Tuesday, June 12, 2012

Aqil dan haziq




Lagi cerita tentang anak-anak yang ingin kucatitkan:-) bila bergelar seorang surirumah ni memang segala serba serbinya sudah tentu tentang anak-anak:-)

Hari ini aku meneruskan kehidupan seperti biasa bersama anak-anak. Ayah mereka masih di Jepun. kejap je masa berlalu. . . Dah 9 hari abg ke Jepun. . . (ayat sedapkan hati sendiri ..)

Pagi tadi Aqil dan Haziq. . Masing-masing meragam dan menangis(kaw kaw punya nangis) . . Si abg tak bagi adik masuk buai sebab nak suruh adik main bersama abg. . . Si adik nak tidur masuk buai sebab mengantuk. . Jadi abg pun menangis-nangislah suruh adik turun. Ummi pujuk apa pun tak jalan. . . Last- last ummi biarkan sahaja dia menangis. .   . Bila adik dah turun buai, abg pula menangis nak masuk buai. Pening kepala ummi.

Ikutkan hati memang teramat geram dengan karenah si aqil. Tapi ummi kuatkan hati juga untuk tahan rasa marah ni. . . Tak sanggup lagi rasanya nak menzalimi anak-anak yang kecil dan belum berakal ni. Mungkin ini ujian Allah untuk aku. .  .

Alhamdulillah, bila jaga anak sendiri ni memang banyak kelebihannya dan menjimatkan. Kita sendiri yang mandikan anak,suapkan anak makan,buatkan susu anak. . . Boleh masak untuk suami makan tengahari. ..

Anak-anak pun masih memakai lampin kain dan kurang memakai pampers. Hampir setahun lebih anak-anakku memakai lampin kain dan alhamdulillah memang menjimatkan. Tambahan pula mudah bagi aku untuk membasuh lampin kain memandangkan aku sendiri yang menjaga anak-anak. Haziq pula menyusu badan sepenuhnya sehingga 2 tahun. . . Cuma sekarang ni haziq dah pun nak masuk 2 tahun dan mula minum susu seperti abg dia. Jadi terasa jugalah sekarang ni sebab belum sampai 2 minggu sudah 2 pek susu digunakan. .

Seronok dan syukur apabila dapat melihat anak-anak membesar di depan mata. Melihat telatah mereka hari-hari memang tidak menjemukan. . . Tapi bila berhadapan dengan ragam masing-masing. . . Ya Allah, cukup menguji kesabaran.  . . .:-)

Jadi bersyukurlah selalu dengan apa yang kita ada. . .

jangan mudah memandang orang lain beruntung. cukuplah sekadar mensyukuri keberuntungan yang kita lihat dengan mata kasar kita di atas apa yang orang itu perolehi, kerana kita tak pernah tahu dan takkan diberitahu akan kesusahan dan kesukaran yang mungkin orang itu tempuhi dan lalui. takkan ada seorang makhluk pun yang Allah ciptakan tanpa ujian tanpa dugaan tanpa kesusahan. pasti ada. cuma banyak atau sikit sahaja yang membezakannya.

dan sentiasalah bersyukur dengan keberuntungan diri kita. meski diuji susah atau payah, meski mendapat anugerah serta nikmat. itukan hak Allah. Diberi kepada yang dikehendaki. ditarik juga daripada yang dikehendaki. sesungguhnya  aturanNya adalah terlalu sempurna. cuma kita ini buta mata,buta hati, buta iman untuk menilai anugerah dan nikmat Allah kerana nafsu bermaharajalela di birai jiwa. kan?!

post via blogaway

Posted via Blogaway

Saturday, June 9, 2012

Anak-anak lagi. . .


Petang ni haziq seorang sahaja yang tidur manakala abgnya melayan kartun 'oggy ana coakcroach' di channel 615. . Itulah rancangan kegemaran aqil selain daripada 'upin ipin'.

Jam 4pm haziq bangun dan minta susu yang kebetulan dia dengar abg aqil minta susu. Jadi ummi pun buatlah susu untuk 2 botol. Selalunya haziq tak akan minum susu sehingga habis walaupun ummi cuma buat 4oz. Tapi tadi tiba-tiba haziq datang pada ummi dan bagi botol susu yang habis bersih dia minum. Alhamdulillah,ummi pun lega sebab sekurang-kurangnya kenyanglah juga perut dia:-)

post via blogaway

Friday, June 8, 2012

Ragam anak malam ini:-)


Malam ni baru aqil nak makan nasi sendiri. Lauk ikan goreng dengan kicap pun dah cukup. Dah lama aqil tak makan nasi suap sendiri. Baru dua tiga hari ni yang aqil nak makan sendiri. Alhamdulillah. . .

Lepas tu bila main mainan yang banyak sangat-sangat dan bersepah-sepah, selalunya aqil memang takkan kemas mainannya. . . Tapi tadi ummi pujuk lagi suruh aqil kemas mainan sebab dia nak suruh ummi buat susu. . . Boleh pula dia jawab balik pada ummi. . . "ummi kan rajin". . . :-) tapi sebab dia nak susu, akhirnya aqil kemaslah juga mainan dia. . .

Haziq pula seawal jam 8.30 malam ni dah mula tidur. . . Alahai, anak. . . Anak. . . Habislah berjaga ummi malam ni sebab selalunya haziq akan bangun di tengah malam untuk main semula. . . :-) haziq tidur awal ni pun sebab dia asyik menangis dan mengamuk je bila main dengan abg dia,aqil. Aqil pula suka kacau haziq sampai nangis. . . Bila tanya kenapa aqil suka kacau adik. . . Aqil akan cakap "aqil suka tengok adik nangis" . . .sabar je la ummi ni. . .



post via blogaway

Hari ke 5


Hari ini masuk hari ke 5 abg di negara Jepun. Baru 5 hari tu. . . Nak tunggu lagi 21 hari memang terasa amat lama. . .

Alhamdulillah,ujian minggu pertama semasa ketiadaan abg ni, mampu dihadapi dengan tenang. Anak-anak masih lagi terkawal. Sebab di kampung ni ada ramai yang membantu untuk menjaga anak-anak ni. Ada atok,nenek, nyang dan paksu. Minggu depan paksu akan kembali ke UiTM untuk memulakan semester baru selepas bercuti hampir 3 bulan.

Alhamdulillah, kesihatan Aqil semakin baik. Dah 2 hari aqil mengalami cirit birit dan sakit perut sebab mengutip makanan apa entah masuk ke mulut. Padahnya terpaksalah menahan sakit perut dan cirit birit sehingga tak boleh tidur malam. Dalam sehari aqil boleh buang air besar sehingga 10 kali termasuk 4 kali di tengah malam dan menangis menahan sakit perut. Malam kedua dah berkurang sakitnya. Jaga di tengah malam pun hanya sekali untuk buang air besar.

Si Haziq pula dengan perangai dia yang tersendiri. Menjaga haziq amat mudah kerana karenah haziq tidak sebakul seperti abg dia, Aqil. :-) namun aku tetap bersyukur kerana dengan karenah anak-anak inilah yang menjadikan kehidupanku penuh dengan warna warni:-) kenangan inilah yang amat berharga yang akan dikenang sepanjang hayat. Dengan tanganku sendirilah aku dapat menjaga dan membesarkan sendiri anak-anak tanpa dijaga oleh orang lain.

Malam tadi, buat pertama kalinya haziq bangun tidur di tengah malam cari atok. Bila masuk bilik atok, boleh pulak tidur sebelah atok sampai ke pagi. Tak pernah-pernah anak-anakku tidur dengan orang lain melainkan dengan umminye setiap hari. Pertuturan haziq agak lambat berbanding abgnya,aqil. Tapi butir-butir sebutan haziq masih boleh difahami. Haziq pun dah pandai buat ayat dan meniru percakapan orang dewasa. Boleh bagitau nama dia, nama abg, dan yang paling best bila dengar haziq cakap nama ayah. . . "auuuuzzzz". . .(maksudnya fairuz) :-) nama ummi dia belum khatam lagi. . .

