Wednesday, July 15, 2015

Hari - hari terakhir Ramadhan 1436H

Lama takda mood nak update blog sebab sibuk dengan kerja di pejabat dan uruskan hal anak-anak dan rumahtangga.. Hari ni pun baru teringat nak menaip di blog ni..

Hari ini bersamaan 28 Ramadhan 1436H.. begitu cepat masa berlalu.. aku pula masih di pejabat yang tinggal tiga orang sahaja bilamana semua dah sampai ke kampung masing-masing. semuanya sebab nak simpan cuti rehat untuk digunakan sebelum pergi ke Jepun nanti. Perancangan awal untuk bercuti 5 hari raya ni terpaksalah dibatalkan sebab dan ambil 5 hari cuti jaga Haikal dan Naufal yang diserang demam campak. Alhamdulillah mereka dah sihat. cuma batuk berkahak yang masih belum hilang.

Abg pun masih bekerja.. Haikal dan Naufal masih di rumah pengasuh.. Aqil dan Haziq dah selamat pos ke kampung hari Sabtu lepas memandangkan sekolah Aqil bercuti awal seminggu sebelum raya.

InsyaAllah inilah Ramadhan dan Syawal terakhir sebelum kami sekeluarga berangkat ke Jepun pada penghujung September nanti. Lepas ni terpaksalah berpuasa dan beraya di perantauan selama dua tahun. 

Dah tak lama rasanya nak menghampiri bulan September. Masih banyak urusan keluarga  dan rumah yang masih belum selesai. Kuarters memang kena keluar.. jadi barang-barang rumah memang akan dihantar ke kampung mak di Sungai Petani. 

Surat Cuti Tanpa Gaji aku pula baru nak suruh bos sign selepas naik raya ni. silap aku juga sebab lambat sangat buat surat. Jadi belum setel bab cuti tanpa gaji. mudah-mudahan Allah permudahkan urusanku nak bercuti awal sebelum berangkat ke Jepun nanti.

Esok tengahari baru kami nak gerak balik ke kampung di Lui Barat. Raya kedua pula gerak balik ker Kedah sebab raya ketiga ada kenduri kahwin adik ipar di sana. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan dan selamatkan perjalanan kami pergi dan balik...

naik bintik-bintik macam ruam

Bintik-bintik naik penuh di muka dan badan.. rupanya Naufal kena demam campak

Muka monyok tak sihat

Haikal kena chicken pox

Naufal batuk berkahak terpaksa ambil neb di klinik

tak sihat sebab demam

No comments: