Tuesday, September 28, 2010

wajah-wajah aqil..




Apalah ummi ni pakaikan aqil tudung pulak..

luasnya mulut aqil...=)

"waaarrghh..nak ukak...."..aqil nak buka pintu tak dapat..

ambil gambar dengan ummi sat..=)

ni baju baru aqil..ummi beli..

Aqil suka baju ada gambar ball..

gambar-gambar ni sempat aku ambil masa main dengan dia....aqil memang suka sangat main dan ketawa kalau orang buat lawak dengan dia..

Anak-anak yang kurang sihat..

muka terkejut...

dah pandai posing sikit-sikit bila suruh ambil gambar..=)

haziq 3 bulan..

haziq ni kuat tidur sebenarnya..

anakku muhammad haziq..semoga sentiasa sihat..

ehm...sejak balik dari klinik sebab bawa haziq jumpa doktor minggu lepas..masuk hari ni dah seminggu haziq tak buang air besar lagi..masa jumpa doktor tu 10 hari tak buang air besar..ni dah seminggu lagi..semalam ayah ada beli ubat untuk haziq..cecair untuk minum..bagi haziq minum dia tak telan dan habis keluar semua..pagi tadi salin pampers haziq ada lah jugak keluar sikit.. kenapalah agaknya haziq ye..apa masalah la dia..tapi dia tak meragam sangat..aku pun memang bagi susu badan je kat dia..tak campur susu tepung pun..

ya ALLAH..kurniakanlah kesihatan yang baik pada anak-anakku..si Aqil pula batuk dan selsema..tiap-tiap malam kalau tidur mesti batuk teruk dan dah tiga malam dia muntah-muntah lagi..aku cuma bagi ubat batuk dan selsema je lah..itupun susah sangat nak makan ubat..kena pegang kaki, tangan, mulut dia..



Friday, September 24, 2010

Special Edition


1 Syawal 1431H di Taman Keladi,
Sg Petani, Kedah

Thursday, September 23, 2010

muhasabah cinta..

gambar terbaru di usia 2 tahun 6 bulan perkahwinan..syawal 1431H

setelah 2 tahun lebih ikatan perkahwinan ini, alhamdulillah, ikatan rumahtangga kami masih bahagia...dianugerahkan pula dengan 2 orang anak lelaki yang sihat..rasa terlalu banyak nikmat yang sudah dikurniakan oleh ALLAH...zalimlah aku pada diriku sendiri dan kufurlah aku pada ALLAH jika tidak bersyukur dengan nikmat yang telah ALLAH kurniakan...na'uzubillahi min zalik..janganlah Kau jadikan aku hambaMu yang kufur..

dikurniakan seorang suami seperti abg..terasa bersyukur yang teramat sangat kerana di mata aku abg adalah seorang suami yang baik dan ayah yang amat menyayangi anak-anaknya...

hanya suami sahaja yang tahu macamana hidup bersama dengan isteri seperti aku...huhu.. susah juga sebenarnya untuk menjadi seorang isteri yang solehah, mithali..

gambar 2 tahun 6 bulan yang lepas..menunggu saat diijabkabulkan..


saat terima mas kahwin selepas diijabkabulkan pada 15 Mac 2008


bergambar selepas akad nikah


saat bersanding di pelamin..


berarak diiringi pengapit....


suamiku,
jika diriku diterima kerana kelebihan,
kau kan kecewa bila terlihat kekurangan
jika diriku diterima kerana kecantikan,
kau kan bosan bila ia beransur hilang


suamiku,
jelaskanlah niat dan matlamat,
menerimaku kerana agama,

asam garam rumahtangga
khilaf dan salah pasti ada
sama-samalah berlapang dada,

pemula maaf paling mulia, suamiku,
redhailah aku menjadi isterimu di dunia dan akhirat..


teramat sayang,

isterimu..

jam baru aqil..





jam tangan aqil yang baru..abg beli di padang besar masa bawa mak, abah dan faiz
ke sana hari tu...

sekitar majlis pertunangan zana dan azlee



9 syawal - majlis pertunangan zana dan azlee..ramai jugak yang datang..aku pula tak dapat nak tolong buat kerja sebab menjaga haziq dan aqil..memang bila ada anak kecil ni..kita disibukkan oleh anak-anak lah..


sibuk betul pakcik ni nak ambil gambar muka dia..hahha

kak azi, humaira, kakchik,rubi, wan..candid..

uiihh..tengoklah tu..banyaknya hantaran depa ni.. 9 dulang vs 11 dulang

awatlah si azlee ni tak nipiskan rambut bagi smart sikit..hehe....nampak tebal rambut dia..hahaha...lawak je..=)

dahsyat tul depa ni..gambar kek pun nak ada gambar..ni yang buat takut nak makan sebab ada gambar orang..=)



alhamdulilah..semua berjalan lancar..dan keesokkan harinya masa untuk mengemas yang memenatkan..

Wednesday, September 22, 2010

Andai Waktu Memanggilku..

tengahari tadi balik ke rumah sejam..ayah tinggal dengan haziq je kat rumah..haziq tak meragam apa pun..dapat minum susu senyaplah dia..tapi balik tengahari tadi mandikan haziq dan siap-siapkan dia sebab ayah tak pandai nak mandikan haziq..pastu pam susu simpan dalam peti ais..pastu barulah sempat nak makan, itupun makan mana yang sempat..bekerja ke bilik air amik wudu', solat dan bergegas siap pula nak ke sekolah semula..terasa masa begitu cepat dan pantas bergerak..

ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini..terasa masa begitu pantas berlalu melewati detik yang takkan kembali.. menguruskan dua orang anak kecil memang memenatkan dan menguji kesabaran..kuatkanlah kesabaranku ya ALLAH..janganlah sampai aku melampaui batas dan terleka..


anak-anakku..

Aqil dan sepupu Danial..dah besar anak aku ni..


kesian tengok haziq tidur..tapi haziq memang suka tidur..

Anakku Haziq berusia 3 bulan..


laparnye perut ni..tapi malas nak turun kantin..tapi bila teringat kejap lagi balik rumah rehat confirm tak boleh nak makan..kat rumah ayah seorang je jaga haziq..aqil dah hantar rumah pengasuh pagi tadi..mak kena kerja pula lagi 2 hari..

bila teringatkan anak-anak..risau je..takut jadi apa-apa..sampai fikir tak nak kerja dan nak jaga anak sendiri..tapi tak boleh..tawakal je la..semoga ALLAH pelihara anak-anakku..


program ICT bersama Komuniti

semasa sesi ceramah..bergelap..

aku kah ini..??

Alhamdulilah..setelah bertungkus lumus selama 2 minggu, akhirnya program semalam berjalan lancar dan selamat..macam-macam cara aku dah buat. akhirnya datangla jugak dalam 21 orang mak bapak ni..kira penuh jugaklah makmal komputer sekolah..

alhamdulilah, terima kasih jugaklah untuk cikgu-cikgu yang banyak menolong..ada yang dah bagi tugas tapi tak datang langsung pun ada..biarlah..yang penting program dah selamat.

.tinggal 2 program besar lagi tak setel..program lepas PMR dan program gerak gempur ICT kat sekolah aku..semuanya memerlukan perancangan rapi dan pengorbanan..

Monday, September 20, 2010

3 hari berturut-turut ke klinik..

hari jumaat ke klinik dengan abg sebab bawa aqil buka jahitan dia kat bawah dagu tu..aku minta kebenaran keluar sekolah la..petang pas rehat baru masuk kerja balik..

hari isnin petang aku ke klinik dengan ayah bawa haziq..abg dah balik kerje ke KL.aku baru teringat yang haziq tak buang air besar dah 10 hari..kenapalah haziq agaknya..sebab dia tak meragam apa-apa..doktor cina yang rawat haziq masa sakit kuning tu pun masih kenal aku lagi dan tegur..ramah doktor tu..jumpa doktor, dia masukkan cecair melalui dubur haziq..sian haziq nangis-nangis..sakit agaknya..rasanya tak boleh buat selalu..sesekali buat boleh la cara tu..

tapi doktor siap dah pesan kalau dia tak boleh buang air besar lagi boleh buat stimulate kat dia..ambil putik kapas dan letak sedikit minyak (baby oil) lepastu masukkan sikit-sikit kat dubur dia..pastu kena selalu urut perut dia..apalah masalah haziq agaknya..harap-harap takde masalah lain..

hari ketiga pergi klinik bawa aqil dan haziq sekali..haziq cucuk 3 bulan dan aqil makan ubat cacing..kesian aqil jatuh lagi kepala dia..jatuh dari kerusi kat klinik...menangisla dia..aku pula pegang haziq...dia jatuh pun tak sempat nak pegang..lasaknyalah aqil..suka memanjat..tegah pun dia buat jugak...alhamdulilah aqil tak demam atau muntah-muntah..

ya ALLAh..peliharalah dan lindungilah anak-anakku..sesungguhnya Engkau Maha Memelihara dan Maha Melindungi..

Friday, September 17, 2010

Aqil tercedera di hari raya...=(

inilah cerita sedih hari raya kali ini..

hari raya ketiga di rumah sg petani..macam biasalah si Aqil ni memang lasak..tengah main basikal sorng-sorang pun dia boleh terjatuh..apa lagi sampai terbelah dagu dia..punya kalut abg tengok darah dan aqil menangis kuat..terus cepat-cepat pergi hospital sungai petani..tambah kesian..aqil nak kena tunggu giliran lagi..sampai tertidur aqil..

Aqil suka sebenarnya naik basikal ni..


linilah basikal yang aqil panjat tapi terjatuh sampai kena jahit kat bawah dagu dia..

aku tak berkesempatanlah nak ikut ke hospital sebab jaga haziq..tapi bila dengar abg cerita pun kesian kat aqil..menjerit-jerit menangis bila MA jahit dagu dia..kena 3 jahitan..

sempat ambil gambar ni masa dia tidur je..

3 jahitan di bawah dagu aqil..

tapi yang syoknya..balik dari hospital terus nak main..siap ketawa2 lagi..pujuk tidur tak nak..dah lama tu baru la dia tidur masuk buai..sebut tentang buai..aqil ni tak boleh berpisah langsung dari buai..berat dah 13 kg..spring buai pun boleh putus dan spring habis tegang dah sebab dia dah besar..nasib baik haziq ni tak ajar buai..kalau tak jenuhla dua-dua nak buai.

selepas 5 hari baru boleh buka benang jahit kat dagu aqil..itupun buat kat klinik jempol ni..menangis la aqil sekali lagi..tapi yang kali ni bukannya sakit..cuma dia je takut..masa jahit tu memang jangan cakaplah sakitnya..

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hari raya kali ini dah pun berlalu..kali ni kami berempat beraya di Sungai Petani, Kedah.. lama jugaklah kami berada di Kedah..aku pun siap ambil cuti 4 hari untuk beraya ni..sama macam raya tahun lepas jugaklah, abg ada CSR di Penang, Kedah dan Perlis..tu yang lama di Utara.

sekolah cuti dua minggu..tapi hari jumaat aku keje macam biasa..walaupun budak sekolah dan cikgu-cikgu takda..

bertolak balik ke kedah selepas aku balik kerja hari selasa sebelum raya..lebih kurang pukul 5 petang..bersama abg, haziq dan Aqil..alhamdulillah, perjalanan kami selamat.. tapi macam-macam hal aqil dalam kereta...baru sampai seremban dah muntah-muntah dalam kereta sampai terpaksa salin baju dan pampers..malam pulak menangis-nangis minta buai dalam kereta..macamanalah boleh dia nak buai pulak dalam kereta..aku memang marah betul kat dia..last-last biar je dia nangis dalam kereta..lama-lama pujuk baru dia senyap dan tidur sendiri..

gambar ni masa nak balik..haziq elok je tidur dalam baby seat ni..

masa pergi jalan-jalan beraya ke rumah saudara...

masa nak pergi..bertolak petang..dalam perjalanan dah malam..tu siap-siap pakai baju tidur..

alhamdulilah haziq tak meragam dan tidur je sepanjang perjalanan dekat 8 jam tu..sampai sg petani pukul 1 pagi..penatnye la si driver tu..buka puasa pun berhenti sekejap kat rnr USJ..

sempat bergambar dengan mak je..yang lain mana??


anak-anak ummi..dah 2 orang anakku...semoga membesar menjadi anak-anak yang soleh..

Aqil dan ayahnya..

ambil gambar macam ni pun jadilah..

tema tahun ni warna ungu..adik haziq je takda baju warna ungu..seronok jugak raya kali ni..sempat ikut abang pergi perlis beraya rumah murabbi ustaz kami di perlis dan jumpa sahabat-sahabiah yang ada masa tu.. ehmm..lupa betul nak ambil gambar..ish..ruginya..ada baby baru sebaya haziq masa kami datang perlis...Nafisah namanya...lupa nak ambil gambar nafisah..anak seorang doktor...ibunya seorang doktor..subhanallah...ayahnya pula sepenuh masa bekerja untuk Islam..

kira-kira 9 hari jugaklah kami berada di utara..mak abah siap tempah sate lagi makan-makan masa hari raya ketiga...sempat bermalam kat rumah kak wati di penang sebelum balik negeri sembilan..itupun rancang nak pergi mydin penang..tapi takde rezeki mydin dah tutup masa malam kami keluar..terkilan jugak tapi nak buat macamana..

khamis pagi bertolak balik dari penang ke sg petani dulu..hantar mak abah..pastu kemas-kemas barang dan mak pun sempatlah masak nasi lemak untuk bekalan kami..mak pun rajin memasak..setiap kali aku balik kedah mesti tomyam tak tinggal..pastu ikan talapia..hehe..bestnya..bila jarang-jarang balik kedah sekarang ni..bila balik tu rasa best dan seronok sangat..

itu la cerita hari raya kali ni..tapi ada cerita sedih yang lain pulak..huhu....bersambung..

Thursday, September 2, 2010

mati akal..???

ya Allah..ujian betul...aku rasa dah mati akal tak tau nak buat macamana lagi.. susahnyalah nak berurusan dengan pelajar-pelajar ni terutamanya untuk program-program yang melibatkan ibu bapa..peningnya kepala aku..macamana aku nak buat lagi ni..macam-macam cara aku dah buat..tapi tak berhasil dan tak berkesan langsung.. macamanalah program ict untuk ibu bapa ni nak berjalan lancar..

bagi surat kat pelajar suruh bagi kat ibu bapa ada yang tak bagi..nak kutip surat jawapan maklum balas lagi la susah..aku dah round satu sekolah cari pelajar-pelajar ni pun tak dapat nak kutip balik..tambah pulak harini diorang ada ujian selaras..lagi susah nak ganggu..

ya ALLAH..apa patut aku buat..bantu la hambaMU yang lemah dan jahil ini ya ALLAH..