Semoga anak-anak ummi dan ayah membesar dengan sihat dan sempurna serta menjadi anak-anak yang soleh :-D

post via blogaway

Renungan di hari Jumaat yang penuh berkah


Alhamdulillah, menempuh untuk kesekian kalinya hari Jumaat yang penuh barakah di tahun 2012 ini. Sesekali terdengar suara alunan ayat suci Alquran dari masjid, mengingatkan diri ini pada bulan Ramadhan. Hampir benar ketika ini untuk menjengah Ramadhan kerana waktu yang sedang dilalui saat ini adalah di bulan Rejab.

Terasa diri ini amat hina kerana terlalu banyak melakukan dosa sebagai hamba Allah. Diri ini tidak mampu menjadi hamba Allah yang benar-benar beriman.

Muhasabah diri

Masih jauh lagi diri ini untuk bergelar isteri solehah. . . Ibu mithali. . . Lantaran kerana diri yang selalu melakukan kesilapan dan dosa. . . Namun langkah tidak seharusnya terhenti di sini. . . Kerana kita tidak boleh berhenti berlari selagi masih bermusafir di muka bumi Allah ini. .

Doaku moga Allah sentiasa membimbing dan mengurniakan ku iman dan hidayahNya untuk menempuh hari-hari yang mendatang. . . Amiiiin. . .

post via blogaway

Monday, June 4, 2012

Fly to osaka



Alhamdulillah,abg dah selamat berlepas ke osaka semalam. Lepas ni bulan depan baru anak-anak dapat jumpa ayah semula. Semalam masa hantar abg ke KLIA tengok anak-anak pun ok tak nangis dan salam macam biasa dengan ayahnya. Memang dah bagitau awal yang ayah nak ke Jepun. Tapi anak- anak sekecil ni manalah tau apa-apa melainkan yang mereka tahu ayah pergi kerja. Selalu paling lama pun tak jumpa ayah cuma seminggu. Kali ni tak tahu la macamana.

Kami berada di kampung sebulan ni. Harap-harap aqil dan haziq sihat dan ummi mampu nak jaga mereka.

post via blogaway

Thursday, May 31, 2012

Habis appointment pakar kanak-kanak


Isnin lepas kami ke klinik pakar paedatrik hospital putrajaya untuk temujanji aqil. Alhamdulillah result eeg aqil normal dan selepas ni aqil dah tiada appointment dengan doktor di klinik pakar lagi.. Alhamdulillah. Cuma kena jaga kalau time aqil demam. Ya Allah. Permudahkanlah segala urusan kami.

post via blogaway

Wednesday, May 30, 2012

bermain di taman



petang tadi lepas abg balik kerja,sempatla bawa anak-anak main di taman dekat PICC. itu pun bila dah inform awal-awal lagi. kalau tak, jam 6pm la baru abg jejak kaki di rumah sejak akhir-akhir ni. biasalah bila tinggal beberapa hari je lagi akan meninggalkan bumi Malaysia yang terchenta ni:-) tak sabar-sabar abg nak jejak kaki ke Jepang tu:-) sebulan pula tu. aku dan anak-anak macam biasalah akan tinggal di kampung a.k.a rumah tokdon n nek pah.. lama rasanya tak balik kampung:-) hehe

cerita tentang anak-anak, si adik dah pandai nak berlawan dengan si abang. kira dah pandai defend diri la. tapi dalam dok tahan-tahan, adik akan nangis juga.

tapi si haziq(adik) sekarang ni dah pandai kenal nombor. bila tanya nombor apa, betul je jawapan yang haziq bagi. tapi bila tanya aqil confirm aqil akan terdiam. nampak sangat si abg lebih banyak main:-)

Ujian Allah


Bersawang lagi blog ni..

Kesuntukan masa untuk aku mengemaskini blog ni..

Sedar tak sedar dah pun penghujung bulan mei 2012..

Alhamdulillah anak-anak dah kembali sihat. Minggu lepas kami diuji bila aqil demam panas yang agak tinggi. Hari pertama ke kecemasan hospital,suhu aqil 39'c. Bersengkang mata lah kami menjaga aqil sebab taknak suhu aqil naik terlalu tinggi. Setiap masa aqil kena jaram. Habis basah tempat tidur aqil. Selang 4hari demam aqil dah kebah tapi kena cirit birit pula. Doktor kata mungkin sebab antobiotik yang aqil makan.

Selang sehari bila aqil dah sihat,kami pun bawalah anak- anak ke melaka dan tidur di hotel. Malamnya pula aqil muntah-muntah yang banyak dan amat teruk. Kami bergegas pulang ke putrajaya jam 4 pagi sebab tak mahu ke hospital melaka bimbang aqil ditahan di wad sana. Bila waktu siang dia ok dan tak demam. Tapi bila malam aqil demam semula. Bermula la kembali episod bersengkang mata menjaga aqil kembali. Sekali lagi kami ke kecemasan hospital putrajaya. Disebabkan hari itu adalah hari ahad, jadi kami terpaksa menunggu lebih sejam untuk berjumpa doktor. Alhamdulillah, haziq tak banyak meragam dan pandai bawa diri. Haziq main dan tak menangis. Akhirnya dengan bantuan wife kepada kawan abg, yang merupakan doktor di kecemasan, dapatlah aqil buak check up selepas hampir sejam setengah kami menunggu. Ujian darah aqil normal dan tiada denggi. Tapi doktor cakap virus dah bercampur dengan bakteria dalam badan aqil. Jadi doktor bagi antibiotik yang lain dan antivirul untuk bunuh virus.

Hampir 3 hari aqil demam ditambah pula haziq dah mula demam,benar-benar menguji kami. Terpaksalah minta bantuan talian hayat dari mak dan abah dari kedah untuk datang membantu kami. Kesian mak dan abah datang pun naik bas. Alhamdulillah. Bila mak dan abah dah datang, bawa air penawar. Aqil dan haziq pun sihat. Syukur pada Allah, kerana Dialah yang memberi penyakit dan Dia jugalah yang menyembuhkannya..

post via blogaway


Thursday, March 1, 2012

Penangan upin ipin.



Teringat malam tadi sebelum tidur,sengaja tanya Aqil dah besar nanti nak jadi apa.. Tanya dia nak jadi doktor ke, polis ke,cikgu ke.. Semua dia kata tak..Pastu bagitahu dia maksud perkataan cita-cita.. Mungkin secara automatik dia teringat cerita upin ipin tentang tajuk cita-cita.

Lama dia fikir tentang cita-cita..Tiba-tiba Aqil cakap,.

"ummi,Aqil nak je 'penawan'.."

Berfikir sekejap aku..fikir..fikir.. Tapi tak dapat tangkap juga apa yang Aqil maksudkan dengan 'penawan'..

Bila aku tanya dia balik maksud 'penawan' tu..

Aqil cakap "macam upin ipin tu.."

Barulah aku faham rupanya "angkasawan".. Apalagi tergelak la aku geli hati..

Bila diajar sebut angkasawan dia boleh sebut,lepastu dia lupa dan kembali sebut 'penawan'.. Aku rasa dia mesti masih belum tahu apa itu angkasawan.. Tapi itulah penangan upin ipin..


post via blogaway

post via blogaway

Wednesday, February 29, 2012

Rahmati keluarga kami ya Allah..



Kehidupan kami sekeluarga memang sederhana. Kami cukup dengan apa yang ada. Kami tak pernah tak cukup makan walaupun adakalanya gaji abg habis dan gaji yang baru tak masuk lagi..(sebab abg kerja makan gaji) dan kami tidaklah semewah gaji keluarga yang suami isteri bekerja.. Namun kami tetap bersyukur dengan rezeki yang ada. Duduk di kuarters kerajaan yang luas dan punya dua buah kereta - innova dan kelisa..dan juga dua orang anak..itupun rezeki juga. Jadi bersyukurlah apa yang ada..

Semoga kami menjadi hamba Allah yang bersyukur dengan nikmat dan bersabar dengan ujian.

post via blogaway

post via blogaway

Anak-anakku



Inilah gambar terbaru anak-anakku di Tahun 2012. Permata hati ayah dan ummi.

Semoga Aqil dan Haziq membesar dengan sihat dan sempurna dengan menjadi anak-anak yang soleh dan beriman bertaqwa kepada ALLAH..

Amin

post via blogaway

Abg berkursus di Genting Highlands


Seminggu kami anak beranak di kampung sekarang ni sebab kali ini abg outstation ke Genting Highlands. Takde rezeki kali ni nak ikut. Sebelum ni dah ikut ke Perlis,johor, terengganu,pahang, kelantan dan ke Kedah paling banyak.

Sementara anak-anak masih belum ke sekolah ni bolehlah ikut ke merata tempat.

post via blogaway

Antara anak dan kerjaya..


Tiba-tiba malam ni terasa nak menulis di ruangan blog ni tentang sedikit pengalaman aku tentang anak dan kerja. Mungkin kerana lately ramai pula kengkawan yang aku baca tentang kehidupan mereka di facebook yang kembali belajar setelah ada anak-anak..terutamanya yang dapat Dpli.. Bila melihat keadaan mereka yang tinggalkan anak-anak dan tak kurang juga yang bawa 2 orang anak semata-mata tak nak berpisah dengan anak-anak (respect kat ibu yang macam ni sebab sanggup berkorban asalkan tak berpisah dengan anak2).. Rasa kesian pada mereka.. Bila ingat balik cerita lama aku pun pernah lalui perkara yang sama.. Hanya mampu bersabar dan berdoa untuk kuatkan hati..

Lepas melahirkan anakku Aqil, aku berhenti kerja sampailah Aqil berumur setahun 1bulan, barulah aku kembali bekerja. Dalam masa yang sama aku mengandung 2 bulan.

Aku dapat tawaran kerja melalui telefon after interview 2 bulan sebelum itu. Masa tu Aqil baru seminggu sihat dari demam dan sawan tarik dan masuk wad sehari semalam di hospital sungai petani. Bila balik Kl dapatlah tawaran tu. Bila tanya abg,dia ok je. Aku pun seronok juga sebab dah setahun jadi surirumah. Tapi dalam masa yang sama aku kena pergi kursus selama seminggu di shah alam. Itu lah yang menjadi kerisauan aku dan abg masa tu. Kenapalah kena ada kursus. Sebab risaukan si Aqil yang tak pernah berpisah dan masih menyusu badan. Abg memang beria suruh aku pergi juga dan sanggup nak jaga Aqil malam-malam. Kebetulan mak dan abah dari kedah ada bersama kami minggu tu datang ke Kl,jadi terpaksa la minta pertolongan mak masa tu. Allah sahaja yang tahu perasaan kami masa tu tambahan pula Aqil baru kena sawan tarik. Hanya doa yang mampu kami buat.

Malam pertama Aqil memang tak boleh tidur dan nangis sepanjang malam sebab cari ummi. Waktu siang kurang sikit menangis sebab dia leka main tapi still menangis. Dia pun dah start demam balik sebab rindu kat ummi. Abg, mak dan abah lah yang berjaga siang malam takut panas Aqil naik tinggi. Alhamdulilah dia ok dan tak kena sawan.

Setiap hari dan setiap malam Aqil menangis cari ummi. Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu kerisauan kami masa tu. Aku hanya mampu doa,solat hajat dan baca yassin semoga Allah lindungi anakku. Masa tu rasa nak je balik naik train komuter yang terakhir pukul 11 malam dari shah alam ke bandar tun razak sebab nak bagi Aqil lena tidur (sebab masa tu ada slot waktu malam). Tapi abg tak izinkan sebab bahaya bagi aku pula waktu malam.,

Hari ketiga aku berkursus,abg bawa Aqil ke kedah dengan mak dan abah sebab abg outstation ke kedah. Makin jauh lah Aqil dari ummi. Hinggalah malam Hari yang terakhir aku berkursus, terus aku naik bas ke sungai petani dan sampai pukul 1 pagi. Barulah dapat jumpa Aqil. Esoknya pula kami bertolak dari kedah terus ke negeri sembilan sebab isnin dah kena melapor diri di sekolah. Tak sempat nak bagi Aqil biasa di rumah pengasuh. Jadi 1st day hantar memang menangis je la Aqil sepanjang hari. Dua minggu juga nak bagi dia biasa.

Itulah pengalaman.,sekarang ni memang terasa berat hati bila nak bekerja lagi..tak sanggup bila melihat anak-anak menangis bila ditinggalkan..

Tuesday, February 14, 2012

Be positive


Take life as it comes.

Maintain a positive attitude.

You may not be able to control what happens but you are in control of how you react toward them.

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway