Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kami sekeluarga diberi nikmat kesihatan yang baik dari Allah...cuma Haikal masih lagi batuk berkahak..Kadang-kadang dengar juga bunyi kahak..kadang-kadang tak dengar langsung..aku cuma bagi Haikal ubat batuk salbutamol tu bila nampak batuknya agak kuat... memang jarang sangat bagi ubat batuk tu..
Cerita Cuti Raya
Hari ini 8 Syawal 1435H.. kami sekeluarga gerak Sg. Petani bermula Jumaat pagi selepas sahur.. anak-anak pun angkut je tidur dalam kereta terus sampai la di rumah mak abah dalam pukul 11.30 pagi. Hari Jumaat tu memang aku dan abang dah mohon cuti untuk gerak awal bagi elakkan jam di highway...
Abang pula dah mula cuti hari Khamis..aku pun ada cuti hari Rabu sebab Haikal sakit mata dan demam tambah dengan batuk berkahak lagi. Malam tu memang dah ke Klinik Presint 15 untuk ambil ubat sakit mata siap-siap. Risau jugak berjangkit pada abg-abgnya. Alhamdulilah dalam tiga hari, sakit mata Haikal dah ok.
Kami beraya di Sg.Petani sehingga Raya ketiga. Raya keempat bersamaan hari Khamis tu kami dah gerak balik ke kampung N.Sembilan seawal pukul 9.00pagi. Sampai di rumah mak pukul 4.30petang. Alhamdulillah selamat.
Ahad pagi pula bertolak balik Putrajaya seawal 8.30pagi melalui jalan Jelebu.
Sampai di Putrajaya sambung mengemas rumah pula. Petang ke rumah sepupu abang di Putra Perdana, Puchong. Malam lah baru ada di rumah semula. Itupun semua dah penat ditambah pula sambung kerja esoknya..
Kesian juga pada Haziq dan Haikal..hampir 2 minggu tak ke rumah pengasuh.. hari ni dah start hantar semula. alhamdulilah dua-dua ok dan tak meragam..
Esok aku ada appointment dengan doktor di Klinik Kesihatan Presint 9 untuk buat ultrasound. Harap-harapnya semua akan ok...kandungan pun dah nak cecah 23 minggu...
Layan Gambar Raya
Pagi Raya..Haikal tengok Songkok abg Aqil |
Pagi 1 Syawal 1435H |
Beraya 1 Syawal 1435H |
Bersama sepupu |
Haikal nangis tak nak bergambar |
Keluarga Kami |
No comments:
Post a Comment