Monday, May 10, 2010

Pantas Berlalu...

Akhirnya minggu yang baru pun bermula..begitu pantas masa berlalu..

minggu ni cuti hujung minggu cuma hari ahad..sebab hari sabtu aku ada program..begitu mememanatkan bermula hari khamis buat persiapan, jumaat dan sabtu berlangsung program..

abg pun balik hari sabtu petang ke negeri sembilan..jadi dapatlah semalaman sahaja bersama aku dan aqil..balik dari program pun aku memang keletihan yang teramat sangat..abg oun tengok aku tidur je balik dari program..mana taknya, bawa perut yang dah 8 bulan ni..nasib baiklah abg memahami dan tolong jaga dan main dengan aqil malam tu..aqil pulak, time main, dia main sungguh-sungguh..tu yang tak larat aku nak jaga..sampaila kul 12 tengah malam dia main..

hari ahad, abg balik ke KL awal sebab kena pergi morib..outstation..semakin hari semakin sibuk..dan aku semakin dah tak larat rasanya..bangun pagi-pagi pun kadang-kadang pening kepala..malam-malam jaga 4,5 kali sebab buat susu aqil..aqil minum susu yang amat banyak time dia tidur tapi kalau time siang dia tak nak minum susu langsung..pelik betul..=)

aku terfikir jugak macamnalah aku nak hadapi kehidupan yang akan datang ni bila anak dalam perut ni dah keluar..mampukah aku hadapinya..macamana aku nak jaga 2 orang anak ni tanpa suami di sisi..ya ALLAH..permudahkanlah urusanku..kalau aqil nak dengan atuk dan nenek dia, aku dah tak pening kepala..tapi dia masih bergantung pada aku..hmm...tak taulah macamana aku nak hadapinya...

No comments: