Monday, September 20, 2010

3 hari berturut-turut ke klinik..

hari jumaat ke klinik dengan abg sebab bawa aqil buka jahitan dia kat bawah dagu tu..aku minta kebenaran keluar sekolah la..petang pas rehat baru masuk kerja balik..

hari isnin petang aku ke klinik dengan ayah bawa haziq..abg dah balik kerje ke KL.aku baru teringat yang haziq tak buang air besar dah 10 hari..kenapalah haziq agaknya..sebab dia tak meragam apa-apa..doktor cina yang rawat haziq masa sakit kuning tu pun masih kenal aku lagi dan tegur..ramah doktor tu..jumpa doktor, dia masukkan cecair melalui dubur haziq..sian haziq nangis-nangis..sakit agaknya..rasanya tak boleh buat selalu..sesekali buat boleh la cara tu..

tapi doktor siap dah pesan kalau dia tak boleh buang air besar lagi boleh buat stimulate kat dia..ambil putik kapas dan letak sedikit minyak (baby oil) lepastu masukkan sikit-sikit kat dubur dia..pastu kena selalu urut perut dia..apalah masalah haziq agaknya..harap-harap takde masalah lain..

hari ketiga pergi klinik bawa aqil dan haziq sekali..haziq cucuk 3 bulan dan aqil makan ubat cacing..kesian aqil jatuh lagi kepala dia..jatuh dari kerusi kat klinik...menangisla dia..aku pula pegang haziq...dia jatuh pun tak sempat nak pegang..lasaknyalah aqil..suka memanjat..tegah pun dia buat jugak...alhamdulilah aqil tak demam atau muntah-muntah..

ya ALLAh..peliharalah dan lindungilah anak-anakku..sesungguhnya Engkau Maha Memelihara dan Maha Melindungi..

No comments: