Monday, July 21, 2014

Berita 23 Ramadhan 1435H

Hari ini dalam sejarah..itulah yang aku lalui hari ini bila tergerak hati untuk ke klinik.

Aku memang sebenarnya dah lama rancang untuk buat check-up sebab perut aku naik mendadak..terutamanya selepas makan lauk berbuka puasa..makin hari makin risau takut ada cyct atau fibroid.. mengandung jauh sekali sebab 2 bulan lepas baru turun darah..

Rupa-rupanya Allah kurniakan rezeki anak lagi untuk aku dan abg..anak ke empat..Paling memeranjatkan aku bila kandungan dah pun masuk 20minggu..ya ALLAH..aku dah mengandung 5 bulan rupanya. Macamanalah aku boleh tak tahu... memang tiada alah lansung..jadi aku memang tak jangka langsung.. Subhanallah..inilah perancangan ALLAH untuk aku...

Teringat Haikal yang baru masuk umur setahun sebulan..dia umur setahun 5 bulan dah nak dapat adik lagi.. huhu... Lepas ni memang kena jaga-jaga la jawabnya..dah terlajak 5 bulan aku...

No comments: