi tadi sebelum pergi rumah pengasuh, dah siap mandikan Haikal dan bagi ubat demam dan ubat batuk. Badan dia pun suam-suam juga. Terpaksalah hantar ke rumah pengasuh sekejap sementara nak tunggu klinik Dr. Saiful buka pukul 10.30am. memannlg nak bawa dia ke klinik Dr. Saiful tu sebab kahak dia masih ada lagi. Kejap lagi nak keluar ke klinik. Harap-harap Haikal ok...

Aqil dan Haziq pun dah makan ubat batuk dan selsema sebelum keluar pagi tadi. Kesian juga Aqil sebab takut mengantuk dalam kelas.

Sekarang memang dah mula musim kanak-kanak demam batuk selsema ni. Denggi pun ramai yang kena. Mohon Allah jauhkanlah kami dari penyakit berbahaya dan penyakit berjangkit.

Mungkin juga Aqil, Haziq dan Haikal ni terdedah kena batuk selsema sejak cuti Sabtu Ahad lepas. Sebabnya Sabtu pagi Aqil ada hari sukan. Tempat tu pun memang dah ramai walaupun buat dalam dewan di UKM Bangi. Petang pula bawa anak-anak pergi Paradigm Mall di Kelana Jaya. Esoknya hari Ahad pagi teman ayahnya ada game bowling di Alamanda. Lepas tu jalan-jalan dalam Alamanda dan JUSCO Seri Kembangan. Petang pula main kat luar dengan anak jiran sebelah. Memang penuh aktiviti diorang hujung minggu lepas... jadi minggu ni Allah tarik kejap nikmat sihat anak-anak... mudah-mudahan Allah kurniakan kesembuhan pada mereka.

Wednesday, August 13, 2014

10 tips dari Prof Dr. Muhaya

Jom amalkan 10 tips dari Prof Dr. Muhaya di bawah ini bermula dari hari ini juga..


Abang tengah ajar adik

seronok dapat main

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
Dah try.. insyaAllah lihatlah hasilnya.. 

Tuesday, August 12, 2014

Peringatan Buat Diriku : Anak-anak Syurga

Anak-anak yang sentiasa menguji kesabaran

(Perkongsian rakan)

Bila gambar si kecil berbicara...Kakak yg berusia 2 tahun setengah dan adik yg berusia kurang 3 bulan...
Sungguh biarlah tawa ini kekal sampai akhir hayat mereka. Sampai syurga.
Ingatlah pesan Saidina Ali, bukan tempoh memukul ketika usia si kecil belum mencapai 7...Inilah usia di mana ibu bapa bermain sama dalam dunia mereka, melayani karenah mereka dan mengajar dgn penuh santun, sabar dan bijak.
Pernah suatu ketika, saya berjalan dengan si kecil yg berusia 2 tahun setengah. Ada lopak air dan si kecil terus memasukkan kakinya dalam lopak tersebut. Semua ahli keluarga menghalanginya dan cuba menarik tangannya. Saya hanya memandang dan senyum, Si kecil lihat wajah saya,. Saya kata, "pandai anak ibu...tapi air tu kotor sayang...ada ulat2 kecil...kita tak nampak ulat tu..kalau ulat tu gigit kaki sayangsayang sakit tak..?" Dia angguk dan kata," Ada ulat ibu?" " Yer sayang..." Saya balas.
Si kecil senyum. Ada keluarga pandang saya dan kata, ibu dia tak marah dia pun.....tengok kasut dia dah kotor..
Saya senyum dan menjawab,,"Sebab dia kecil la dia buat macam tu. Dia rasa seronok. Kita semua dah dewasa,dah tua..tak berada dalam dunia dia..dia pun tak faham kita..kita pun tak faham dia. Esok dia dah besar, dia takkan teringin buat macam tu lagi. Dia pun nak jaga kasut dia. Sekarang ni kita bagi dia faham dulu kenapa tak boleh buat mcam tu,Bagi dia faham sungguh2. Kalau sekadar cakap kasut kotor, takde kesan pun untuk dia. Cakap sampai dia boleh rasa kesan..macam ulat yang akan gigit kaki dia dan dia rasa sakit...Kalau halang je, dia takkan ikut pun...Ini dunia dia...ini kegembiraan dia...dunia kita berbeza. Kita dulu waktu kecil pun, macam2 karenah kita buat. Ini waktu bermain. Waktu belajar dengan kasih sayang....waktu memahami dengan cinta dan lemah lembut. Waktu main sungguh2!
Waktu disiplin ialah ketika usianya 7-14 tahun...Marahlah...pukullah...didiklah dengan kasih sayang... suruhlah itu dan ini...Inilah waktu memberi kefahaman bersama tanggungjawab. Tapi bukan memukul dengan emosi... bukan memukul di muka...
Oh, bersama wajah2 ini Allah hadirkan kegembiraan. Mengapa bersama karenah dan tangisan mereka,kita tidak merasa nikmat gembira? 
Bising, kacau itu ini, menangis tak berhenti, tak dengar kata....Oh...Mengapa ketika itu kita terasa kesabaran seolah2 tercabut dan tangan kita pun cepat mencubit dan memukul-konon untuk mengajar...? MasyaAllah... ajaran bagaimanakah yang mahu kita berikan dengan pukulan dan herdikan ketika usianya sibuk untuk bermain & ketawa??? Oh...sungguh, kita hanya mahu mudah dan senang....sedangkan yang sukar itulah menjadi saham2 untuk kita bawa ke syurga!
Suatu ketika nanti, rumah yang bising akan sunyi kembali bilamana mereka membesar dan pergi meninggalkan kita untuk urusan hidup mereka yang lebih baik...Ketika itu kita akan rindukan karenah2 mereka...Jadi bersabar & bergembiralah wahai ibu & ayah! Dan didiklah cara Nabi & sahabat mendidik...bukan cara kita....

Monday, August 11, 2014

Rutin setiap malam

Setiap malam sebelum tidur, tiga-tiga orang ni akan minta susu. Selalunya Aqil paling banyak sebab 2 botol sebelum tidur. Nama je umur dah nak masuk 6 tahun, tapi minum susu dalam botol setiap malam belum tinggal lagi.

Haziq pula kurang minum susu berbanding Aqil... memang setiap malam ayahnya la yang akan bangun untuk buat susu Aqil dan Haziq....Ummi? Hehe...ummi jaga Haikal malam-malam... tukang bagi Haikal minum susu je waktu malam...part bancuh susu memang diserahkan pada ayahnya...cuma kadang-kadang je ummi bangun... sebab tu tidur pun...Aqil dan Haziq masing-masing berebut nak tidur sebelah ayah. Last-last nak bagi adil...ayah kenalah tidur tengah-tengah antara diorang. Ummi je tidur dengan Haikal...sebab Haikal pantang kalau ummi bangun..dia mesti akan menangis...

Bangun kencing pula, Aqil dan Haziq memang dah pandai kencing sendiri di tandas.. cuma nak kena tengok sebab takut tak basuh kencing...terutamanya Aqil yang selalu tak basuh kencing...itu pun nak kena pesan berkali-kali. Haziq pula memang akan basuh bersih kalau kencing...  si Haikal pula, setiap malam kena tukarkan pampers sebab berat kencing....minum susu pula banyak...tu yang berat je pampers dia..

Macam tu la rutin setiap malam...sementara anak masih kecil...nak tidur nyenyak waktu malam tu memang jangan mimpi la... belum kira waktu malam yang Haikal menangis macam kena kacau...Menangis sebab tak selesa menggaru sebab gatal-gatal... kalau anak-anak demam lagi la tak boleh tidur...  Aqil dan Haziq pun ada waktu-waktunya mereka akan mengigau menangis dan menjerit-jerit...mungkin kesan dari waktu siang sampai terbawa-bawa dalam tidur...

Pernah sebelum ni Haziq setiap malam akan menangis tiba-tiba...mungkin ada benda yang dia rasa takut,sedih dan macam-macam perasaan masa duduk rumah pengasuh..tu yang terbawa-bawa dalam mimpi...sebelum ni Haziq selalu juga cerita yang kakak (anak pengasuh) selalu marah-marah dia..kesian juga aku dengar...tapi terpaksalah terangkan semula pada dia untuk dia faham... yang aku tahu..Haziq tak suka kacau orang dan tak suka orang kacau dia. Budak-budak lain di rumah pengasuh pun (dalam 2 3 orang) selalu kacau dia dan kacau mainan dia..tu yang dia selalu protes...meragam setiap pagi kalau nak ke rumah pengasuh...cuma baru-baru ni nampak Haziq ok sikit...mungkin sebab anak pengasuh tu pergi sekolah..jadi takdelah di rumah...

Hmm...banyak cerita sebenarnya tentang kisah anak-anak....rasa sedih sebenarnya bila pergi kerja dan tinggalkan anak-anak pada pengasuh...tapi terpaksa bertawakal pada Allah je la....mohon Allah yang pelihara dan lindungi anak-anak ni... Haikal masa belum umur setahun pun selalu je balik tengok ada kesan cubit kat badan...peha.... pastu kesan lebam kat pipi...tangan... bila tanya pada pengasuh...jawapan yang selalu dia jawab sebab dia tak perasan..sebab ada budak lain kacau dia..entahla...antara percaya dengan tidak... kesian juga pada Haikal...macamana lah dia menangis bila kena cubit n ada kesan lebam pada dia...sedih je rasa....Ya Allah....semoga Allah sentiasa lindungi anak-anaku semasa ketiadaanku..

Pantang nampak buku abg...mesti sibuk nak baca

Haikal 1 Tahun 1 bulan

  

Belanja anak-anak

Malam ni baru balik dari Alamanda....keluar lepas maghrib...dekat pukul 10 malam baru sampai rumah. Seronok tengok anak-anak gembira dan riang bila ayah ummi belanja beli barang-barang untuk diorang. Paling seronok, Haikal tak nak dukung dan duduk dalam stroller sebab sibuk nak berjalan sendiri. Alhamdulillah Haikal dah tegap berjalan sendiri.. lepas ni nak belajar berlari pula..

Makan malam pun makan di food court Alamanda je. Lepas makan bawa anak-anak ke kedai Anakku sebab nak cari puting kopek untuk Haikal.. sempat jugaklah rembat botol air bertali untuk Aqil dan Haziq..  lepas tu cari kasut untuk sukan taska Aqil dan selipar untuk Haziq dan Aqil... seronok betul anak-anak...tapi lepas tu ayahnya yang pening kepala sebab duit belanja makin susut...gaji pulak lagi 2 minggu...hehe...

Malam ni Haikal tidur awal...mungkin letih sangat dapat berjalan di Alamanda tadi. Lepas masuk dalam buai..terus lelap.. seperti biasa setiap malam Haikal akan minum susu dalam 5 - 6 botol susu setiap malam... kuat betul Haikal minum susu.... hampir 1 tin setiap minggu susu isomil plus untuk Haikal.. alhamdulillah sihat...cuma batuk berkahak masih ada...

Thursday, August 7, 2014

Haikal gunting rambut

Sebenarnya sebelum raya lagi memang nak gunting rambut Haikal...sebab dah panjang lebih dari telinga dia dan kesian bila tengok dia menggaru sebab gatal kepala...tapi lagi kesian bila tengok kepala dia botak je masa hari raya...last sekali kami decide untuk potong rambut dia lepas raya...

selepas seminggu raya..barulah berkesempatan nak potong rambut Haikal di kedai. Kami pergi kedai gunting rambut di presint 15. Tapi biasalah Haikal takut dan tak nak dengar orang. Memang meraung la dia bila kena botakkan rambut...sampai merah mukanya...








Monday, August 4, 2014

Kembali bekerja

Alhamdulillah...hari ini aku kembali berkerja seperti biasa selepas seminggu bercuti raya.. 

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kami sekeluarga diberi nikmat kesihatan yang baik dari Allah...cuma Haikal masih lagi batuk berkahak..Kadang-kadang dengar juga bunyi kahak..kadang-kadang tak dengar langsung..aku cuma bagi Haikal ubat batuk salbutamol tu bila nampak batuknya agak kuat... memang jarang sangat bagi ubat batuk tu..

Cerita Cuti Raya

Hari ini 8 Syawal 1435H.. kami sekeluarga gerak Sg. Petani bermula Jumaat pagi selepas sahur.. anak-anak pun angkut je tidur dalam kereta terus sampai la di rumah mak abah dalam pukul 11.30 pagi. Hari Jumaat tu memang aku dan abang dah mohon cuti untuk gerak awal bagi elakkan jam di highway...

Abang pula dah mula cuti hari Khamis..aku pun ada cuti hari Rabu sebab Haikal sakit mata dan demam tambah dengan batuk berkahak lagi. Malam tu memang dah ke Klinik Presint 15 untuk ambil ubat sakit mata siap-siap. Risau jugak berjangkit pada abg-abgnya. Alhamdulilah dalam tiga hari, sakit mata Haikal dah ok.

Kami beraya di Sg.Petani sehingga Raya ketiga. Raya keempat bersamaan hari Khamis tu kami dah gerak balik ke kampung N.Sembilan seawal pukul 9.00pagi. Sampai di rumah mak pukul 4.30petang. Alhamdulillah selamat. 

Ahad pagi pula bertolak balik Putrajaya seawal 8.30pagi melalui jalan Jelebu.

Sampai di Putrajaya sambung mengemas rumah pula. Petang ke rumah sepupu abang di Putra Perdana, Puchong. Malam lah baru ada di rumah semula. Itupun semua dah penat ditambah pula sambung kerja esoknya..

Kesian juga pada Haziq dan Haikal..hampir 2 minggu tak ke rumah pengasuh.. hari ni dah start hantar semula. alhamdulilah dua-dua ok dan tak meragam..

Esok aku ada appointment dengan doktor di Klinik Kesihatan Presint 9 untuk buat ultrasound. Harap-harapnya semua akan ok...kandungan pun dah nak cecah 23 minggu...

Layan Gambar Raya

Pagi Raya..Haikal tengok Songkok abg Aqil

Pagi 1 Syawal 1435H

Beraya 1 Syawal 1435H


Bersama sepupu

Haikal nangis tak nak bergambar


Keluarga Kami