Anak-anak yang sentiasa menguji kesabaran |
(Perkongsian rakan)
Bila gambar si kecil berbicara...Kakak yg berusia 2 tahun setengah dan adik yg berusia kurang 3 bulan...
Sungguh biarlah tawa ini kekal sampai akhir hayat
mereka. Sampai syurga.
Ingatlah pesan Saidina Ali,
bukan tempoh memukul ketika usia si kecil belum mencapai 7...Inilah usia di
mana ibu bapa bermain sama dalam dunia mereka, melayani karenah mereka dan
mengajar dgn penuh santun, sabar dan bijak.
Pernah suatu ketika, saya
berjalan dengan si kecil yg berusia 2 tahun setengah. Ada lopak air dan si kecil
terus memasukkan kakinya dalam lopak tersebut. Semua ahli keluarga
menghalanginya dan cuba menarik tangannya. Saya hanya memandang dan senyum, Si
kecil lihat wajah saya,. Saya kata, "pandai anak ibu...tapi air tu kotor sayang...ada ulat2 kecil...kita tak nampak ulat tu..kalau ulat tu gigit kaki sayang, sayang sakit tak..?" Dia angguk dan kata," Ada ulat ibu?" "
Yer sayang..." Saya balas.
Si kecil senyum. Ada keluarga pandang saya dan kata, ibu dia tak marah dia
pun.....tengok kasut dia dah kotor..
Saya senyum dan menjawab,,"Sebab dia kecil la dia buat macam tu. Dia rasa
seronok. Kita semua dah dewasa,dah tua..tak berada dalam dunia dia..dia pun tak
faham kita..kita pun tak faham dia. Esok dia dah besar, dia takkan teringin
buat macam tu lagi. Dia pun nak jaga kasut dia. Sekarang ni kita bagi dia faham
dulu kenapa tak boleh buat mcam tu,Bagi dia faham sungguh2. Kalau sekadar cakap
kasut kotor, takde kesan pun untuk dia. Cakap sampai dia boleh rasa kesan..macam
ulat yang akan gigit kaki dia dan dia rasa sakit...Kalau halang je, dia takkan
ikut pun...Ini dunia dia...ini kegembiraan dia...dunia kita berbeza. Kita dulu
waktu kecil pun, macam2 karenah kita buat. Ini waktu bermain. Waktu belajar dengan
kasih sayang....waktu memahami dengan cinta dan lemah lembut. Waktu main sungguh2!
Waktu disiplin ialah ketika usianya 7-14 tahun...Marahlah...pukullah...didiklah
dengan kasih sayang... suruhlah itu dan ini...Inilah waktu memberi kefahaman bersama
tanggungjawab. Tapi bukan memukul dengan emosi... bukan memukul di muka...
Oh, bersama wajah2 ini Allah
hadirkan kegembiraan. Mengapa bersama karenah dan tangisan mereka,kita tidak
merasa nikmat gembira?
Bising, kacau itu ini, menangis tak berhenti, tak dengar
kata....Oh...Mengapa ketika itu kita terasa kesabaran seolah2 tercabut dan
tangan kita pun cepat mencubit dan memukul-konon untuk
mengajar...? MasyaAllah... ajaran bagaimanakah yang mahu kita berikan dengan pukulan dan herdikan ketika usianya sibuk untuk bermain & ketawa???
Oh...sungguh, kita hanya mahu mudah dan senang....sedangkan yang sukar itulah
menjadi saham2 untuk kita bawa ke syurga!
Suatu ketika nanti, rumah yang bising akan sunyi kembali bilamana mereka membesar
dan pergi meninggalkan kita untuk urusan hidup mereka yang lebih baik...Ketika
itu kita akan rindukan karenah2 mereka...Jadi bersabar & bergembiralah wahai
ibu & ayah! Dan didiklah cara Nabi & sahabat mendidik...bukan cara
kita....
No comments:
Post a Comment