Monday, August 30, 2010

karenah aqil..

harini aku ditugaskan untuk mengupdate laman web sekolah..sebabnya sekolah nak masuk pertandingan laman web anjuran jabatan pendidikan..tapi macam biasa sempat lagi update blog jap..

malam tadi aqil selera pula makan..tapi dia suka makan nasi putih je..punya banyak dia makan nasi putih lepastu macam biasa minum air kegemaran dia air ribena..tapi yang peliknya tidur malam dia still banyak jaga minum susu dan nen..lapar lagi ke dia?? huhu..nak nangis aku dibuatnya tiap-tiap malam sebab melayan karenah si aqil ni..dah la menjerit-jerit malam-malam sebab tak sabar nak nen..kalau orang tidur memang geram betul sebab dengar dia menangis..aku dah tak tau nak buat macamana dengan Aqil ni..kadang-kadang rasa putus asa jugak..sebab dah macam-macam ikhtiar nak ceraikan susu..tengok-tengok bila adik dia lahir, susu banyak pulak..apalagi dia pun menumpang la sekali..rezeki aqil dan haziq..tapi tandem nursing ni memang mencabar,..tambah-tambah aqil pulak nak nen waktu malam je..huhu..

sekarang ni ikhtiar terakhir aku dan jalan terbaik..teruskan berdoa tanpa henti..semoga ALLAH permudahkan Aqil untuk minum susu dan sihat..alhamdulilah..Allah kurniakan haziq yang baik dan tak banyak karenah.

pagi tadi sebelum aku pergi kerja..dua-dua dah bangun..haziq bangun celik mata je..tapi Aqil bangun dengan suara dia menjerit-jerit nak ummi buai..aku dah la nak bersiap pergi kerja..habis semua satu rumah bangun sebab suara dia..last sekali, turunkan dia dari buai dan ajak main dengan nyang..baru senyap..siap bagi ummi kunci kereta dan amin ummi.. lega hati aku tengok dia tak nangis bila aku pergi kerja..dia tengok ke aku dari pintu bila aku naik kereta..

esok cuti hari merdeka..alhamdulilah dapat cuti kerja..tapi bukan cuti dari jaga anak...

abang pula sekarang ni tengah semangat nak pergi kursus perancangan kewangan..insyaALLAH pas raya ni kat kuantan..semoga ALLAH permudahkan urusan kami dan kurniakan kami rezeki yang halal lagi berkat ke atas keluarga kami..amin..

20 Ramadan


10 terakhir Ramadan berkungjung sudah..bermakna Ramadan dah masuk ke fasa terakhir... cepat benar masa berlalu.. terasa tak sempat nak kukutip semua pahala Ramadan yang ALLAH janjikan.. terasa sesak benar waktu yang ada untuk aku tambahkan amalan..kurang muhasabah diri yang dilakukan..adakah kerana menguruskan anak-anak dan kerja rumah yang tak pernah habis?? ya ALLAh janganlah Engkau lalaikan hati ini..

Friday, August 27, 2010

Aqil Sayang Haziq

Aqil ni suka sangat nak cium adik dia..mungkin sebab dia selalu tengok ummi, ayah, atok, nenek selalu sayang adik, dia pun nak juga sayang adik dia...

tapi kalau aqil geram adik dia la selalu jadi mangsa..selalu adik kena tampar, cakar kepala..kesian haziq..



ni aqil suruh adik cium dia..


punya nak sayang adik..

17 Ramadan..




permata hati ummi dan ayah


harini dah masuk 17 Ramadan..masih bekerja seperti biasa di sekolah ini...
tapi puasa kali ni terasa penat dan letih yang amat sangat..mungkin sebab aku pun baru 2 bulan lepas bersalin..menyusukan dua orang anak lelaki..lapar, letih dan penat yang teramat sangat..

pukul 4.30 pagi dah bangun bersahur..lepas tu kemas-kemas pinggan mangkuk, basuh botol susu aqil, sediakan susu haziq dan air panas..sebelum pergi kerja kalau terasa susu banyak kena pam dulu..lepas solat subuh sebelum bersiap ke sekolah kena susukan aqil dan haziq dulu..lepas tu baru bersiap..

tengahari balik pun tak dapat nak rehat..haziq pun tak sempat nak tengok...balik tengahari biasanya aku pam susu sebab dah penuh dan takut sakit..lepastu pergi kerja balik..balik dari kerja petang kena uruskan haziq..alhamdulilah, aqil dah siap2 mandi bila ambil dari rumah pengasuh..

lepas mandikan haziq dan aku mandi, siapkan juadah untuk berbuka pula..nasib baik tak payah masak sebab makanan dan lauk memang mak akan suruh pekerja di kem hantar ke rumah..

pas buka dan solat maghrib, gosok baju nak pergi kerja..lipat kain, basuh kain..kemas apa yang patut..hmm..kerja tak pernah habis..kena melayan aqil lagi yang tengah lasak dan tak reti duduk diam..nasib baik wan dan ayah ada tolong jaga dan layan aqil dan hazia..kalau tak..setiap hari aku berendam air mata..huhu...

sementara anak kecil dan nak membesar ni memang mencabar dan perlukan banyak kesabaran..pada Allah jualah dipohon dikuatkan kesabaran dan diteguhkan iman..

Tuesday, August 24, 2010

Bekerja di bulan Ramadan

alhamdulilah, time bulan puasa ni, aku bergilir-gilir dengan technician sini balik awal..hari ni turn aku balik awal 2.30pm..tapi petang ni nak bawa haziq ke klinik untuk temujanji 2 bulan dan cucuk imunisasi..

hmm..sekarang ni bila dah ada 2 anak..malam-malam kena bagi nyusu untuk 2 anak..kalau anak tak tidur malam..aku pun kena berjaga lah malam..nasib baik haziq tak banyak meragam waktu malam..tapi..huhu..aqil pulak yang lebih dari adik dia..kalau dia nak nen malam-malam..jangan cakaplah ragam dia macamna..memang menguji kesabaran betul..sampai aku geram kat dia..aku cubit pipi dia sampai lebam biru lah jugak..kesian aqil..tapi nak buat macamana..tiap-tiap malam aku seorang yang kena jaga dua orang anak ni sebab ayah dia duduk di KL..kadang-kadang memang aku hilang sabar..

alhamdulilah aku dapat memberi susu ibu untuk haziq..masa dalam pantang dah siap buat stok susu untuk bila aku kerja ni..takde masalah sebenarnya untuk kita bagi anak susu ibu walaupun bekerja..dan tak susah pun..macamanalah ada ibu-ibu yang sanggup bagi alasan kerja sebab tak bagi anak susu ibu....kasihan sungguh pada bayi tu..

Ramadan yang mulia..


alhamdulilah..harini dah masuk 14 ramadan..baru aku berkesempatan nak update blog ni.. hari tu masuk je kerje lepas habis pantang 44 hari..banyak sangat kerja yang nak kena dibuat..banyak yang tertinggal..alhamdulilah..buat perlahan-lahan..akhirnya dapat juga dikerjakan..

sejak dah ada dua orang anak ni..rasa makin lama makin banyak kerja nak kena buat..rasa takde masa rehat langsung..penatnya badan hanya ALLAH sahaja lah yang tahu..tapi nak buat macamana..kena kuatkan juga semangat..dan mohon kekuatan dan kesabaran dari ALLAH semoga dipermudahkan urusan..

alhamdulilah..masa awal-awal dulu takut juga bila fikir mampukah aku hadapi semua ini..tapi bila dah laluinya..terasa ALLAH banyak mudahkan urusan..alhamdulillah..hati terasa lapang..

dalam bulan puasa ni, mak dan ayah tolong jaga haziq..aqil pula hantar ke rumah pengasuh..lepas raya ni mak dah cuti panjang..bolehlah mak jaga haziq..

tiada apa yang dapat aku gambarkan selain rasa syukur yang tidak terhingga sebab ALLAH dah mudahkan urusan..

Tuesday, August 17, 2010

bercuti lama..

alhamdulilah....itulah yang mampu aku lafazkan..

dah lama benar tak update blog ni..aku pun dah selamat bersalin..anak lelaki di hospital jempol jam 12.45 tengahari..sekarang pun dah mula kerja balik di sekolah ni..tapi belum ada masa lagi nak update blog sepenuhnya...terlalau banyak kerja-kerja yang tertinggal dan tak kurang kerja-kerja yang menanti..huhu..bilalah ianya akan berakhir...

jumpa di entri lain..