Tuesday, April 28, 2015

Pemergian nyang kembali ke rahmatullah

Sabtu lepas, wan (nenek) dah kembalike rahmatullah selepas subuh di rumah mak. Disebabkan Aqil masih belum sihat...abg bawa Aqil dulu ke klinik untuk ambil darah dan jumpa doktor. Alhamdulillah ujian darah Aqil masa hari sabtu tiada masalah.

Hari ini masuk hari kedua aku berkursus di Inspen. Semalam abg cuti jaga Aqil yang belum sihat dan demam on off. Kadang-kadang Aqil cakap juga susah nak nafas. Malam tadi abg dah bawa Aqil ke klinik lagi jumpa doktor dan ambil darah. Darah Ok dan tiada masalah. Cuma doktor dah on antibiotik selama 10 bari untuk Aqil.

Pagi ni Aqil dah mula ke sekolah. Tapi pagi-pagi lagi dah kena makan ubat batuk, ubat demam dan antibiotik. Kesian juga sebab banyak sangat makan ubat. Mudah-mudahan Allah memberi kesembuhan pada Aqil..

Naufal pula pagi ni bangun ada tahi mata belah kiri mata. Kenapalah agaknya tiba-tiba keluar tahi mata. Risau juga. Haziq pula bangun pagi ni dah mula batuk dan selsema... Allah...ujian kesihatan ni pada anak-anak..rasa berat je untuk hadapi... mudah-mudahan Allah cepat bagi kesembuhan pada semua anak-anak..

Thursday, April 23, 2015

Anak-anak demam

Hari ini aku terpaksa ambil cuti kecemasan sebab Aqil dan Baby Naufal demam. Aku pun dah 2 hari ni memang tak cukup tidur. Bila perihal anak demam ni..memang aku dan abg cukup berjaga-jaga. Kalau panas tak turun-turun walaupun dah makan ubat dan lap sejukkan badan pun kami dah risau.. teringat pada Aqil yang 3 kali masuk ke wad sebab sawan demam. Cukuplah rasanya dan tak nak terjadi lagi.

Naufal mula demam malam semalam. Tengah malam dia tiba-tiba muntah dan badannya panas. Apalagi sepanjang malam memang berjagalah aku. Lap-lap badan dia..memang dia marah dan nangis la. Makan ubat pun luah balik. Memang cukup susah rupanya nak bagi baby makan ubat. Naufal selsema juga. Hidungnya kadang-kadang bunyi tersumbat. Kadang-kadang hingus yang meleleh. Sepanjang siang tadi memang naufal menangis sepanjang hari dan nak berdukung saja. Selalunya bila dia sihat, memang baik sangat2 dia dan tak banyak ragam. Sungguh dia tak selesa bila demam. Kepalanya pun panas je walaupun dan bagi makan ubat...malam ni nampak sejuk juga badannya. Tapi masih kena jaga juga..

Cerita tentang Aqil pula...malam tadi juga dia mula demam lepas balik dari klinik sedut gas. Malam semalam aku berjaga juga sebab dia semput..dua kali juga sedut gas di klinik. Tapi bila dah mula demam...risau juga dibuatnya. Bagilah dia rehat di rumah sebab kesian juga kalau suruh dia pergi sekolah. Masalah paling besar Aqil bila demam ialah susah makan ubat. Jenuh menjerit-jerit dan kena pegang dia untuk makan ubat. Berbanding Haziq yang senang makan ubat. Bila dah makan ubat nampak sejuk juga badannya tapi bila dah lepas 4 atau 5 jam mula la panas balik.

Esok aku kena masuk kerja juga. Abg masih belum habis kursus QA di INTAN. Rasanya esok aku perlu bawa Aqil ke pejabat. harap-harap Naufal dah sihat dan boleh hantar ke rumah pengasuh macam biasa.

Ya Allah..mudahkanlah urusanku dan keluargaku...kurniakanlah kesihatan yang baik dan kesejahteraan kepada kami.. sembuhkanlah penyakit yang ada pada kami dan anak-anak kami.

Monday, April 20, 2015

Abang sambung belajar

Minggu ni masuk minggu ke dua abg berkursus di INTAN Bukit Kiara. Kursus ni kira kursus wajib dan kursus persediaan untuk sambung belajar.

Alhamdulillah permohonan abg untuk sambung belajar di peringkat Master di Oversea dan pun berjaya. Abg diterima masuk ke TOHOKU UNIVERSITY, JAPAN dalam jurusan EKONOMI. Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Aku pun bakal mengambil cuti tanpa gaji selama 2 tahun untuk ikut abg bersama anak-anak. Abg akan mulakan sesi pembelajaran dan pendaftaran pada 1 Oktober 2015. Jadi seminggu sebelum tu kami dah pun berangkat..insyaAllah..Kurang 5 bulan sahaja lagi, InsyaAllah..

Banyak persediaan yang akan dibuat..semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan ALLAH..

Naufal gunting rambut

Semalam (Ahad) bawa Naufal gunting rambut kali kedua selepas dia lahir. Kali ini dia masih baik dan tak tau rambut dia dah botak..

Sebelum gunting rambut dan di kedai gunting

Baik dan tak nangis pun

Nape muka masam je tuh....?

Dah Botak...

Naufal Si Boolat..

Kepala kesan kena cakar dengan kuku sendiri


Aktiviti Bersama Keluarga

Seperti biasa, cuti hujung minggu semalam kami anak-beranak dapat habiskan cuti bersama. Alhamdulillah di atas kesempatan masa yang ada.

Hari Jumaat malam tu kami makan malam di Alamanda. Saja bawa anak-anak keluar makan.

Toyota Autoshow @Alamanda

Ambil gambar dari depan rumah buat kenangan
Waktu petang pun bawa anak-anak main di taman..

Jalan-Jalan kat Kelab Tasik Putrajaya Presint 8

Jalan-Jalan kat Kelab Tasik Putrajaya Presint 8

Jalan-Jalan kat Kelab Tasik Putrajaya Presint 8

Jalan-Jalan kat Kelab Tasik Putrajaya Presint 8

Jalan-Jalan kat Kelab Tasik Putrajaya Presint 8

Tuesday, April 7, 2015

Weekend Activity

Pagi Ahad lepas, aku dan Aqil sempatlah juga hantar Haziq ke program sekolahnya di Presint 16. Haziq buat persembahan di sana bersama kawan-kawannya. Abang pula jaga lagi 2 hero di rumah.





Petang Ahad pula kami tak keluar ke mana-mana pun. Anak-anak pun banyak habiskan masa dengan main kat dalam dan luar rumah je termasuklah dengan anak-anak jiran sekali. Jom layan gambar depa..

Bila takde orang nak layan, mula la dia buat kerja sendiri dalam katil ni..

Abg Kecik ( Haikal) sibuk suruh adik tengok upin-ipin

Adik pun apa lagi..layan je la upin-ipin

Camping depan rumah dengan anak jiran

Siap tidur lagi dalam khemah tu

Naufal 4 bulan

dah pandai meniarap sejak 3 bulan
Naufal yang baik dan tak banyak ragam
suka hisap ibu jari




Nak pergi jalan-jalan
Naufal dan Ummi

Hisap ibu jari lagi




Friday, April 3, 2015

Mak Lang Zana balik dari umrah

Akhirnya tercapai jua hasrat mak lang (adik) untuk mengerjakan umrah setelah tertunda sejak sebelum kahwin lagi. Akhirnya dapat juga pergi umrah bertemankan suaminya. Mak lang pergi dua hari lepas Naufal lahir iaitu pada 2 Disember 2014.





Gambar yang dikirim sepanjang berada di sana
Jubah yang maklang belikan



Haikal nangis kena paksa pakai jubah

Anakku Naufal


Beberapa hari selepas lahir

Masa dalam wad sampai hari ke 7

2 hari Naufal di wad NICU, HPJ dan 5 hari di wad biasa. Naufal perlu habiskan antibiotik untuk elakkan jangkitan kuman dalam paru-paru selepas termakan najis sendiri masa lahir..


Tanam Uri


Baru keluar wad dan cukur rambut



Prolonged Jaundice dan Urine/Blood Test di HPJ
Naufal, Eczema dan HKL
Umur 1 bulan

Umur 1 bulan

Naufal (1/12/2014) dan Ammara Salsabila (11/12/2014)

Naufal (1/12/2014)  dan Dhiya Alisha (19/12/2014)

Wednesday, April 1, 2015

Rehat di Kampung Lui

Minggu lepas kami balik ke kampung lagi. Minggu sebelum tu pun dah balik sebab ambil Aqil dan Haziq yang duduk di rumah atok seminggu cuti sekolah. Anak-anak pun seronok bila dapat balik ke rumah atok sebab depa suka main kat luar. Siap main pasir lagi. Lepas tu memang kena marahlah sebah habis kotor dengan debu dan depa akan batuk.

Main di laman rumah atok

Pokok bunga nenek

Peace !!!
Pokok bunga nenek

Naufal dan Ammara Salsabila