Wednesday, May 26, 2010

Cermin mata hitamku..

mula-mula pinjam spec ayah dulu..

inilah spec baru Aqil..


apa tengok-tengok..nak pinjam ke?

eh, senget plak spec ni..


haa..baru ok...hensem tak Aqil..?


First time belikan spec hitam untuk Aqil..sebab dia asyik suruh ayah dia pakai spec je bila naik kereta..sukalah dia dapat merasa pakai spec..Aqil..Aqil..

minggu ke 35..

hari ini genap minggu ke35 kandungan aku..minggu ni berjalan seperti biasa..dan alhamdulilah aku masih lagi sihat dan mampu meneruskan kerja-kerja harian ku seperti biasa..dan alhamdulilah, aku masih lagi kuat untuk memanjat tangga sehingga tingkat 3 seperti kebiasaanku di sekolah ni.. syukur pada ALLAH kerana memberi nikmat kesihatan ni..takde sakit-sakit belakang, pedih ulu hati..semuanya ok..cuma penat dan pening kepala je sikit-sikit..itupun kadang-kadang..leganya rasa..=) semoga ALLAH memberi kelapangan padaku..

esok last day kerja untuk minggu ni sebab jumaat cuti wesak..alhamdulilah, boleh luangkan masa dengan aqil dan ikut abg ke KL =) kebetulan sepupu sebelah abg pun ada kenduri kahwin...mak abah dari kedah pun turun KL sebab nak datang kenduri..


minggu lepas..abg macam biasa dapat balik kg..masa banyak dihabiskan dengan bermain bersama Aqil la..sempat juga basuh kereta dengan Aqil..Aqil pun apa lg..memang kesukaan dia la main air..macam biasa menangis-nangis nak main air lagi...




tolong lap kereta ayah..


tengok ayah buat macamna..

dah basah sebab main air..


nak main air lagi ni..



oppsss....ummi jangan kacau..Aqil nak main air ni...=)




bestnya dapat pijak air ni...=) yuhuuuu..





ayah: "Aqil siram macamni ye...."

Monday, May 17, 2010

bermuhasabah diri..

kadang-kadang kita perlu ambil masa untuk bermuhasabah diri untuk mencari semula kekuatan diri..untuk memotivasikan semula diri..kerana ada masanya kita berasa terlalu kuat namun adakalanya kita lemah untuk menghadapi ujian..

kadang-kadang hati menangis sendiri mengenangkan ujian yang datang kerana tak mampu dihadapi..namun kepada ALLAH jualah tempat untuk memohon kekuatan dan kesabaran untuk menghadapinya..

kita perlu sentiasa sedar bahawa kita sentiasa layak diuji..

Kamu sentiasa layak diuji

MUSIBAH ITU ADA TUJUANNYA

Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia?

Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA.Buruk sangka, tidak mencari ‘bicara Tuhan’ di sebalik musibah dan berantakan menyelaputi jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya.

Seorang lelaki yang baik, menjaga iman dan beramal soleh, difitnah berzina?

Seorang isteri yang baik, taat, melakukan segala kebaikan untuk kesempurnaan rumahtangga, dihadapkan dengan khianat suami bermain kayu tiga?

Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada rumahtangga tak berbelah jiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia?

Seorang anak yang datang dari sebuah keluarga bahagia, berdepan dengan keluarga mertua yang mengundang sengsara?

Seorang ibu dan seorang bapa, yang sangat menjaga hal ehwal pendidikan dan akhlaq anak-anak mereka, diuji dengan salah seorangnya menjadi pelesit menconteng arang ke muka?

Mengapa semua ini berlaku?

Itulah bicara Allah kepada kamu…

Kamu pernah mendakwa yang kamu menjaga pergaulan adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu mentaati suami dan menjaga kebajikannya adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu memelihara isteri dan anak-anak adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah KERANA DIA.

Kamu pernah mendakwa baahwa kamu menjadi ibu dan bapa yang melaksanakan segala tugasan dengan sempurna adalah KERANA DIA.

LUPA

Tetapi kamu terlupa.

Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlaq baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina. Lelaki baik harus lancar memiliki perempuan yang baik.

Ketika kamu mentaati suamimu, menjaga segala keperluannya, kamu terlupa kepada Allah dan meletakkan jangkaan bahawa mencintai sama dengan memiliki, dicintai sama dengan dimiliki.

Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu, kamu lupa kepada Allah hingga kamu sangka itu semua jasa, dan jasa mesti dibalas budi.

Ketika kamu menjadi anak soleh, kamu lupa kepada Dia dan kamu sangka kebaikanmu itu suatu jaminan. Mustahil anak yang baik dikeji manusia ibu dan manusia bapa, biar pun mereka hanya mertua.

Semasa kamu mendidik anak-anak dengan sebaik-baik didikan, kamu lupa kepada Allah lalu mengharap kebaikanmu dikenang dan dibalas mereka, hingga terlupa niat kamu berkaitan Dia.

Maka lelaki soleh yang difitnah zina, maka isteri solehah yang dikhianati suami, maka suami soleh yang dikufuri isteri, maka anak soleh yang disakiti ibu bapa, baik kandung atau mertua, maka ibu bapa solehin yang dikecewakan anak oleh perlakuan buruknya, ketahuilah bahawa ALLAH sedang berbicara kepada kamu.

Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna.

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.
HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.
HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.

Kita sentiasa layak diuji…
Kerana kita adalah HAMBA.
Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!

- Abu Saif -

sambutan hari guru

makan tengahari kat laksa shake, carrefour rahang, seremban



khusyuknya abg makan laksa tu..=)

tunggu ummi g solat jap kat surau..


gambar aqil dan ummi..=)



posing masa makan..=)


harini semua pelajar dan guru-guru kat sini menyambut hari guru beramai-ramai kat dataran perhimpunan..tak terkecuali aku pun join la sekali..tengok je pun..nak masuk sukaneka tak larat la aku...

alhamdulilah..persiapan barang-barang untuk kelahiran baby baru ni dah pun siap..2 hari lepas kami sempat ke carefour rahang kat seremban untuk beli katil baby..sekarang ni kira tunggu masa je la nak bersalin..dah pun masuk 33 minggu 5 hari..perut pun makin lama makin tegang..nak tidur pun dah tak selesa..aqil pulak still nyusu badan..tak tau la macamna nak stop kan dia..mudah-mudahan ALLAH permudahkan bila aqil dah adik nanti..

semalam abg outstion lagi..kali ni ke PULADA kat johor..aku macam biasa melayan aqil kat rumah je la..cuti hujung minggu..tak tau nak buat pa..

Tuesday, May 11, 2010

Happy Mother's Day

inilah kek kegemaran aku..hehe=)



selamat hari ibu

Minggu ni abg sempat balik ke negeri sembilan lagi..cuma abg sempat sehari je la bermalam kat rumah..itu pun abg sampai rumah petang sabtu..aku pulak kerja seharian hari sabtu sebab jadi ajk program seminar..


abg sempat lagi beli cheese cake untuk aku..hehe..kebetulan pulak hari ibu..kira ni kek untuk hari ibu la..=)sedapnya cheese cake ni..


hari ahad tu sempat la kejap pegi makan-makan kat luar dan jalan-jalan bawa aqil..




Masa makan kat kedai..





Anakku yang semakin membesar..=)

Monday, May 10, 2010

Pantas Berlalu...

Akhirnya minggu yang baru pun bermula..begitu pantas masa berlalu..

minggu ni cuti hujung minggu cuma hari ahad..sebab hari sabtu aku ada program..begitu mememanatkan bermula hari khamis buat persiapan, jumaat dan sabtu berlangsung program..

abg pun balik hari sabtu petang ke negeri sembilan..jadi dapatlah semalaman sahaja bersama aku dan aqil..balik dari program pun aku memang keletihan yang teramat sangat..abg oun tengok aku tidur je balik dari program..mana taknya, bawa perut yang dah 8 bulan ni..nasib baiklah abg memahami dan tolong jaga dan main dengan aqil malam tu..aqil pulak, time main, dia main sungguh-sungguh..tu yang tak larat aku nak jaga..sampaila kul 12 tengah malam dia main..

hari ahad, abg balik ke KL awal sebab kena pergi morib..outstation..semakin hari semakin sibuk..dan aku semakin dah tak larat rasanya..bangun pagi-pagi pun kadang-kadang pening kepala..malam-malam jaga 4,5 kali sebab buat susu aqil..aqil minum susu yang amat banyak time dia tidur tapi kalau time siang dia tak nak minum susu langsung..pelik betul..=)

aku terfikir jugak macamnalah aku nak hadapi kehidupan yang akan datang ni bila anak dalam perut ni dah keluar..mampukah aku hadapinya..macamana aku nak jaga 2 orang anak ni tanpa suami di sisi..ya ALLAH..permudahkanlah urusanku..kalau aqil nak dengan atuk dan nenek dia, aku dah tak pening kepala..tapi dia masih bergantung pada aku..hmm...tak taulah macamana aku nak hadapinya...

Wednesday, May 5, 2010

Kesibukan..

Minggu ni berlalu begitu pantas..ini pun masih dihambat kesibukan..tapi aku tetap nak menulis sedikit catatan kehidupanku sepanjang minggu ni..

hari ni..alhamdulillah..dah masuk 32 minggu bersamaan 8 bulan..alhamdulilah aku masih diberi kekuatan untuk meneruskan kerja ku dan berulang alik naik tangga setinggi tingkat 3 setiap hari di sekolah ini..syukur alhamdulillah..

macam-macam yang dah berlaku 3 hari kebelakangan ini..semuanya peristiwa sedih yang membuatkan aku menangis untuk menghilangkan kesedihan di hati..

bermula dengan isnin yang duka..rupanya kerjaku selama ini tidak dihargai dan dinilai seperti sampah..aku diberi komen yang amat menyakitkan hati..seolah-olah aku tak pernah membuat walau satu kebaikan di sekolah ini..terasa kesabaran diuji..

hari kedua aku lalui dengan usaha untuk mengumpulkan kembali kekuatan untuk meneruskan lgi kerja aku..alhamdulilah, dengan sokongan dan nasihat suami aku yang tak putus-putus dan doa mohon diberi kekuatan dan ketabahan, aku cuba bertindak rasional untuk meneruskan kerja ku..ikutkan hati dah tak sanggup nak kerja kat sekolah ni..tapi bila fikirkan masa depan dan mencari rezeki..aku tetapkan dan tabahkan hati..alhamdulilah, ada orang-orang yang memahami..

hari ni aku teruskan seperti biasa dan berusaha untuk menjadi lebih baik..mudah-mudahan ALLAH permudahkan urusan kerja ku..khamis dan jumaat aku terlibat dengan persiapan program untuk sabtu ni..nampaknya aqil kena tinggak rumah pengasuh lagi hari sabtu ni..tak dapatlah 2 hari bercuti dengan aqil..

ya ALLAH..bimbinglah aku ke jalan yang benar dan diredhai..