Friday, June 8, 2012

Hari ke 5


Hari ini masuk hari ke 5 abg di negara Jepun. Baru 5 hari tu. . . Nak tunggu lagi 21 hari memang terasa amat lama. . .

Alhamdulillah,ujian minggu pertama semasa ketiadaan abg ni, mampu dihadapi dengan tenang. Anak-anak masih lagi terkawal. Sebab di kampung ni ada ramai yang membantu untuk menjaga anak-anak ni. Ada atok,nenek, nyang dan paksu. Minggu depan paksu akan kembali ke UiTM untuk memulakan semester baru selepas bercuti hampir 3 bulan.

Alhamdulillah, kesihatan Aqil semakin baik. Dah 2 hari aqil mengalami cirit birit dan sakit perut sebab mengutip makanan apa entah masuk ke mulut. Padahnya terpaksalah menahan sakit perut dan cirit birit sehingga tak boleh tidur malam. Dalam sehari aqil boleh buang air besar sehingga 10 kali termasuk 4 kali di tengah malam dan menangis menahan sakit perut. Malam kedua dah berkurang sakitnya. Jaga di tengah malam pun hanya sekali untuk buang air besar.

Si Haziq pula dengan perangai dia yang tersendiri. Menjaga haziq amat mudah kerana karenah haziq tidak sebakul seperti abg dia, Aqil. :-) namun aku tetap bersyukur kerana dengan karenah anak-anak inilah yang menjadikan kehidupanku penuh dengan warna warni:-) kenangan inilah yang amat berharga yang akan dikenang sepanjang hayat. Dengan tanganku sendirilah aku dapat menjaga dan membesarkan sendiri anak-anak tanpa dijaga oleh orang lain.

Malam tadi, buat pertama kalinya haziq bangun tidur di tengah malam cari atok. Bila masuk bilik atok, boleh pulak tidur sebelah atok sampai ke pagi. Tak pernah-pernah anak-anakku tidur dengan orang lain melainkan dengan umminye setiap hari. Pertuturan haziq agak lambat berbanding abgnya,aqil. Tapi butir-butir sebutan haziq masih boleh difahami. Haziq pun dah pandai buat ayat dan meniru percakapan orang dewasa. Boleh bagitau nama dia, nama abg, dan yang paling best bila dengar haziq cakap nama ayah. . . "auuuuzzzz". . .(maksudnya fairuz) :-) nama ummi dia belum khatam lagi. . .

Semoga anak-anak ummi dan ayah membesar dengan sihat dan sempurna serta menjadi anak-anak yang soleh :-D

post via blogaway

No comments: