Friday, September 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hari raya kali ini dah pun berlalu..kali ni kami berempat beraya di Sungai Petani, Kedah.. lama jugaklah kami berada di Kedah..aku pun siap ambil cuti 4 hari untuk beraya ni..sama macam raya tahun lepas jugaklah, abg ada CSR di Penang, Kedah dan Perlis..tu yang lama di Utara.

sekolah cuti dua minggu..tapi hari jumaat aku keje macam biasa..walaupun budak sekolah dan cikgu-cikgu takda..

bertolak balik ke kedah selepas aku balik kerja hari selasa sebelum raya..lebih kurang pukul 5 petang..bersama abg, haziq dan Aqil..alhamdulillah, perjalanan kami selamat.. tapi macam-macam hal aqil dalam kereta...baru sampai seremban dah muntah-muntah dalam kereta sampai terpaksa salin baju dan pampers..malam pulak menangis-nangis minta buai dalam kereta..macamanalah boleh dia nak buai pulak dalam kereta..aku memang marah betul kat dia..last-last biar je dia nangis dalam kereta..lama-lama pujuk baru dia senyap dan tidur sendiri..

gambar ni masa nak balik..haziq elok je tidur dalam baby seat ni..

masa pergi jalan-jalan beraya ke rumah saudara...

masa nak pergi..bertolak petang..dalam perjalanan dah malam..tu siap-siap pakai baju tidur..

alhamdulilah haziq tak meragam dan tidur je sepanjang perjalanan dekat 8 jam tu..sampai sg petani pukul 1 pagi..penatnye la si driver tu..buka puasa pun berhenti sekejap kat rnr USJ..

sempat bergambar dengan mak je..yang lain mana??


anak-anak ummi..dah 2 orang anakku...semoga membesar menjadi anak-anak yang soleh..

Aqil dan ayahnya..

ambil gambar macam ni pun jadilah..

tema tahun ni warna ungu..adik haziq je takda baju warna ungu..seronok jugak raya kali ni..sempat ikut abang pergi perlis beraya rumah murabbi ustaz kami di perlis dan jumpa sahabat-sahabiah yang ada masa tu.. ehmm..lupa betul nak ambil gambar..ish..ruginya..ada baby baru sebaya haziq masa kami datang perlis...Nafisah namanya...lupa nak ambil gambar nafisah..anak seorang doktor...ibunya seorang doktor..subhanallah...ayahnya pula sepenuh masa bekerja untuk Islam..

kira-kira 9 hari jugaklah kami berada di utara..mak abah siap tempah sate lagi makan-makan masa hari raya ketiga...sempat bermalam kat rumah kak wati di penang sebelum balik negeri sembilan..itupun rancang nak pergi mydin penang..tapi takde rezeki mydin dah tutup masa malam kami keluar..terkilan jugak tapi nak buat macamana..

khamis pagi bertolak balik dari penang ke sg petani dulu..hantar mak abah..pastu kemas-kemas barang dan mak pun sempatlah masak nasi lemak untuk bekalan kami..mak pun rajin memasak..setiap kali aku balik kedah mesti tomyam tak tinggal..pastu ikan talapia..hehe..bestnya..bila jarang-jarang balik kedah sekarang ni..bila balik tu rasa best dan seronok sangat..

itu la cerita hari raya kali ni..tapi ada cerita sedih yang lain pulak..huhu....bersambung..

No comments: